banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, September 04, 2008

Kerana mulutku....

Semenjak 2 menjak nih, bila aku dok dendiam lepas sahur, sambel2 layan tadarus kat tv, sambel2 muhasabah diri, rupa-rupanya apa yang menimpa aku lately nih, semuanya gara2 mulut aku. Tuhan bayar 'cash'. Contoh Pertama Beberapa bulan/minggu yang lepas, aku pernah tegor Kak Gee. Time tu kitoang dalam keta nak gi lunch. Terpandang Kak Gee yang tengah pegang penyangkut kat tepi tingkap. Tapi jari yang memegang tu, jari yang boleh buat simbol kelucahan. Aku tuduh Kak Gee mencarut tanpa sengaja. Hik hik hik....Niat di ati nak melawak jek, tapi siapa taw kan, mungkin lawak aku tu telah mengecilkan ati Kak Gee. Sebagai balasan, aku ditimpa musibah terpotong jari [sama macam jari Kak Gee gak] sampai berjahit 3 jarum. Nauzubillah. Insaf! Insaf! Huhuhuhu.... Contoh Kedua
Ini dagu Kak Lin
Aku slalu tegor dagu Kak Lin, kejap nampak berjerawat, kejap clear. Bukan niat nak mengutuk, tapi sekadar nak menegur. Tapi tu la kan, sapa taw ati orang. Mungkin teguran aku tu jugak telah membuatkan Kak Lin terasa ati. Who knows rite?
Ini dagu aku
Tak pepasal skang nih, dagu aku pon dah mula dipenuhi jerawat. Slalunya kalo muka aku tumbuh jerawat, cepat ilang dan tak tinggalkan parut. Tapi jerawat kat dagu aku nih, bersepah bekas jerawat dan anak jerawat yang baru nak kuar. Huhuhuhu. Serik sey!!! Tamoh dah tegur jerawat kat muka sesapa. Isk!!! Contoh Ketiga Peristiwa nih panas lagi, baru minggu lepas, aku tego Konah, ngaper sipar dia karer lain-lain. Dia kata, sipar dia trend terkini. Mahal plak tu reganya. Cecah RM30++.
Tengok la sipar Konah yang karer lain2 tu...
Sungguh la aku tak puas ati dengan apa yang Konah cakap tu. Trend amende sampai karer lain2. Buwok!! Cam cacat pon iye gak!!! Mahal plak tu, wal hal sipar jek pon! Huh!! Bergado2 aku dengan Konah time tu. Ihiksss.... Nak dijadikan citer, semalam aku gi miting kat lebri. Depan pintu lif, aku cakap kat Kak Gee, kaki kiri aku saket la. Tapi wat dunno jek. Pehtu, sepanjang-jalan-kenangan nak ke lebri, aku memang rasa lain macam sangat kat kedua-dua kaki aku. Tapi punya la malas, nak jenguk kaki sendiri pon tanak. Menonong jek gi lebri sebab dah terlewat. Time aku duduk menyilang kaki, terpandang akan kaki kananku. Eh, bukan aku pakai kasut lain ke tadi???!?! Terus berderau jap darah aku dibuatnya. Dengan penuh debaran, aku pandang plak kaki kiri. Sah!! Soheh!!! Aku terpakai kasut yang berlainan!!! Gulp!!! Maknanya, sepanjang2 perjalanan dari Block C ke Block B, aku pakai kasut lain2 la ek?? Maknanya, ramai la yang naik tangga sesama dengan aku tadi, pasan kasut aku?!?! [tu pon kalo dewang usha kaki aku la] Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Malunyaaaaaaaaaaa!!!! Mana nak taruk muka aku yang comei lagi anggun nih??!!?! *sempat pasan lagi tu* Rasa tamoh balik ke opis dah pon, tak sanggup nak berjalan ke mana2 dah. Tapi mana boleh!! Nak tanak, aku tipon Konah, mintak tolong dia antokan pasangan kasut kat aku. Seperti yang dijangka, tak pepasal aku kena kutuk/cerca/hina/gelak guling2 dengan Konah! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Bila balik ke opis, opismet yang duduk dalam 'pulau' kat tempat aku pon pakat2 berjemaah gelakkan aku! Huhuhu...Malunya! Malunya!!! Kesimpulan Kerana mulut aku yang takde insurans, badan aku yang binasa. Uhuksss...Tobat arh! Pasnih tamoh dah cakap pa pe atau melawak tak tentu hala. Kena tapis setiap butir ayat yang keluar. Kelak aku jugak yang merana. Huhuhuhu.... Kepada Kak Gee, Kak Lin dan Konah, I'm sorry!!! *icon sebek* Sungguh!!! Takde niat sikit pon nak bagi koang sumer terasa. Niat hanya ingin bergurau senda beramas-mesra semata2 taw! Huhuhuhu... Sorry memanyak ek? Nota kaki cagu: Sesungguhnya aku sangat beruntung kerana Tuhan masih sayangkan aku, sebab tu Dia bagi peringatan kat aku di dunia nih, kan? *pujuk ati sendiri*