PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Monday, October 30, 2006
Hari Raya yang suram dan muram
Entry nih agak panjang ye. :p
Jumaat, 20/10/06
Amek half day [balance cuti tinggal 0.5 ari jek lagi..erk!!] Merayau ke Jalan Tar dengan Kak Lin, Kak Feez dan Kak Efa di bawah panas terik mentari sambil diselubungi jerebu yang maha hebat. Isk! Sanggup tu!
Alhamdulillah, iman aku masih teguh. Aku tak shopping sangat pon masa merayau ke Jalan Tar. Aku cuma beli telekung baru [untuk diri sendiri] dan anak tudung. Walaupun ada tergugat juga keimanan untuk beli sepasang baju kebaya, tapi bila mengenangkan harganya hampir mencecah RM 250, terbantut niat aku sekejap. Nantilah, tunggu aku bebetul 'kaya', baru aku beli kebaya idaman hatiku itu. Ihikss. Berpisah dengan Kak Feez dan Kak Efa [dioang tak amek half day] jam 2.00pm. Teruskan perjalanan dan agenda shopping dengan Kak Lin.
Singgah ke Semua House, beli set pencuci muka. Pehtu merayau ke Pertama Kompleks, belikan abah henpon Nokia sebagai hadiah ari raya dan belikan diri sendiri MP3 player sebagai hadiah hari jadi [boleh gitu?] :p
Kak Lin dah tak larat nak menapak, berpisah dengan dia jam 4pm. Aku teruskan perjalanan ke Maju Junction plak. Beli perfume kat Body Shop. Pehtu naik Star LRT, gi Chan Sow Lin, jumpa Bob jap, kasi duit raya yang Ros minta tukarkan. Pehtu balik umah, kemas baju.
Tekak dah mula rasa perit, idong dah mula tersumbat. Aiyark! Nak makan ubat, stok Clarinase dah abeh, lagipon posa maaa. Huhuhu. Sementara tunggu nak berbuka, aku baring2 jap sambel layan pening. Pehtu tertido la plak. Huhuhu. Sib baik tak terlepas waktu berbuka.
Malam, bertolak ke umah Ros di Hulu Langat, Mya pon ikut serta. Kami berdua akan menumpang kasih kereta Ros untuk pulang ke kampung keesokan harinya.
Sabtu, 21/10/06
Niat asal nak bertolak jam 4am, tapi masing2 terbabas tido. Bergerak dari KL jam 7am. Ihikss. Idong maken 'ketat', bebetoi tak selesa arh. Kitoang gilir2 drive. Memula Ros, pehtu aku, pehtu Mya. Berhenti 2 kali. Jalan jammed banget. Sepatutnya perjalanan yang hanya mengambil masa 3 jam jek untuk sampai ke Taiping, tapi jadi 7 jam gegara kereta banyak tak hengat. Isk! Badan yang dah rasa suam2 kuku nih, maken jadi tak besh.
Memula anto Mya ke rumah. Nampak anak dara Mya, si Yaya yang maken comei dan rambutnya yang maken panjang. Alahai, wendu btoi kat Yaya. Time nak balik, aku terkejut bila Mama [mak Mya] datang peluk aku. Erk! Otometik ati jadi sebak, mata mula bergenang. Dia suruh aku banyakkan bersabar. Huhuhu. Terharunya! Thanks makcik! Uhukss...
Pehtu Ros anto aku plak balik umah. Toche bebanyak my prenk!! Really2 appreciate it! Huhuhu. Nanti aku banjer ko makan ek?! Ihikss.
Sampai ke umah, Kakak's family & Kakyang anak beranak dah sampai. Kecoh kejap bila baju raya aku sama spisis sedondon sebijik dengan baju raya Kakyang. Aiyooh! Spoil betoi!! Mya slalu terserempak baju kurung/kebaya aku sama spisis dengan umat kat BNM ni, alih2 kali ni, baju aku sespisis dengan Kakyang. Huwaaaaaaaaaaaa...I tak rela you!!!
Sepanjang hari lepak kat umah jek.
Ahad, 22/10/06
Pepagi kuar gi Pasar dengan Kakyang. Belikan sepit rambut untuk anak buah kecayangan, Fatin Nabila. Kakyang plak belikan anak itik 2 ekor [katanya, anak dia jakun tak pernah tengok itik, nak bagi anak2 dia main dengan itik2 tu, boleh gitu?]
Niat di ati nak buat kuih raya ari ni. Tapi badan makin terasa sengal2. Daya ketahanan badan semakin berkurangan.
Petang, temankan abang gi beli baju raya untuk dia dan Amirul. Meronda sampai ke bandar Taiping. Tak abeh2 kena ujan. Bila malam menjelang, terasa badan semakin kejang dan nafas maken sesak. Dalam ati dah mula mendoakan sesuatu. Kompem dah ni...
