banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Saturday, September 01, 2007

Trip to Medan - 26/8/2007

Nih ler Lian, tourist guide kitoang sepanjang berada di Medan. Baek skali orangnya dong!!!
Mintak tolong hotel buat wake-up call jam 6.45am, dewang hentam tipon jam 5.45am. Haduuuuu..saket hati beta! Huhuhu. Bergelumang atas katil, maleh nak bangun. Lepak2 layan blues.Pas dah bangun bersiap2, kemas beg bagai, gi bekpes di Tao Toba Restaurant. Makan roti bakar jek. Pehtu menapak gi pengkalan bot/kapal, then bertolak gi Tomok, Pulau Samosir. Citer sejarah yang Lian citerkan, amatlah menarik skali dipendengaran telinga. Hmm..Sesapa yang nak taw tentang sejarah 'Tomok' tu, meh tanya meh. Aku tak larat nak menaip, tapi kalo nak soh membebel, aku terer!! Ngeh ngeh ngeh... Lepas mendengar hikayat sejarah dari Lian, maka, kami pon bertebaran membeli-belah. Perkataan pertama yang aku hafal bila di Tomok nih ialah, HORAS = Selamat Datang/Harga murah, dan juga 'pecah telur' = pelanggan pertama sebagai pembuka rezeki. Aku yang teramat la calculative nih, mintak kurang rega barang secara hebatnya dan statik dengan pendirian aku. Sib baik sumer harga yang aku mintak, dewang stuju. Tapi bila ada yang tanak bagi kurang, aku pon ala2 cam nak merajuk, cecepat dewang pangge balik dan bagi gak rega yang aku mintak. Yeay! Kat Pulau Samosir nih, aku belikan kain untuk aku, kain pasang untuk mak/abah, sobiniyer dan t-shirt untuk kengkawan. Habis beratus-ratus ribu rupiah gak la. Adeh! [Bila sebut ribu2 nih, terasa cam orang kaya jek! Tapi dalam waktu yang sama, rasa gayat sebab takut salah kira. Calculator sentiasa di tangan.] Dalam bot/kapal balik dari Pulau Samosir, aku hentam tido tak hengat donia walopon cuaca waktu tu teramat la panasnya. Isk! Pas dah naik ke darat, terus bergerak gi makan kat Restoran Minang Istana. Sekali lagi dijamu nasi padang yang sungguh enak sekali. Walopon cuaca amat panas, peluh menitik2, itu semua tak mematikan selera aku. Memang 'kena' la masakan dewang dengan anak tekak aku nih. Sedap sey! *terbayang-bayang, kecur liur dibuatnya* Lepas dah kenyang, Lian bawak kitoang gi Simarjarunjung. Sepanjang perjalanan, aku sempat menidurkan diri lagi. Trip kali nih memang aku jadi kuat tido arh! Tatawu naper!! Mungkin sebagai salah satu terapi merehatkan minda kot! Muahahaha...Sampai di Simarjarunjung, cuaca amatlah sejuk skali. Dingin banget sih! Baju sejuk plak dalam bagasi, kalo nak godek bawak kuar, payah yang teramat. Terpaksa la menahan diri dengan keadaan sejuk yang menyucuk tulang-temulangku ini. Di atas bukit nih, dapat lihat keindahan tasik Danau Toba yang teramat la cantiknya. Orang-orang Indon pon ramai berdating kat sini. Isk! Jeles sey!!! Kat sini gak, aku try minum Bandrek atau teh halia yang dicampur pelbagai herba lain lagi seperti halia, kulit kayu manis dan sebagainya. Dihidang bersama dengan goreng pisang panas. Satu set berharga RP5,000. Bau bandrek tersebut amatlah tidak besh, lebih ke arah bau sup! Mula2 minum seteguk, rasa pedas di lidah, minum lagi 2-3 teguk, perut rasa loya. Arh sudah! Tak sanggup aku amek risiko. Last-last makan goreng pisang jek. Huhuhuhu...
Nih ler Bandrek yang 'pedas'
Pehtu, gerak gi Air Terjun Sipiso-piso melalui 'jalan Jepun'. Sepanjang perjalanan, lebih dari 10 buah gereja ada di kiri kanan jalan. Menurut Lian, negara dari luar yang banyak menyumbangkan dana untuk membina gereja kat situ. Kebanyakan penduduk di situ beragama Katolik tapi berlainan bangsa dan juga berpuak2. Tak hairanlah, selang 10 buah rumah, ada sebuah gereja. Huhuhuhu. Sampai kat Air Terjun Sipiso-piso, sekali lagi buat aku teruja. Sungguh cantik pemandangan kat sini. Macam sebuah lukisan. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Kerdil sungguh aku rasakan diri ini. Menurut Lian, air terjun Sipiso-piso nih terjadi daripada pertemuan beberapa buah anak sungai. Sipiso-piso tu plak diberi nama sempena ada seorang Jepun yang telah membunuh diri menggunakan pisau. Bleh? Pehtu kitoang pon bergerak pulang ke hotel berikutnya di Brastagi. Again, jumpa lagi gerai2 makanan yang jual 'Babi Panggang'. Aku soh Lian bentikan van, dan snap gambo salah satu gerai tersebut. Muehehehe. Keji dak perangai? Ihiksssss...
Sampai di Danau Toba International Cottage, Brastagi, check in dan melepakkan diri dalam bilik. Jam 9pm, baru kuar gi dinner. Pehtu balik bilik dan layan tido lagi. Zzzzz....
Gambo pemandangan tasik Danau Toba nih telah menjadi Desktop pc aku......Chantek sey!!!
Nota kaki cagu: Penat berdangdut dalam van, jalan tak berturap! Saket abeh badan-badan. Isk!