banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, June 11, 2007

Waktu aku sakit... Kalau aku sihat

Waktu aku sakit.... Ada yang hantar ke klinik Ada yang tapawkan makanan Ada yang hantar aku pulang Waktu aku sakit.... Duduk sorang2 kat dalam bilik Mula rasa sunyi Mula rasa sepi Waktu aku sakit.... Mula terfikirkan yang bukan-bukan Kalau la aku mati time aku sakit Sapa pun tak taw, terbongkang sorang-sorang *Sebak* Waktu aku sakit.... Baru tersedar tentang kekuatan diri Tidaklah sehebat mana Tidaklah segah nama Waktu aku sakit.... Adalah waktu yang paling berharga Aku dapat rehatkan diri secukupnya Dapat rehatkan minda buat seketika Kalau aku sihat.... Aku akan mula lupa diri Lupa tentang kudrat yang sekelumit Lupa tentang 'rehat' yang tak mencukupi Kalau aku sihat.... Tak reti dok dendiam Tak reti nak muhasabah diri Tak reti nak rehatkan otak Kalau aku dok dendiam.... Maknanya aku nak saket la tu Tak pon tengah bad mood Tak pon tengah bermasalah *Sengeh* Aku tak leh nak dok dendiam Kalo aku dok dendiam Nanti aku sunyi Nanti aku jadi seorang perindu yang sepi *Wink-wink* Selagi aku larat Selagi aku termampu Beginilah kehidupan aku Untuk hari-hari mendatang Sampai bila?!?! Sampai tiba waktunya... Nota kaki cagu: Sunyi & sepi sungguh!