Kepada semua pembaca blog aku yang budiman, aku ingin mengambil kesempatan yang ada ni, untuk memohon ampun dan maaf di atas segala2nya, kiranya aku ada tersalah taip, terkasar bahasa, terlukakan hati kalian tanpa aku sedari, harap dapatlah memaafkan aku ya!!!
Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini, kita semua dapat menyambutnya dengan penuh keredhaan dan ketakwaan. Dan sempena bulan yang mulia ini, harap2 dapatlah memberi sinar dan nur serta petunjuk kepada aku dan kalian semua, agar dapat lebih mendekatkan diri pada-Nya!
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat ya!
*Ingin berubah menjadi yang terbaik, menghindarkan diri dari yang mungkar*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salah ubat!!
Last Monday, aku gi klinik panel, dapatkan rawatan sebab batuk datang balik. Doc kasi ubat batuk kaler itam. Pestaim aku makan ubat ikut jadual. Serik! Takut masuk ICU lagi! Huhuhuhu...
Semalam, seharian aku lalok kat opis gegara makan ubat batuk! Sumer pakat risau aku nak balik umah, takut terjatuh kat tengah jalan! Weng weng tak hengat dunia! Sesampai kat umah, terus menidurkan diri sampai ke pagi tadi. Sekian.
Pagi tadi, telan ubat batuk hingga ke titisan terakhir. Tapi batuk masih belum berkurangan jugak, malah, makin menjadi2! Gi klinik panel kat opis, isi borang untuk amek ubat jek, tapi kakak nurse soh gi jumpa doc jejugak, sebab tengok batuk aku lain macam.
Jumpa doc, dia tanya memacam soklan kat aku;
"Since bila batuk nih?"
"Last Friday dah mula batuk2."
"Ada demam2?"
"Takde. Juz batuk dan sakit dada.I ada asthma."
"Tak pergi klinik ke?"
"Dah. Ubat batuk dah habis, tu yang datang sini nak amek ubat, tapi akak tu soh jumpa doc plak."
"Ubat batuk apa yang u makan ni?"
"Ubat batuk cair kaler itam."
"Eh! You asthmatic, mana boleh makan ubat batuk tu! Ubat tu untuk orang2 biasa. Orang asthma tak boleh makan ubat sembarangan. Ubat batuk tu akan jadikan kahak you makin pekat, dan jadikan you lebih kuat batuk tau!"
"Habis tu, kenapa doc kat klinik yang I pergi tu, kasi ubat tu?"
"Doc yang pakar bab2 paru2 nih je yang lebih memahami. Mungkin doc tu kurang arif. Its ok. You berhenti makan ubat batuk tu! I bagi pil untuk pecahkan kahak2 you tu, k?"
Berhenti makan ubat batuk?!? Dah sebotol aku telan dah weih!! Patut la tak jadi pa pe pon! Lalok dan makin batuk lagi ada la...Huhuhuhu...Sekian la jawapannya....
Pasnih aku kena pangkah bebeso la kat klinik panel area umah aku tu! Dulu pon, masa aku dok batuk2 kena asthma, aku mintak GL untuk gi klinik pakar, tamoh kasi. Kedekut! Sampai aku kena masuk ICU la gegara tak dapat rawatan yang betul. Nih dewang kasi ubat salah plak kat aku!! Eii eii eii..Tensen ahkak taw!!! Rejek arh!! Tamoh gi dah klinik tu! Marjoks gegila dah nih! Huhuhu....
Larat ke aku nak posa esok nih? Ubat nak kena makan ikut time, kalo idak kang, kena attack asthma plak! Tapi, takkan first day posa dah nak monteng?!? Haduuuu...Saket dado den!!!
Nota kaki cagu: Makan tak lalu, jalan tak larat, patut ke amek MC lagi?! Eh! Tak leh! Tak leh! Dah banyak kali MC dah untuk tahun nih! Kena kuat semangat, gagahkan diri datang opis. Huhuhuhu...Menggigil kesejukan! Isk!
PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Wednesday, September 12, 2007
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|