banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Friday, October 13, 2006

Ponteng keje?

Pepagi semalam, ada briefing Transport Booking System. Aku dan Nizam wakil untuk department aku. Gi dengar briefing cane cecara nak booking transportation thru online system. Hmm..basic sangat. Pejam mata pon leh buat [Huh!Giler riak! :p] Abeh briefing kol 11am. Balik opis. Kak Feez ajak gi survey t-shirt kat Jalan Tar untuk Projek Team-building department aku nanti. Aku mintak excuse 5 menet, berlari-larian gi klenek, amek ubat saket tekak. Tekak perit teramat, sampai nak bersuara pon tak mampu. Pehtu aku, Kak Feez, Kak Lin dan Nizam kuar gi Jalan Tar naek Pajero. Ingat nak singgah kedai t-shirt dulu, tapi jalan jammed banget. Tukar agenda. Pegi Sg. Congkak di Ulu Langat. Survey tempat untuk buat Team-building tu nanti. Jauh satu hal. Horror + scary pon satu hal. Arghh! Sungguh ngeri tempat itu. Terpandang akan sebuah toilet di tengah2 hutan, hati terus dipalit rasa seram. Berhenti sekejap untuk amek gambo2 pemandangan. Nizam ajak jengah ke sebuah chalet. Dia bukak tingkap. Aku jengok. Nah! Sekali lagi darah aku berderau. Terasa seperti 'diperhatikan'. Meremang bulu roma. Rasa lain macam. Nizam dah bukak langkah seribu. Aku ikut dari belakang. Arrr..Ngeri!!! Dengar cerita, salah satu aktiviti yang akan dijalankan sewaktu team-building nanti, dioang akan lepaskan kami seorang demi seorang di dalam hutan. Kena balik ke khemah secara solo. Huh! Tamoh! Takut! Kompem aku akan bagi alasan yang aku ada asthma, tak leh jalan memalam sesoang, nanti saket. Bernas tak idea aku tu? Bijak! Bijak! :p Harap2 sangatlah pihak AJK atasan tak jadi pilih tempat tu sebagai kawasan untuk projek team-building nanti. Aku takutttttttttt!!!! Balik dari Sg. Congkak, gi buat lawatan-tak-rasmi ke Sg. Gabai. Tengok air terjun yang chantek dan mendamaikan. Tapi pemandangan kami telah dicemari oleh satu babak 18SX yang dibuat oleh sepasang couple MELAYU di bulan Ramadhan. Nauzubillah! Marah betoi rasa di ati! Tak hormat btoi! Ish!! Niat di ati nak gi sergah jek! Tapi kitoang batalkan niat tu sebab kami 3 orang jek pompuan, Nizam soang jek laki. Kang jadi pa pe hal kang, susah gak! Isk! On the way balik, singgah di sebuah kedai Baulu Classic. Jual memacam jenis kuih dan baulu. Sedap giler baulu dia. Murah pon murah! Rugi tak beli banyak2 untuk stok raya nanti. Err...tapi nak beli pakai apa nye pon sedangkan gaji dah semakin susutnilai. Hehehehe. Sampai ke opis, jarum jam dah mencecah ke angka 4pm. Huhuhu. Sehari suntuk takde kat opis. Penat giler! Isk! Berbuka posa dengan Mya, Kama, Arif, Amri dan awek Kama - Ina di Restoran Chop n' Stik kat Kg. Baru. Order Yee Mee Sizzling, tapi yang dapat, Yee Mee Cantonese. Erk! Putus terus selera nak makan. Tak suka! Huwaaaaaa. Sib baik gak la saket tekak, mood nak makan pon agak kurang. So, jamah dan cuit2 sikit jek lar. Tengah dok makan-makan tu, tetiba diserang saket pala yang maha hebat. Adeh la. Menggelegak otak pala. Saket! Isk! Balik, ingatkan lepas mandi-manda, nak terus tido. Tapi terpaksa plak basuh baju stok 3 ari. Kalo tak basuh, bila lagi nak basuh sebab weekend nih mo gi JB. Nanti baju maken bertambah2. Lagi penat mo basuh. Huhuhu. Dah setel basuh baju, layan sms dengan kengkawan plak. Sampai tertido. Tido mimpi yang bukan2 lagi. Isk! Nota kaki bangku: Baca dendiam jek boleh tak? Jangan muncul2 lagi kat sini...Idup aku jadi kacau bilau arh! :(