banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, August 11, 2008

MC 4 in a row!!!

Eh tak tak!!! Aku tak MC 4 hari secara direct [sebab aku datang keje pada hari Selasa minggu lepas]. Kalo koang refer entry aku kat bawah2 tu, aku ada bitaw yang ari Senin lepas aku MC sebab demam. Ari Selasa, aku gagahkan diri datang ke opis walopon menggigil kesejukan dan hidung membeku. Balik keje pada hari Selasa tu, demam aku maken teruk. Bangun pagi Rabu, badan 'flat' habis. Sms bos dan Kak Gee, bitaw aku MC. Waktu lunch, ada orang baek ati datang amek aku dan bawak gi klinik. Dapat MC 2 ari sebab demam selsema yang agak kronik. Malam, orang yang baek ati tu datang anto sup sayur. Makan pon sekadar lapik pewot untuk makan ubat. Ingatkan bila dapat MC 2 ari [Rabu dan Khamis], dapat la berehat secukupnya. Rupanya tidak. Selsema aku maken menjadi2. Slalu kalo telan Clarinase, tak sampai sejam hidung aku dah sihat, tapi kali nih, segala jenis macam mak nenek ubat selsema aku telan pon, tetap menten gak tersumbat. Sampai satu tahap, kena bernafas ikut mulut. Bila dah mula bernafas ikut mulut, mula la kerongkong rasa kering. Saket tekak menjelma kembali. Ewah! Khamis malam Jumaat, tidur aku bertemankan bunyi wheezing yang keluar dari peparu. Ngeri plak bila dengar. Tidur pon jadi tak lena. Dada dah mula rasa lain macam. Sah bisuk kena penyakit lain nih!!! Tekaan ku tepat sekali. Ari Jumaat, Cik Asthma datang bagi salam. Huhuhu. Hidup aku maken jadi tak keruan. Lepas solat Jumaat, orang yang baek ati tu datang lagi dan bawak aku gi klinik. Tapi doktor plak takde. Nak tanak dia terpaksa anto aku balik. Balik umah, cuba bertafakur kejap, dengan harapan cik Asthma berlalu pergi. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Tak boleh jadi! Terus pakai tudung, walopon menggeletar, walopon tak larat, aku bawak gak motor pelan2 gi klinik. Sesampai kat klinik, time register, batuk maken menjadi2. Nurse sempat tanya samada aku pengidap asthma, dan aku hanya boleh menjawab soklan dia dengan anggukan semata2. Tak sempat aku nak melabuhkan montot untuk tunggu giliran, nama aku dah dipanggil. Masuk dalam bilik, tengok doktor kelam-kabut check aku. Mungkin dia dengar batuk aku teruk sangat kot. Terus dia bagi neubulizer. Dapat lagi MC untuk ari Jumaat. Kesimpulannya, aku MC sepanjang minggu lepas. MC yang menyeksakan! Nota kaki cagu: Masih belum sihat sempurna. Hidung masih tersumbat. Haiyaaa....