banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, June 14, 2007

Cari penyakit!

Dah la baru baik demam Dah la baru baik semput Dah la baru baik sakit pinggang Tetiba gatal cari penyakit plak lagi Disebabkan minat Disebabkan hobi Disebabkan suka Sakit semua tolak tepi Bowling dan aku Memang susah untuk dipisahkan Aku suka main bowling Walaupun takde la seterer mana pun Walaupun takde bola bowling sendiri Walaupun takde skill hook/spin bagai Aku tetap suka main bowling I love bowling very much! :p Semalam ada training bowling di BTS Aku salah seorang yang telah terpilih untuk mewakili team DZAG untuk Inter-AG minggu depan, yeay!!!Dengan penuh semangat yang berkobar2, aku telah menumpang-kasihkan-diriku yang tak larat nih menaiki kereta Jocko. Tq bebeh!!! Main 3 game secara percuma. First game telah menyaksikan aku berjaya strike 3 kali berturut-turut. Huiyooooo!! Ahkak bangga dek non oit! Hnnss..hnsss...[kaber lubang idong]. Tapi masuk game kedua dan ketiga, aku dah kesemputan dan saket pinggang dah kembali mencucuk-cucuk. Perit. Keseluruhan, first game dapat 147, second game dapat 108 dan third game dapat 124. Average aku dapat 373. Boleh la kan daripada masuk longkang! :p Waktu nak balik, sekali lagi Jocko dengan rela-hati untuk menghantar aku yang sedang kesakitan-dalam-diam balik umah. Tq sooooooooooooo much!! Really really appreciate it my prenk!!! Ooopsss...kepada sesiapa yang berkenaan, adalah dimaklumkan bahawa si Jocko ini adalah suami orang yek! Tiada skandal mahupun gusip antara kami. Dia seorang sahabat yang baik dan amat prihatin! Otak dia hanya penuh dengan bisnes, bisnes dan bisnes! RM mesti masyuk! Itu penting! Hik hik hik, tak gitu Mas Jocko?! :p Teringin bebenor nak beli satu set kelengkapan bowling! Teringin teramat! Nantilah, aku simpan duit sehari lima posen, agak2 cukup tak untuk beli set bowling menjelang next year? Muahahahaha....Over taw dak Tipah nih!!! :p Ros, nanti kita gi tempah bola bowling sesama ek? :D Ari nih, kakiku, pehaku, pinggangku, sudah mula terasa sengal-sengal. Semalam bet dengan Kak Gee, dia cakap arini for sure aku akan jalan cam robot, tapi alhamdulillah, ari nih leh jalan normal lagi, tapi mungkin esok aku akan mula menapak seperti oang capek kaki! Ihikss....Tu la, susah bila degey dan tak sedar kemampuan diri nih sebenornye! Takde penyakit cari penyakit, amek la habuan! Nota kaki cagu: Tak sangka ada umat2 sebegini yek? Sungguh la badannya bizi. Hik hik hik....