Saya ada seorang kawan. Kawan saya ini seorang yang amat fanatik dengan semua jenis barangan yang berlabel
ELLE. Mula2, saya tidak berapa mengambil kisah dengan tabiat semulajadinya itu. Asalkan tak menyusahkan saya, itu sudah cukup baik bagi saya.

Tapi, pada suatu hari nan indah, saya telah berjalan2 dengan kawan saya yang sungguh fanatik dengan
ELLE. Kami berjalan2 di The Weld pada waktu lunch di hari kerja. Tiba2 kawan saya itu terjerit2 keterujaan bila terpandang butik
ELLE yang terletak di Ground Floor. Dia mengajak saya masuk ke situ. Saya hanya menurut perintah, membontoti
montotnya yang besar itu masuk ke dalam kedai.

Setelah penat menelek2 barang yang ada, serta dipengaruhi dengan kata2 menusuk kalbu yang enak dipendengaran telinga saya, akhirnya saya turut terjebak untuk sama2 membazirkan duit membeli barangan berjenama
ELLE yang amat diminati oleh kawan saya itu. Nasib baik kawan saya itu bermurah hati untuk mendahulukan duit dia dikaunter pembayaran. Ini disebabkan duit saya di dalam dompet tidak berapa mencukupi untuk membayar barangan2 yang telah saya beli itu. Saya telah membuat akujanji bersumpah terhadap beliau untuk menjelaskan hutang tersebut pada hujung bulan ini.

Tidak pernah seumur hidup saya mengimpikan untuk membeli barangan berjenama
ELLE ini. Tetapi akibat pengaruh daripada rakan sebaya, akhirnya saya telah terjebak ke dalam kancah dunia fanatik yang amat beliau sanjungi itu. Kesian sungguh pada diri saya kan? Tapi tidak mengapa! Ini kerana saya juga sudah mula merasakan sesuatu yang seronok bila dapat membeli barangan berjenama
ELLE ini.

Saya telah membeli sepasang kasut [tapi kasut ini bukan untuk saya - sedihnya!], sehelai t-shirt dan sehelai baju sejuk berwarna pink. Butik
ELLE di The Weld menawarkan potongan harga yang amat hebat sekali! Saya begitu teruja! Kawan saya itu apatah lagi! Beliau juga berjaya menghabiskan wang ringgitnya beratus2 dengan membeli kasut dan t-shirt.

Owh, tidak lupa juga, disamping bershopping di butik
ELLE, kami juga telah bershopping di butik
Alfio Raldo. Saya telah membeli sebuah handbag yang sungguh comel dipandangan mata saya. Tapi malangnya, beg tersebut juga bukanlah dibeli untuk diri saya sendiri. Sungguh kecewa saya rasa pada hari ini.

Selepas penat menghabiskan duit, kawan saya yang fanatik dengan barangan berjenama
ELLE tersebut telah bermurah hati belanja saya makan capati. Sehingga entry ini ditaip, saya masih belum berkesempatan untuk menjamah capati tersebut. Jadi, saya tidak boleh
nak bercerita tentang keenakan makanan tersebut. Tapi menurut kawan saya itu, capati yang dibelinya ini cukup terkenal dan amat sedap sekali. Terima kasih sekali lagi buat kawan saya itu. Semoga murah rezeki beliau hendaknya. Amin.

Kenapa tiba2 ada gambar saya dengan seorang lelaki? Adakah dia kawan yang saya maksudkan yang amat fanatik dengan barangan berjenama
ELLE? Owh tidak! Tidak! Dia ialah officemate saya. Namanya Abg. Zakie. Tujuan saya bergambar dengan beliau adalah kerana kami berpakaian hampir sedondon hari ini. Sama2 memakai baju warna
ungu.

Selain saya dan Abg. Zakie, ada juga officemate saya yang memakai pakaian sedondon. Mereka ialah Kak Gee dan Haida. Baju dan tudung mereka sama, mungkin dari satu gulung dan kilang yang sama kot. :D
Persoalan yang saya ingin timbulkan di dalam entry ini ialah:
1) Siapakah kawan saya yang amat fanatik dengan barangan berjenama ELLE itu?
2) Adakah selepas ini saya juga akan terjebak untuk mengikut jejak langkah kawan saya yang amat menyukai barangan berjenama ELLE?
Jika ada sesiapa yang dapat menjawab dengan betul, saya akan suruh kawan saya yang amat fanatik dengan barangan berjenama
ELLE itu supaya menghadiahkan capati kepada pemenang yang menang. Jika dia tidak mahu belanja, saya akan ugut beliau dengan pelbagai kata2 nista sehingga mendidih telinga beliau! Tolonglah percayakan saya!
Nota kaki
cagu: Seksa btoi nak menaip bahasa ibunda yang betul2 ikut kamus nih ek? Hahahhaa...Tak puas rasanya!
|