PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Monday, October 16, 2006
Balancing
Tengah menuruni bukit nak gi beli makanan untuk berbuka di kampus UTM, tetiba kaki aku meluncur laju. Terasa berpusing2 jap pala nih. Cepat2 aku tahankan imbangan badan aku dari jatuh terduduk dengan tangan kanan. Krukkk!!! Berbunyi-bunyi tangan kanan aku dibuatnya. Adoih la. Saket!!
Neeva kat sebelah dah hentam gelak tak hengat donia kat aku. Huwaaaaaaaa. Bukan dia nak tolong aku membangunkan diri yang kejatuhan. Isk! Sian aku taw! Uhuks..uhuks..uhuks. Mail dan Abg. Suhaimi sengih2 jek. Isk!
Aku ngadu kat Neeva yang tangan kanan aku saket. Dia tak abeh2 gelakkan aku lagi. Isk!! Last2 terpaksa urut sendiri. Huhuhu. Sib baik la tak tergeliat. Kalo tak, tak de sapa la yang nak buat kuih raya kat kampung nanti. :p
Neeva asek gelakkan aku sebab dia teringat, masa pestaim datang belajar kat JB dulu, aku pernah terjelepok masuk kaki dalam lubang yang berselut di depan umah makcik Mail. Abeh kotor seluar dan kasut aku. Huhuhu. Kali nih pon jatuh lagi, cuma bezanya, tade selut. Isk!
Mail cakap, balancing badan aku dah kurang. Kena gi servis balik kasi betul2 balance. Katanya, aku rajin sangat kurek tinger tetiap ari, dah ganggu urat saraf kat dalam pala. Sebab tu aku cepat hilang imbangan badan.
Ye ke? Betul ke? Kalu betoi, abeh la aku!! Tiap kali lepas mandi, for sure aku amek cotton bud dan cuci tinger aku. Tak suka air bertakung dalam tinger arh. Rimas. Kalo tak cuci, kompem tinger aku akan gatal2 sepanjang ari. Ada orang kata, kalo tinger gatal2, tandanya resdung kuat. Isk! Abeh la...abeh la. Pasnih tak leh kurik tinger dah la ek? Kalo tak, kompem balancing badan aku slalu terkehel. Isk! Cane nih ek?
Malam selepas aku hampir tersungkur tu, sekali lagi aku digelakkan oleh Neeva sebab aku hampir2 tersungkur lagi dalam toilet di hostel perempuan Kolej 11. Huwaaaaaaaaaaaa...apa nak jadi la aku nih arh?!?!?!
Nota kaki bangku: Degil! Orang dah pesan tapi tanak ikut. Amek la habuan, kan?
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|