Isnin, 23/10/06
Seperti yang dijangkakan, penyakit lama aku datang lagi. Asthma! Hampir setahun aku tak kena serangan asthma, kali ni datang lagi. Waktu nak menjelang raya pulak tu. Aiseh!
Abg. Farid dan Kakyang bawak aku gi klinik. Memula cari klinik area Kamunting jek, malangnya sumer klinik kat situ klinik orang Melayu, pakat2 tutup sebab esok nak raya. Terpaksa la kami gi klinik kat Taiping pulak. Klinik Krishna. Doktornya sungguh baek. Dia suruh aku amek 'asap/oksigen' tapi aku tanak sebab boleh batal puasa dibuatnya. Dia nak bagi suntikan, pon aku tolak. Last2 dia bagi ubat jek kat aku. :p
Malam, lepas makan obat, terus aku tido. Err..tido tak tido sangatla sebab asek dok batuk sampai ke pagi. Huhuhu. Seksanya! Cane nak raya nih? Uhukss
Selasa, 24/10/06
Raya! Raya! Raya!
Tapi aku tak raya pon. Mana taknya, bangun pepagi, badan gigil semacam [kesan ubat yang aku makan]. Tensen2! Niat nak gi solat raya dengan mak terpaksa dibatalkan.
Mandi-manda, pakai baju raya, tunggu family balik dari solat raya, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, bagi duit raya kat anak buah, pehtu amek bantal dan tido. Huhuhu. Sebak betul rasa ati. Oang len sumer hepi time2 raya, aku terbaring jek. Tapi aku bersyukur gak. Dengan kesakitan yang aku tanggungi, aku tak payah jumpa sedara-mara dan jiran tetangga yang datang berkunjung ke rumah. At least, beban aku untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dari diorang dapat dielakkan. Emosi aku pon idak la terganggu sangat. Syukur! Allah dengar permintaan aku rupanya.
Mariah's family, Hisam 'Orang' dan Mya's family datang berkunjung ke rumah aku. Thanks to all of you! Maaflah kalau terkurang layanan aku kat korang ari tu. Harap korang memahami. Huhuhu. Oh ya, thanks bebanyak kat Hisam sebab kasik duit raya kat aku. Yeay! Dah 2 tawun dia kasi duit raya kat aku. Besh besh besh! Toche memanyak ye awak! Hikhikhik.
Rabu, 25/10/06
Ari ni abah masak nasi tomato. Yummy! Tapi tekak tengah tak sedap, makan pon ciput jek. Uhukss.
Erma's family datang ke rumah ari ni. Tq Erma!! :p [senyum ada makna nih..hahaha]
Sepanjang ari melepak kat umah, layan tv sambel tido.
Khamis, 26/10/06
Gi klinik Krishna balik, jumpa doktor, minta ubat lain yang tak menggigil. Tapi katanya, ubat asthma memang semua centu, memang kesan lepas makan ubat, badan akan gigil sebab nak tahan sakit. Isk! Lepas aku buat muka seposen depan doktor, baru la dia kasik ubat lain yang dos nya agak kurang tapi agak mengantuk. Pehtu dia kasi MC skali untuk ari Khamis dan Jumaat. Yeay! Boleh kredit cuti balik. Toche doktor!! Cayang seploh menet! :p
Jumaat, 27/10/06
Lepak umah sepanjang hari. Mak sapukan air dari daun apa ntah ke leher aku untuk kurangkan batuk. Mujarab juga ek! Hmm..toche mak! Sorry sebab nyusahkan mak jek. Huhuhu...
Sabtu, 28/10/06
Petang, Zairul dan wife datang kerumah. Orang Parit rupanya mike ni yek. Hehehe. Toche bebanyak sebab sudi jengah ke umah aku. Sowi sebab terkurang layanan ari tu sebab kami sekeluarga tengah sibuk menyiapkan diri nak gi ke umah Maklong di Ipoh. Huhuhu.
Aku yang sepatutnya kena tinggal kat umah sebab tak berapa nak sihat lagi, 'menggagahkan' diri untuk ikut juga sebab tak sanggup tinggal sesoang kat umah. Takut aarh! :p
Ahad, 29/10/06
Seawal jam 9am, aku dan Kakak's family bertolak balik ke KL. Sedih tinggalkan kampung halaman. Seminggu lamanya duduk kat kampung, rasa cam sekejap sangat. Mak berkali2 pesan kat aku, jangan lupa makan ubat, jaga diri, tenangkan hati. Uhukss..uhukss..uhukss..
Sampai KL jam 12.30pm. Alhamdulillah. Kemas beg, kemas bilik, cuci toilet dan baca buku sambil layan tv. Tido bila jarum jam mencecah pukul 1am. Penat banget sih...
Nota kaki bangku: Aku dikatakan tak bertanggungjawab?! Oh my God!!!
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|