Petang Khamis [30/8/07], balik dari keje, terus gi umah kakak. Sesampai kat umah kakak, tengok anak2 buah sumer dah siap sedia, nak keluar hekot aku gi sambut merdeka. Hehehehe...Bagus! Bagus!
Jam 9++pm, keluar gi opis, alhamdulillah jalan clear. Tak jammed pon. Parking keta kat opis, pehtu menapak gi Dataran Merdeka. Orang dah mula ramai. Hiruk-pikuk dah mula kedengaran. Awal-awal lagi aku dah pesan kat Amir, Irfan dan Fatin, nak jalan kena pegang tangan memasing. Hilang kalu, pepandai la balik sendiri. Tapi sebelum tu, aku dah tulis nombor tipon aku/kakak, pehtu taruk dalam poket seluar memasing. Pesan aku kat dewang, kalo hilang, bagi kertas tu kat pakcik Polis sahaja, mintak dewang tipon nombor tu. Hehehehe....
Melepak depan tv besar, atas jalan raya, sungguh membosankan. Sib baik kakak bagi bekal nasik guring. Makan secara berjemaah. Orang keliling perati jek kitoang yang dah macam berkelah di tengah khalayak ramai jek! Malu gak rasa di ati, tapi lapo punya pasal, peduli apa kan? Ihikss...Pehtu siap main dam ular lak lagi. Hik hik hik.
Lepas abeh sambut merdeka yang ke 50, lepas tengok bunga api, gerak balik ke opis, amek keta dan memulangkan diri. Waktu tu jam dah pukul 2am. Tanya anak-anak buah;
"Korang lapar tak? Kalau lapar, jom singgah kedai, Auntie Aemiey belanja..." Heh...dengan riak skali aku tuturkan dialog tu. Muahahaha...
Dipendekkan citer, aku pon bawak la anak2 buah aku gi 'kedai ujung', order makanan dan minuman. Time tengah tunggu makanan siap dimasak, tetiba berderau jantung aku. Baru teringat sesuatu. Terus gelabah keluarkan dompet. Aiyark!!! Dalam dompet cuma tinggal note RM10. Selebihnya duit RP dan USD. Aiyoooooh!! Cane nih?!?! Terlupa tekan duit daaa...Aiyoooh!!
Tinggalkan anak2 buah kat 'kedai ujung', pi cari mesin ATM. Tapi malangnya, sumer ATM dah out of service. Kusss semangat! Check balance kredit hp, berbaki RM 0.30. Harap2 masih boleh tipon kakak. Dengan lafaz bismillah, aku dial nombor kakak. Pheww!! Sib baik masih boleh call. Lepas citer kat kakak tentang problem aku dengan hanya menggunakan senafas ayat, kakak dah mula membebel;
"Awat la aku dapat adik camni!?!? Tak nyusahkan aku tak bleh ka?"
Err..Jangan salah paham ek, dia tak marah aku, tapi dia cakap dalam nada gelak yang tak boleh nak berenti. Hehehe.
Balik ke kedai ujung, tengok muka anak2 buah yang dah mula cuak. Aku sengaja menambahkan kecuakan dewang sumer;
"Duit takde ni. Kang koang sumer tolong la pakcik kedai ni cuci pinggan ek? Auntie Aemiey nak balik umah ibu jap, pinjam duit kat dia."
"Auntie Aemiey pegi la balik sekarang, kami tanak basuh pinggan!" kata Fatin si budak kecit tu.
"Eh! Mana boleh, kang makanan Auntie Aemiey koang bedal!"
Memasing muka dah tensen! Muahahaha. Sonok gak kenakan bebudak nih!
Lepas abeh makan, nampak kakak datang ke kedai naik skuter Elegan. Anak2 buah aku kemain seronok lagi bila nampak muka mak dewang. Memasing tarik nafas lega. Si Fatin siap ripot kat mak dia lagi;
"Auntie Aemiey suruh Fatin basuh pinggan tadi bu!!!"
Cheisssss....Tobat! Pasnih kalo nak gi makan, perkara pertama yang nak kena check ialah RM di dalam dompet. Huhuhuhu....Serik weih!!!! Sib baik la aku ada kakak yang sungguh baek hati!! Toche akakkuuuuuuuuuuuuu!!!! Cayang seploh menet!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku tak nyusahkan kakak takat tu jek. Keesokan harinya, abang datang KL. Aku gi jemput dia kat Stesyen Putra Wangsa Maju. Bawak hp kakak, sebab hp sendiri dah kehabisan bateri. Lepas dinner, abang bertolak gi Raub, naik Kembara. Aku plak balik umah jap, amek stok baju.
Bila sampai ke umah kakak, tengok muka dia dah berkedut2 semacam, pehtu terus kena 'fire';
"Hang bawak masuk tak hp aku tadi?" tanya kakak.
Errkkkkkkk!!! Baru teringat, hp kakak aku tinggalkan kat atas dashboard keta yang dah di bawa ke Raub. Aiyarkkkkkkk!!!
Kena bebel lagi dengan kakak. Huhuhuhu. Buat pekakkan tinger, amek bantal, terus menidurkan diri. Hehehe....Ya ampun akak ku! Sungguh tak terniat nak menyusahkan kakak! Diri sendiri pon pelupa. Memang tak leh nak buat apa dah pon! Ampunnnnnnnn!!!
Nota kaki








|