banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, October 18, 2006

Kelakar...kah?

Ada seorang teman lama [pembaca blog aku gak] yang rajin menggodek archive blog lama aku. Pehtu dia komen, cara penulisan aku versi dulu dan sekarang, nampak berbeza. Kalau dulu, entry2 aku banyak yang berunsurkan humor, tapi sekarang, tidak lagi. Mungkin disebabkan faktor keadaan dan masa [usia pon dah makin meningkat la katakan :p ] menyebabkan entry aku semakin hari semakin berubah. Aku suruh dia copy dan email kan pada aku, entry yang dikatakan berjaya buatkan dia ketawa seorang diri. Korang baca dan nilai sendiri la ek, kelakar ke tak entry aku dedolu nih: - Friday, February 27, 2004 Cuwik dari blog NIDA: "ni lah kawan aku dari form 4... kengkadang dia ni terlampau prihatin kat aku sampai aku x larat2 nak layan.... tapi kalau mai dia lupa.. perkara2 basic tentang diri aku pun dia bantai x ingat.... TIPAH... TIPAH.... hehehehe" MUKADIMAH: Muehehehehe...tu komen kawan aku dari form 4. Kitoang mmg dah lama kenai, tapi percaya atau tidak, aku baru sekali ja pi umah dia kat kampung nun!! hik..hik..hik..Mukan aku saja tamoh pi, tapi aku nih mmg terkenal dengan sifat 'penakut dan penyegan'...bagus tol didikan mamabunda aku ek....Aku takkan berani jalan sorang2 ke mana-mana sahaja melainkan pi dating. ;) Okesh, berbalik dengan ayat2 NIDA kat atas tu, aku nih memang pelupa tahap cimpanzi. Nak kata aku kuat telan air bersemut, aku nih peka kalau bab2 minum! Nak kata aku makan kepala ikan, hekksss..sampai ke ari ni aku tataw apa rasa pala ikan tu - tak pernah masuk ke halkum aku nih hah!! Kekadang, memang tak logik idop aku nih. Aku boleh lupa apa yang aku nak buat, aku boleh lupa apa yg aku nak cakap, aku boleh lupa nama fail aku taip surat, aku boleh lupa apa yg kawan aku cakap walaupon tak sampai 1 jam info yang lebih berunsurkan gusip di sampaikan..ish...pelik aku nih! Kalau nak suh ingat bebenda yang dah lama berlalu, lagi la mintak ampun!! So, sesapa yang pernah 'terkena' dengan aku, aku mintak mahap la ek!!! mukan sengaja!! **wink**wink** ~~~~~~~~~~~~~~~~~ Ari nih gheja aku kira nak curi ayat kawan aku dari blog dioang jek...mangsa kedua aku ialah PIJAH... "Tipah tak online pulak...kalo dak, best gak berconference dgn diorang....kata Madulebah Tipah tengah bzsssss....kempen apa benda tah....ishhh la Tipah nih....bz ngalahkan YB...nak suruh mai rumah aku pun dia dah siap bukak dairy sampai bulan depan, dah full....Tipah...Tipah... Madulebah, hang freekan? kan? kan?....meh rumah aku meh......rindu arr kat hampa... " MUKADIMAH: Haaaa...Minah nih aku kenai masa aku dok study kat PPD. Dia terlibat dalam geng 5's FLOWER yang aku pernah citerkan dalam entry aku yang terdahulu! Dalam group, dia paling muda dan dia gak yang paling renjong dan kitoang pangge dia ACHU! aku ADIK taw....Dah ada anak dara soang dah pon, oang kedua terawal yang kawen dalam batch aku! Diennih muda 2 hari ja dengan aku! So, masa zaman kegemilangan kami kat PPD dolu, aku, NIDA dan PIJAH selalu la celebrate sekali!! Sampai dah keje nih pon, kitoang bertiga gak la yang rajin berconference tetiap hari! Ramai kata muka dia ngan aku nak dekat sama, yang pastinya aku lebey comei dari dia tapi bagi aku, muka kami tak sama langsung!! Rabun btoi sesapa yang kata kami sama!!! Ish...mukadimah panjang btoi!! Ok..ok..Berbalik