Beli tiket Air Asia ke Langkawi sejak dari tahun lepas lagi. Memang tetiap tahun [selagi lom kawen la pon] aku dah pasang niat, kalo dapat bonus lebih, nak bawak mak abah jenjalan. Nak gembirakan hati dewang. Alhamdulillah! Last year dapat bawak dewang gi Kuching, this year gi Langkawi plak! Syukur! Seronok tengok mak abah hepi bila jenjalan. Rasa bahagia lain macam taw! :p
Sampai kat Langkawi Airport, terus tipon kakak angkatku yang tercayang, Kak Cass. Kak Cass join jugak percutian kali nih, tapi dia gi naik feri dari Kuala Kedah. Sepatutnya Sepai pon hekot gak bercuti ke Langkawi, tapi last menet, bos dia bekukan cuti! Mencik taw! Huhuhu. Kawan baek Kak Cass, Tess [btoi ke nama dia nih, akakku?] telah sudi meminjamkan kereta Wira hitamnya dengan percuma kepada kami. Kereta manual ok?! Sib baik aku dah terer bawak manual dah. Cuma mak paling gayat bila aku bawak kat area bukit! Takut enjin kereta mati tiba2. Ihikss..
2 orang budak kecit kat dalam gambo di atas tu adalah anak Tess yang sungguh cumil skalik! Geram btoi tengok bebudak tu! ;)
Lepas rehat2 mandi-manda di Sri Kijang, bersiap2 dan keluar gi jenjalan. Destinasi pertama ialah melawat Beras Terbakar. Takde pa pe yang menarik pon kat sini. Cuma gerai2 tepi jalan membuatkan perasaan aku membuak2 untuk bershopping, tapi apakan daya, RM tidak mengizinkan. Cuma mampu melihat dari kejauhan jek! Isk! :(
On da way balik Sri Kijang, kesesatan sekejap! Tak jumpa jalan pulang. Aiyoooh! Malam seblom tido pon, terjadi satu perkara yang agak menakutkan, tapi aku dan Kak Cass buat dunno jek. Malas nak layan, kang jadi takut tak bertempat plak.
2nd day @ Langkawi, 30/5/2007
Bangun pagi, siap2, gi bekpes. Makan nasi lemak RM1.00 yang beraneka lauk! Tapi tekak aku tak leh nak terima la nasik lemak kat kedai tu. Tak baper nak berlemak! Last2 makan kuih jek. Huhuhu. Pewot mendidih kelaparan.
Aku kan minah interprem! Pantang nampak signboard atau pa pe jek la yang boleh mengingatkan aku kat satu2 tempat, mesti nak snap gambo punya! Muehehehe. Mahapkanlah aku yek!!!
Percutian kali nih, aku namakan sebagai Percutian-Paksa-Rela! Mana taknya, aku telah memaksa abah memakai suar pendek [seperti di dalam gambo] untuk pergi Island Hopping. Hik hik hik! Sian abah! Dia dah pakai suar slack, aku paksa soh dia gi salin jejugak! Akhirnya abah terpaksa redha! Sowi ye abah!! Ngeh ngeh ngeh!
Aku amek pakej Island Hopping masa sampai kat Airport lagi dah. RM 35 per person. Dewang datang jemput kat hotel. Sepatutnya merayau ke 3 buah pulau , Pulau/Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah + bagi helang makan, tapi Pulau Singa Besar dah ditutup buat sementara waktu. Huhuhu. Frust jap!
Baru sampai kat Tasik Dayang Bunting. Penat sey nak menapak naik ke tasik nun! Phewwwww!!
Menggelikan kaki digesel ikan keli yang beso bagak! Auwwwwwwwww!!! Geli tapi besh, cane tu? :p
Abah cakap, "Pokok nih dapat air dari Tasik Dayang Bunting la nih, tu yang dia pon bunting gak!" Muehehehe...
Lepas satu jam melepakkan diri kat Tasik Dayang Bunting, kitoang gi ke Pulau Singa Besar, tapi tak turun dari bot. Tukang bawak bot lemparkan lemak ayam ke tengah laut, pehtu burung2 helang yang begitu banyak datang menyambar lemak2 ayam tersebut. Wah! Kagum sey tengok burung helang. Chantek!!! Nih salah satu gambo yang sempat aku snap! Aku dah jadikan gambo nih sebagai wallpaper pc aku skang nih! :D
Pas abeh tengok helang makan, gi plak ke Pulau Beras Basah. Kat sini takde apa2 aktiviti yang boleh dibuat kecuali mandi-manda dan snorkeling, para-sailing, banana-boat. Teringin nak mandi laut, tapi takde geng! Last2 lepak2 layan perasaan jek! Huhuhu.
