banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Saturday, September 01, 2007

Trip to Medan - 25/8/2007

Sesampai kat LCCT, terus gi isi pewot dolu kat Asian Delight [eh, ye ke nama kedai tu?] Pehtu jumpa Zakzak japs, dia kasi RP150,000 untuk beli cd Dygta - Bukan Kekasih Setia dan pa pe lagi yang patut di beli bila kat Medan nanti. Jam 8.20am, fly ke Medan. Sampai kat Polonia Airport Medan jam 8.35am (waktu Indon lewat sejam dari waktu Malaysia) dengan jantung yang berdebar2 gitu. Kena isi form bagai, check bagasi, kuar dari airport, nampak Lian, tourist guide kitoang tengah tunggu. On da way nak gi ke van, ada la umat2 yang tolong tarik bagasi kami. Skali bila nak masuk van, umat2 tu mintak tips. "Kasik aja RP100,000 kak. Nanti kami bagi-bagi sama kami." Aku dan Mya yang masih bingung dan blur2 nak kira duit rupiah, hulur jek RP100,000 kat dewang. Bila van dah gerak, kira balik, rerupanya kitoang dah bagi RM40 kat umat2 tu untuk tarik bagasi yang tak sampai sekangkang kera pon. Ampeh dot com btoi! Awai2 dah kena tipu! Cesweges. Perjalanan diteruskan dengan pergi isi pewot dolu di Restoran Simpang Tiga. Dijamu nasi padang yang sungguh yummy! Makan tak hengat donia! Pehtu bergerak gi Paten. Sepanjang-jalan-kenangan, aku terpandang kedai2 makan yang tergantung signboard 'Babi Panggang'. Aiyooooooh!! Berpinau jap mata ahkak dibuatnya. Sib baik aku tak nampak plak 'kerbau pendek' tu. Kalo tak, mau putus selera aku 3 ari 3 malam. Huhuhuhu.
Korang nampak tak apa yang aku nampak?!?!
Taraaaaaaa.....Hehehehe...Geli arh!! Isk!
Cara pemanduan umat2 di Medan nih jugak amat merbahaya sekali. Asal nak potong jek, picit hon, nampak umat kat kiri kanan jalan pon, picit hon, lampu merah langgar sesuka ati sambil picit hon. Pendek kata, kalo sesebuah kenderaan takde hon, maunya tak leh 'hidup' kat jalanraya. Huhuhuhu. Pada mulanya, aku memang seriyau abeh dengan cara pemanduan Lian, tapi lama2, alah bisa tegal biasa. Layan tido lagi bagus! Muahahaha. Sampai ke Paten, beli kuih 2 kotak jek. Rasanya kuih2 lain cam berlambak jek jual kat Malaysia. 2 kotak tu pon dah berharga RP25,000. Perjalanan diteruskan ke Danau Toba. Teruja sungguh rasa di hati. Dari tebing bukit, dah ternampak pemandangan tasik Danau Toba yang sungguh chantek skali! Kagum sey!! Lian kabo, dulu, kat situ ialah sebuah gunung berapi yang sangat beso! Bila gunung berapi meletus, terbentuk sebuah kawah yang dipenuhi air-air sungai dan air hujan dan keluasannya lebih besar dari negara Singapura. Perghhhhh!!! Menginap di Danau Toba International Cottage, betul-betul disebelah tasik. Disebabkan lunch terlalu awal, nak tunggu dinner plak kol 7pm, dan waktu sampai ke cottage tu kol 3.30pm, makanya, aku dan Mya telah mengorder nasi goreng seafood. Sambel makan sambel layan gusip2 panas di tv. Banyak sungguh channel gusip2 dunia hiburan. Tak ketinggalan citer tentang keberantakan rumahtangga Ahmad Dhani [Dewa] dan isterinya, Maia. Berita paling hot waktu tu, berita tentang penculikan Raisah, budak berumur 5 tahun. Citer-citer lain yang sempat dilayan, Kasa-kusu, Kontak Jodoh, Itu Ariel. Besh banget sih!!! Jam 6pm, kuar merayau2 dengan niat nak amek gambo, tapi ujan la plak. Last-last lepak kat Tao Toba Restaurant, tunggu dinner. Malam, tido awal akibat kepenatan. Sekian cerita untuk hari yang pertama. Nota kaki cagu: Semakin jauh ditempat orang, semakin terkenang-kenang...