kepada kekata yang aku cuwik dari blog PIJAH tu. Actually, aku bz giler lately nih. Memang btoi kekata pijah, aku punya schedule sampai bulan 3 nih pon dah rasa cam penuh ja. Minggu nih dan minggu2 berikutnya, aku bz dengan PILIHANRAYA yang akan datang. Bos aku Ketua Cawangan **tuuuutttt** tak leh bitaw, bahyer!! Aku plak merangkap AJK PUTERI UMNO di bawah bos aku nih!! Perghhhh..besh jek munyik jawatan aku tu! Tapi ketahuilah akan kalian semua, AKU DIPAKSA-RELA menjadi AJK, walaupon aku tak pegi mesyuarat perlantikan yang pertama sampai skang aku tak pernah pi mesyuarat pon!...adoih!!! Kalau aku pi, sah2 aku kena jadi SU.. Negara kita skang nih agak panas dengan ayat "bila Parlimen nak dibubarkan ek? bila tarikh Pilihanraya?" dan pelbagai lagi soalan2 yang bermain di setiap otak orang-orang 'besar' kat Mesia nih termasuk la bos aku. So, bila bos aku dah sibuk, aku pon terheret sama la untuk menyibukkan diri! Adeh!! Penat!! Bukan itu sahaja, aku juga 'di sibukkan' lagi dengan Sambutan Jubli Perak Ulangtahun Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan penghujung bulan 3 nih! Bos aku nih Dato' dari Kelantan - bespren gitu ngan Sultan!!! Banyak surat2 keluar masuk, cek pembayaran, resit dan pelbagai macam mendalah lagi la yang aku kena handle!! Berpinau aku tengok tray kat meja aku!! Menimbun beb!! Aku tensen!!! Dah la aku nak exam minggu depan!!! Isk..isk..isk...Aku berani jamin aci kerat jari bos aku mesti tipon aku time aku dok dalam dewan exam nanti nih!! Dah banyak kali aku terkena!! Bos aku memang tak boleh buat keje tanpa aku PA cemerlang katakan!! Ari nih aku dah wasiatkan segala mak nenek keje2 aku kat kerani aku, LINDA. Harap2 minah nih paham apa yang aku cakap kat dia - claim, surat, fail sumer dah aku aturkan kat tepi, senang dia nak cari dan anto!! Harap2 aman la time aku nak exam nanti!! *fuh*fuh*fuh jampi nih (wei, takkan baca ja kot?! tolong la jampi skalik!! huhuhuhu) grrrr...grrrr...grrrr Nota kaki cagu: Gegara aku teramat bz, aku dah sorokkan satu surat mintak donation dari Pemadam dah tiga ari bertapa dalam laci aku nih....Mukan aku tamoh kasik kat bos aku, aku nak kasi. Tapi aku taw, kalau aku kasi nanti, sure aku kena amek dictation, pas kat PA Chairman, pastu kena wat follow-up dan manyak lagi la..So, untuk tidak memeningkan pala aku yg tengah blank nih, baik aku KIV dolu! Ahakss...(Weih koang, mende nih resia taw! jgn bitaw bos aku - kantoi lak kang!! syyy..syyy..syyy) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bila baca balik entry ni, aku rasa cam tak percaya kat diri sendiri. Betul ke aku yang taip entry tu?! Betul ke aku pernah rasa hepi sampai centu sekali? Hmmm..memang terasa betul perbezaan entry aku versi dulu dan sekarang, kan? Isk!! Sebelum2 nih pon, ada diantara pembaca2 blog aku email dan bitaw yang aku nih kelakar orangnya. Dewang cakap, kalau baca entry aku, sure boleh tersenyum simpul dibuatnya. Ada tu, sampai tersembur2 air sebab nak gelak baca entry aku. Erkkk!! Kelakar sangatkah entry aku dedolu ek? Moskel japs! Aku rasa, aku tade la kelakar mana pon. Apa yang aku taip, sumernya datang dari dalam otak aku yang penuh dengan kacau bilau dan bersimpang-siur. Entahlah, lain orang, lain tafsirannya, ye dak? Tipah seorang yang ceria?!?! Hurmm...tak kot!!! Isk!! Nota kaki bangku: Bilakah tiba saatnya itu?