banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Tuesday, June 12, 2007

Antara...

Antara daratan, lautan dan langit biru yang terbentang luas Yang mana satukah tempat yang akan menemukan kedamaian yang hakiki? Daratan, Penuh dengan khalifah Allah yang pelbagai ragam Penuh dengan pancaroba dan dugaan Sekali terduga, pasti tersembam menghadap ke bumi Takkan selamanya dapat mengikat paksi dikaki Lautan, Penuh dengan gelora Ribut taufan datang tanpa diduga Ditelan gelombang, hilang tanpa berita Langit biru, Sesekali tampak tenang, biru mendamaikan Menenteramkan jiwa yang gelisah, melegakan hati yang pasrah Namun, langit tak selamanya cerah membiru Hukum alam tetap mencemarkan kedamaian Hujan, kilat, ribut yang melanda Bakal membuatkan langit yang membiru berubah wajah Daratan disimbahi dan dibasahi hujan Lautan bergelora menghempas ke pantai Segalanya jadi tak tenang ~~~~~~~~~~~ Tak taw nak buat entry apa ari nih. Sakit belakang kembali mencucuk2! Di antara pinggang dan tulang pinggul! Sakit! Nak duduk pon seksa! Merehatkan diri buat seketika di surau, telan ponstan yang Kak Lin berikan, baru rasa lega - SEDIKIT! Patut ke aku sambung balik rawatan susulan yang dah tertunggak, yang dah lama aku tak pergi sejak aku pindah rumah ari tu? Hmmm.... Sakit!! Bila sakit, teringat kat mak! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Nota kaki cagu: Masih belum sedar akan kekurangan diri yang ketara.