banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Saturday, September 01, 2007

Trip to Medan - 27/8/2007

Cuaca di Brastagi memang sejuk banget deh! Tak yah pakai aircond dah pon! Time nak mandi, air panas dalam bilik mandi plak tak berfungsi, nak tanak, terpaksa la gak menebalkan kulit dengan mandi air yang begitu sejuk skali. Menggigil-gigil dibuatnya. Trrr..trr..trr...
Pemandangan di belakang [ke depan ek?] bilik cottage.
Bergambo di depan bilik cottage, di sapa seorang makcik yang menjual jamu. Beria-ia soh beli jamu dia, leh cantekkan kulit la, leh kuruskan badan la, tapi dia tak berjaya menambat hati aku [walaupon lepas tu terasa cam menyesal plak tak beli jamu untuk kuruskan badan..isk!]
Pemandangan di depan bilik cottage.
Sarapan pagi.
Taw nggak apa itu Narkoba? Narkoba = narkotik/dadah ye anak2....
Gi bekpes, makan bihun goreng yang sedap! Pehtu naik kuda, pusing2 area situ jek, di caj RP10,000. Time nih bateri kamera aku dah mula kong! Nak caj tak leh sebab sumer hotel guna plug 2 pin jek! Aiyooh...Pening pala ahkak. Terpaksa la menumpang-kasihkan diri menempelkan muka di kamera Mya. Isk!!
Lian datang amek jam 9am, pehtu gi naik atas bukit yang bernama Gundaling. Alkisahnya, dedolu, ada orang Belanda bercinta dengan gadis tempatan. Tapi bila time berpisah, orang Belanda say "Good bye my darling" tapi si gadis terdengar cam orang Belanda tu cakap "Gundaling" maka melekat la terus nama bukit tu dengan nama gitu. Sekian. Hehehehe....
Nih le hero dari Belanda
Nih plak cowok dari Indon....yang telah dimengorat oleh orang Belanda tadi
Setelah kena ngorat, mereka pon kawen...Sekian.
Kat belakang tu sepatutnya nampak gunung berapi yang masih aktif, tapi tak nampak plak dalam ini gambo...hehehe... Dapat dilihat dari kejauhan, sebuah gunung berapi yang masih aktif dan mengeluarkan asap. Lian cakap, kalo nak mendaki, amek masa 6 jam. Cumanya, buat sementara waktu nih, pendakian ditutup sebab selalu sangat terjadi gegaran di sekitar gunung tu. Ngeri sey! Pehtu ada kisah pasal raja yang mendapat anak kembar, lelaki dan perempuan. Bila dah beso, pasangan kembar tu 'ter'jatuh chenta sampai 'ter'mengandung. Disebabkan nak kaber malu, dewang lari masuk dalam hutan, panjat sebuah pokok yang ada penunggu/ilmu hitam. Dewang terlekat. Bomoh yang nak tolong pon, melekat jugak. Last2 raja terpaksa amek keputusan untuk tebang pokok tu, maka, mati lah mereka bertiga. Sekian juga adanya.
Ini namanya Delman ya anak2...hehehehe...
Di pasar buah yang tak berapa nak jual buah sangat..ihiksss
Lepas tu, kitoang bergerak gi shopping kat pasar buah, tapi kat sini takde jual buah-buahan secara pukal ye kengkawan. Lebih kepada jual barang2 sobiniyer. Sempat gak la aku sambar beg seketul, dan beberapa helai t-shirt lagi. Mbak Mya telah dipromote untuk membeli jamu dengan agak SX arh! Muahahaha. Naik pening dibuatnya melayan akak tu. "Rambutnya basah setiap hari ya kak?" *wink*wink* Then kitoang balik ke kota Medan. Sepanjang jalan, aku tido lagi. Ekekekekeju.... Sampai di Medan, gi lunch kat Serathon Palace. Sebuah restoran Cina. Makanan yang dihidangkan pon, makanan ala-ala cina. Tak kena la dengan tekak aku. Isk! Pehtu Lian bawak gi Pasar Ikan Lama. Kat sini jual kain batik dan pelbagai jenis fabrik kain yang sungguh menarik. Aku sambar sepasang kain untuk diri sendiri. Ngeh ngeh ngeh. 2 jam bershopping disitu sungguh memenatkan. Oh ya, lupa nak citer satu menda yang ntah pa pe skek. Sepanjang-panjang aku lalu kat lorong Pasar Ikan Lama tu, penjual2 kat situ dok cakap muka aku macam muka Siti Nurhaliza. Naik tensi aku dibuatnya. Cakap la muka aku cam muka Angelina Jolie ke, cam Aishwarya Rai ke, bangga la jugak, ini Siti Nurhaliza gak, artis yang aku tak baper nak minat. Adeh! Tak sesuwai taw!!! Huhuhu... Pas dah penat berulang-alik kat pasar tu, last2 kitoang gi Medan Mall plak. Sungguh banyak skali sale kat situ. Jadi tak tentu arah dibuatnya. Muahahaha....'Gejoloh' sungguh diriku ini! Ahaksssss...Aku cuma beli cd Dygta yang dipesan oleh Zakzak, pehtu belikan untuk diri sendiri cd Ungu - Untukmu Selamanya [album terbaru dewang]. Pehtu aku cuma recce rega barang2 yang nak di beli jek. Dah berjanji dengan Mya, keesokan hari kami akan datang lagi ke Medan Mall. Hehehehe. Jam 6pm, bergerak gi Istana Maimoon. Malangnya, istana tersebut dah pon tutup. Huhuhu. Cuma sempat bergambar diluar istana jek. Pehtu, Lian anto Andy & wife [yang jugak join kitoang dalam trip nih] ke hotel Garuda International, and then bawak kitoang gi makan bakso yang paling pemes di kota Medan. Memang enak banget sih! :p Malam nih, kitoang menginap di Semarak International Hotel plak. Terjadi satu insiden yang tak besh. Bilik kitoang masih berpenghuni. Try mintak bilik lain, dah fully booked. Ah sudah. Jadinya, aku dan Mya amek keputusan nak merayau2 ke Ramayana Mall yang berdekatan. Pihak hotel janji, dalam 20 menet, bilik akan ready. Jalan-jalan lenguhkan kaki ke Ramayana Mall. Lebih kurang 45 minit, kembali ke hotel, dikhabarkan bilik masih belum ada. Umat yang duduk bilik tu, keluar gi mana ntah, tinggalkan bagasi. Tak taw nak cari kat mana. Aku pon apa lagi, bikin ribut la kat kaunter. Badan dah capek banget lorh... Last2 Sales Manager dewang bagi minuman jus for free. Bukan takat itu jek, kitoang jugak dibenarkan untuk gunakan perkhidmatan internet secara percuma. Tu pasal la ada entry "Horass!! Menjuah-juah!!" tu...Online dari Medan. Ekekekeju....Pehtu siap buat special request, anto dinner kitoang ke bilik, sebab dah tak larat nak turun gi kafe. Muahahaha...Giler demand, kan? Lepak2 tengok tv, ada konsert "Ungu di Matta Dewa-Dewi". Besh banget sih! Tak sesia aku berjaga malam, sebab Ungu ada nyanyikan lagu Kekasih Gelapku. Yeay! Sonok! Sonok! Tidur malam mimpi yang indah-indah... Nota kaki cagu: Setiap detik, setiap saat, sentiasa di fikiran....