On da way balik, sempat bergambo mesra dengan abah ku yang terchenta di atas bot! Chewah!! Susah wooh aku nak berposing gini ngan abah! Ala-ala anak manja abah gitu, bleh dak? Ngeh ngeh ngeh....
Kan aku dah kabo, percutian kali nih dinamakan Percutian-Paksa-Rela. Aku sekali lagi telah memaksa mak dan abah untuk naik cable car! Dewang gayat! Tapi aku tak duliks, alang2 dah sampai ke tempat cable car tu, rugi arh kalo tak naik. Aku umpan depa dengan ayat yang begitu chumil skalik; "Mak abah balik kampung nanti, leh bitaw kat kawan2, mak abah dah naik cable car! Takkan mak abah nak dok bawah 1 jam kot! Kang kami tak turun kang, haaaaa....cane?" Ayat power aku telah berjaya mengumpan mak abah untuk naik cable car tersebut. Yeay!
Bila dah masuk ke dalam cable car, tengok muka mak abah yang ketakutan, timbul lak rasa kesian. Huhuhu...Tapi takpe, bila lagi nak bawak dewang jenjalan gitu kan? Nak datang balik ke Langkawi, ntah bila tawun la plak! So, time nih jek la leh paksa2 pon! Alhamdulillah, mak abah takut time memula jek, pehtu dewang dapat biasakan diri. Oh ya! Naik cable car kena caj RM 15 per person ya! :D
Aku diketinggian 710 meter dari aras laut. Memang tinggi giler arh! Besh! Angin sepoi2 bahser! Nyaman gitu!!!
Abah dengan mak dah kepenatan akibat kegayatan. Kesian! Time nih memang rasa bersalah teramat. Kebetulan ada massage kaki kat atas tu, aku paksa mak untuk urut kaki, tapi dia tanak, buang duit jek katanya. Huhuhu...Mak! Mak!
Bersama akakku yang terchayang, Kak Cass....Tq ye akak ku sebab sudi bercuti dengan kami! Tq gak sebab kenalkan kawan akak kat kitoang sampai dapat pinjam keta free! Tq gak sebab bayarkan duit petrol, belanja makan..bla..bla..bla..Ish! Banyak btoi jasa akakku soang nih!! Muaaachssss...Cayang akak!!!
Lepas merayau ke cable car, gi shopping kali terakhir di pekan Kuah. Pehtu anto mak abah balik Sri Kijang. Aku dengan Kak Cass kuar pi amek Tess sekeluarga, nak pulangkan keta blik. Tapi seblom tu kitoang gi makan kat Restoran EE Special, area Primula. Murah giler arh makanan western kat situ. Aku makan lamb chop [seperti gambo di atas] dengan harga RM 8.90 jek! Murah tak? Yummy taw!! Burpppppp....
Last day @ Langkawi, 31/5/2007
Bangun pagi, gi terjun laut! Tapi tak berani nak berenang2, sebab ombak sungguh kuat dan agak besar! Takut diheret ke tengah laut! Isk!! Lepas dah puas mandi laut, terjun kolam plak! Bahagianya mandi kolam sebab hanya aku, Kak Cass dan mak jek yang conquer. Ajar Kak Cass mengapungkan badan, sampai saket urat akakku dibuatnye. Ihiksss.....
Bila dah puas berendam, balik bilik, bersiap, pehtu gi bekpes kat kedai nasi lemak yang tak sedap tu! Tapi kali nih aku bedal gak makan nasik lemak dan bihun sebungkus! Huhuhu...manyak nye makan! Isk! Pehtu merayau ke Underwater World. Niat di ati nak masuk, tapi waktu tak mengizinkan. Kak Cass cakap, paling koman nak spent masa dalam tu pon, 2-3 jam, tapi masa yang kami ada cuma 1 jam jek! Huhuhu. Terpaksa la batalkan niat suciku ini untuk melihat ikan berenang2 di atas kepala. Isk! Sedey arh! Nak kena datang lagi la nampak gayanya nih! Huhuhu...
Check out kol 12.30pm, naek cab ke Airport. Kak Cass meneruskan destinasinya ke Jeti untuk menaiki feri.
Alhamdulillah, percutian kali nih berjalan dengan lancar dan sempurna. Semuanya hepi-hepi sokmo! Takde tensi-tensi! Bahagia dan penuh gelak ketawa jek....Yeay!!!
Toche kepada mak, abah dan Kak Cass yang terchenta! Muachsssss....Cayang koang sumer!!!
Nota kaki cagu: Dah baik demam, dilanda asthma plak! Adeh la...Penat sudah!!!








|