banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Sunday, June 24, 2007

Tersebutlah alkisah...

Hari sengalku... Ari Jumaat lepas, celebrate besdei Fay dan Zul kat luar kafe. Epi belated besdei to both of you ya!! Pas abeh sesi potong kek, makan2 pehtu join Ramzi and da' geng main Bridge. Jadi tukang perati jek. Pehtu gerak gi BTS sesorang, naik Star & Monorail. Gi kaunter tiket wayang dulu, ingat nak beli tiket citer SIVAJI. Hah?!?! Tipah nak tengok citer Tamil?!? Muahahaha. Tolong la percaya, nih sumer hasutan dari Mya taw! Dia yang beria-ia benar nak tengok citer tu sampaikan aku pun turut terpengaruh. Terjadi satu insiden yang telah memalukan diriku ini. Waktu beratur, didepan aku orang India, belakang aku pon India, tukang jaga kaunter pon India. Bila sampai turn aku, slow jek aku tanya, "Tiket Sivaji ada lagi tak?" Terkulat2 India jaga kaunter tu. Terkejut agaknya bila taw aku nak tengok citer Tamil. Hahahaha. Dia cakap ada lagi, tapi midnite. Pehtu aku kuar dari barisan jap sebab nak tipon Mya untuk confirmkan dengan dia. Bila beratur lagi, orang dah mula ramai. Pelbagai bangsa ada. Waktu India tu nak print tiket, tetiba aku teringat satu menda; "Eh, ada subtitle dak?" "Tak sure la kak, rasa cam takde. Kejap ek?!" Pehtu dia jerit kekuat pangge kawan dia yang lepak kat belakang aku; "Wei, filem Sivaji ada subtitle tak haa?" Aiyoooooooooh....Aku rasa cam nak mencairkan diri jek waktu tu. Sumer orang yang beratur dok pandang aku! Kantoi weh!! Malu arh dewang taw aku nak beli tiket filem Tamil! Huwaaaaaaaaa...Nak pecut 400 meter pon ada gak! Adeh! Bebetul rasa sengal jek waktu tu. Huhuhuhu...Last2, aku beli tiket filem Fantastic 4 jek kol 11.15pm. Toche Mya sebab sudi mengsponsorkan tiket wayang tersebut! Hik hik hik...Next time kita cuba kat panggung lain plak ek!? *wink*wink* Pas beli tiket, gi booking lane kat Ampang Superbowl plak. Toche memanyak kat Kak Gee + hubby, Sepai, Abg Zailan + Kak Ramizah, Abg Zakie + wife, En. Syahkirin + wife, Ros + hubby serta En. Jo [yang sanggup datang bagi sokongan walopon tengah demam!] Tq tq tq! :D Pas abeh main bowling, gi tengok Fantastic 4, pehtu gi makan kat Segambut dan sampai umah menidurkan diri jam 3am. Penat sey! Huhuhu.... Hari menyemputkan diri... Ari Sabtu, dikejutkan oleh satu sms, pehtu bergayut sampai gado2/marjoks2. Hik hik hik. Bangun bersiap pehtu teman Mya balik umah dia, then kuar gi BTS. Ari nih ada tournament bowling Inter DG. Start main pukul 2.30pm dan habis jam 7pm. 6 game yang betul2 menyemputkan aku. Tapi sib baik la aku tak semput sangat, cuma terasa2 cam segala urat saraf badan aku nh dah longgar2. Hampir2 injured bila membaling bowling, terhentak lutut kat lantai. Huhuhuhu...saket!!!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket With Mya yang datang sebagai penyokong, dan Ros sebagai pesaing aku! :p Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket En. Jo [Presiden Persatuan Kakitangan] menyampaikan adiah kat aku! Yeay!!! Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Nih score aku untuk game yang pertama [usha kat NA tu ye]. Masuk game kedua dan seterusnya, dah jadi ampeh! Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Bersama pasukan2 DZAG yang menjadi juara keseluruhan [ramai player dah balik] Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Aku dan hadiah yang besh!! Akhirnya ada gak adiah yang melibatkan aku dengan bowling. Ihiksssss...
