banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, October 05, 2006

Umur baru, azam baru, orang jek yang lama... :p

Ya Allah Ya Tuhanku Aku bersyukur pada Mu Ya Allah Dengan limpah kurnia dari Mu Aku masih disini Menghirup nafas segar di bumi ini Menjalani hidup sebagai hamba Mu Ya Allah Biarpun segala dugaan dan rintangan yang Kau turunkan padaku Aku redha, aku pasrah Ya Allah Aku memohon dari Mu Ya Allah Kau berkatilah perjalanan hidupku ini Kau permudahkanlah segala urusanku Kau murahkanlah rezekiku Kau tabahkanlah diri ini Kau tenangkanlah hati dan fikiranku ini Ya Allah Sesungguhnya, hanya Engkaulah yang memahami isi hatiku ini Hanya Engkaulah tempat aku meminta dan berdoa Hanya Engkaulah tempat aku memohon petunjuk Kau tetapkanlah imanku Ya Allah Ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Tabahkanlah diri ini Ya Allah Tabahkanlah!
Malam semalam, aku dah bertekad, tanak lagi layan perasaan, tanak lagi sedih2, tanak lagi nangis2. Tapi pagi ni, azam aku hancur lebur. Aku sedih. Bukan sedih sebab dia, tapi sedih sebab keprihatinan dan kesanggupan kawan2 yang sudi berkongsi kisah suka duka dan merasai pahit getir dugaan yang aku hadapi selama ini. Aku sedar, aku tak keseorangan. Aku punya ramai kawan. Aku punya ramai sahabat. Aku kaya dengan persahabatan. Walaupun ada diantara kawan2 dan sahabat2 tersebut, tidak pernah bersua muka dan berbual mesra, tapi mereka tetap setia teguh berdiri disebelahku, memimpin aku dari terus jatuh tersungkur, memberi semangat dan kekuatan untuk aku terus berdiri dan maju ke hadapan. Mereka tersebut adalah kalian semua, pembaca2 blog aku yang setia. Aku benar2 menghargai keikhlasan persahabatan dan ukhuwah silaturrahim yang terbina selama ini. Terima kasih kerana sudi menemaniku disaat suka dan duka. Semoga Allah memberkati ikatan silaturrahim yang terbina atas dasar ikhlas ini. Insya Allah. Memetik salah satu perenggan dari email seorang sahabat: "Now, maybe starting today or this week, terima lah dan lantas tempuhilah hidup ini sekuat maner yg terdaya, n move on dear! Senyum yer , coz ur frends today will want to celebrate ur Hari Lahir dgn harapan, dapatlah mereka melihat wajah dan senyum manis mu itu ! Kerja n ibadatlah passionately, if that will make u stronger n adapt to the changes that has come n will come. Inikan hari lahir mu, inikan hari penting buatmu, buat keluarga n teman teman mu, so lahirlah kembali dgn semangat BARU. Seperti diri mu dulu, menjadi semangat dan kebanggaan emak dan ayahmu, semasa abah, dgn semangat dan bangga memperkenalkan ke seluruh mereka yang hadir dirumahmu, tanggal 5 Oct 1979, 'inilah Nor Aimah, my jewel!' Let them know that u r strong n hav accepted aper yg berlaku." Selamat hari ulangtahun Cik Tipah. Bangunlah! Bangkitlah! Teruskan perjuanganmu sebagai khalifah di bumi Allah yang luas ini. Perjalananmu masih jauh. Tabahlah! Nota kaki bangku: Tak sabar tunggu mak nak datang teman aku esok! Rindu kat mak! Uhuksss...