Sesapa yang keje satu opis dengan aku, sure dah baca kat website Kijang.net mengenai Ramadan RM Rally yang dianjurkan oleh BNM's Volunteer. Aku juga salah seorang team member yang terlibat dalam agenda ini.
Kepada para pembaca yang budiman, sekiranya korang berhati mulia, ada terdetik nak bersedekah di bulan Ramadan yang mulia nih, tapi tak taw cane nak menyalurkan sumbangan tersebut, aku boleh membantu.
Pasukan BNM's Volunteer telah pon bersepakat untuk menyalurkan sumbangan berbentuk tunai RM [dan barang keperluan jika ada] kepada 2 buah rumah anak2 yatim/fakir/mualaf/asli yang berikut di bawah: -
Rumah Siraman Kasih
No. 18-1, Jalan Desa 9/6
Bandar Country Homes
Rawang, Selangor
Caretaker: Mak Kamariah
Occupants: 45 pax (berumur dari 7 hingga 12 tahun)
Contact No.: 016-3313546/03-67331690
Asrama Penyayang Nur Iman
AQ1, Jalan Bakubang
Setapak, Kuala Lumpur (Danau Kota)
Caretaker: Ustazah Sarimah
Occupants: 75 pax (berumur dari 11 bulan hingga 17 tahun)
Contact No.: 019-2519082
Hari Ahad yang lepas, aku telah berkesempatan berkunjung ke tempat2 yang tersebut di atas bersama2 dengan Konah dan Manager aku, En. Zairol.

Waktu kami sampai ke Rumah Siraman Kasih [hostel perempuan], anak2 baru sahaja selesai mengerjakan solat dan mahu melipat kain. Berbual-bual dengan Mak Kamariah, rasa pilu dihati.
"Kalau ada yang beri sumbangan RM10 ringgit pon, mak terima. Boleh buat belanja anak2 ke sekolah. Kami takde van nak bawak anak2, selalunya kami tumpangkan anak2 dengan jiran2 yang nak lalu ke sekolah. Kalau bulan Ramadan ni, lega sikit la sebab ada juga bantuan dari orang ramai, tapi kalau bulan2 lain, jenuh juga nak save budget. Cuit sana sini baki yang ada."
Alahai...Itu pun kalau ada bantuan yang diberi. Kalau takde, mak kata, makan minum anak2 umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Makan saja apa yang ada. Aku sempat bertanyakan, barang keperluan yang diperlukan segera dan kata mak, mereka memerlukan 'rice cooker' serta peti ais untuk ditempatkan di asrama lelaki. Ada sesapa yang sudi menghulurkan sumbangan tak?
~~~~~~~~~~~~

Selepas setel di Rumah Siraman Kasih, kami shoot ke Asrama Penyayang Nur Iman. Waktu kami sampai, anak2 yang agak dewasa sibuk membantu memasak, yang kecil2 bergotong royong mengemas laman rumah dan ada jugak yang bermain2 buaian. Keletah anak2 kecil yang bermain buaian betul2 menyentuh hati aku dan Konah. Kata anak2 kecil disitu, buaian baru dipasang, disumbangkan oleh sebuah badan NGO.
Berbual2 dengan Ustazah Sarimah, rupa2nya, bukan saja dia menjaga anak2 yatim, malah mereka juga menjaga ibu2 yang ditinggalkan serta 'ibu tinggal' yang tidak diterima keluarga. Mulia sungguh pengorbanan Ustazah Sarimah ni.
Untuk pengetahuan semua, last 2 years aku & da' geng pernah memberikan sumbangan di Asrama Penyayang Nur Iman ni. Korang boleh merujuk cerita-ceriti di laman web
Projek Syawal.
~~~~~~~~~~~~
Tersentuh hati tak? Tidak mengapa kalau kalian tak punya cukup wang untuk bersedekah. Cukuplah sekadar kalian semua doakan yang terbaik untuk anak2 yang memerlukan kasih sayang daripada kita semua.
Tapi kalau ada sesiapa yang berniat nak bersedekah di salah sebuah rumah di atas [kalo nak bersedekah kedua2nya skali pon, Alhamdulillah], boleh la menghubungi aku dengan menghantar email kalian ke
tipahvogue@gmail.com. Insya Allah, nanti aku bitaw cecara cane koang nak salurkan sumbangan tersebut ya.
Semoga segala amalan yang kita lakukan, diberkati Allah SWT hendaknya. Insya Allah.
Nota kaki
cagu: Sayu bila tengok wajah anak2 kecil tu...Huhuhu....
|