Alhamdulillah, team DZAG juara lagi, yeay!! Aku plak di tangga yang ke 10 daripada 27 orang pemain perempuan dengan purata 729 jatuhan pin [Dapat no. 10 pon nak riak ke? Aiyooh!!!]. Dan yang paling menggembirakan aku, bila check list player, team aku [wanita] memperolehi jumlah kutipan jatuhan pin yang paling banyak iaitu 2334 pin! Yieeehaaa!!!! Kak Aini & Hairunnisa - We Are The Best!! Yea yearghhhh!!! *senyum bangga sambel kontrol lobang idong* Pas abeh game, gi bersantap bubur berlauk di Kg. Baru dan sampai ke rumah jam 10.30pm. Mengemas beg skolah, iron baju/tudung dan tido...*penat* Hari-hari terakhir trip ke JB Alhamdulillah...ari Ahad bersamaan 24 Jun 2007 merupakan hari terakhir aku belajar di JB untuk semester nih. Lega! Bangun seawal jam 3am, bersiap2 dan Angie datang jemput kat umah jam 4.15am, terus shoot ke rumah Ina yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Ina telah sudi meminjamkan kereta Gen2 nya untuk di bawa ke JB. Tq so much to Ina & Harris ya! :D Angie telah berjaya 'mengeraskan' perut kami semua bila dia keluarkan statement berikut; "Ina, u punya signal gila la. I kena fikir dulu sebelum nak bagi signal. Boleh mati lor kalau I bawak kereta you." Hahahahaha....Mana tak nya, kereta biasa selalunya nak bagi signal, sebelah kanan, kan? Tapi kereta Gen2 Ina, kena bagi signal sebelah kiri. Jumpa Nana dan Fazri kat Tol Sungai Besi. Gi JB naik dua biji keta. Gen2 dan Perdana Nana yang mewah! Huhuhuu....*jeles* Angie surrender. Dia bawak sampai Tol Sungai Besi jek. Pehtu aku take over. Jemput Suraizah kat tepi highway UPM/Serdang, pehtu terus pecut! 130/150km/j atas highway, memang tak terasa pa pe! Tapi Nana cakap aku giler, pecut tak hengat di pagi hari! Dia tak larat nak kejar. Hik hik hik. Benti rehat kat RnR Ayer Keroh. Sempat bergambo beramai2 kat situ sebagai kenangan. Pehtu tukar driver. Su plak yang drive, aku plak menidurkan diri dalam keta Nana. Sampai UTM JB jam 8.30am, gi breakfast, pehtu masuk kelas. Aku kena amek test sesoang diri. Dah la mengantuk + penat, tak study langsung plak tu. Bila tengok soalan, blur2 jek gitu! Huhuhu. Last2 dapat 10.5 daripada 30 markah! Hahaha. Padan muka aku! Takpe2, aku akan berusaha untuk dapatkan markah yang terbaik masa final nanti. Insya Allah. Abeh kelas jam 1.30pm, aku dan Fazri gi jumpa Penasihat untuk tesis akhir aku nanti, Dr. Hishamuddin, beli buku SPSS terbitan UTM. Sempat jadi model bergambar untuk kawan dia. Hik hik hik...*malu* Pehtu terus gerak untuk memulangkan diri jam 2pm. Sempat tapaw McD [drive thru]. Aku yang drive dulu, dari JB sampai Tangkak. Waktu tengah drive, Ina dan Su hentam tido tak hengat dunia. Terpaksa layan blues sesoang. Mengantuk sey!! Benti kat Tangkak, soh Su plak drive, aku plak tido mati. Nikmatnya!!! Sedar2 jek dah sampai Serdang! Dropkan Su kat situ, Nana dan Fazri blah dulu, tinggalkan aku, Ina dan Angie. Tetiba rasa sedey! Sebab kali nih adalah trip yang terakhir kami semua bersama. Mulai sem depan, kebanyakan daripada kami akan mengambil subjek yang berlainan. Susah dah nak berkumpul bersama. Tak leh nak gusip2, kutuk2, study sesama. Huhuhuhu....I'm gonna miss you all la my very2 best prenk!!! Isk!!! Angie telah memberikan satu tugasan untuk aku; "Aimah, u punya tugas lepas nih, aturkan gathering untuk kita semua kumpul sama2 ya." Dun wori, nanti kita gi holiday together2 yek! Make sure you all sumer free la hendaknya!! Maklumlah, you all semua dah berkomitmen, sure payah nak atur agenda nanti! Isk! To all my prenk, study smart...and all the best for our final exam, next 2 weeks ya!!! Harap2 pengorbanan wang, masa dan tenaga yang telah kita 'laburkan' dengan travel ke JB kali nih berbaloi hendaknya. Honestly, aku dah mula rasa rindu sangat kat korang sumer!! Every weekend kita berkumpul dan travel sesama, pasnih belum tentu dapat bersua-muka, sedeynya!!! Huhuhuhu... **Neeva tak join last class ari nih sebab demam panas. Sian dia! Get well soon my dear cellooo...
Nota kaki cagu: Melepakkan diri di rumah kakak, dapat pinjam skuter untuk gi opis! Yeay!!