Giler lama aku nak amek masa menjawab tag dari Kak Piah nih!!! Ini pon kebetulan aku melepak umah kakak aku, baru berkesempatan nak jawab tag dan publish time aku takde kat opis.
Owh ye, untuk makluman semua, ari nih sehari suntuk aku takde dalam opis. Pagi nih aku nak shoot ke Rawang, nak anto barang/duit derma ke Rumah Siraman Kasih, under BNM Volunteer. Alang2 dah terlanjur sampai ke Bandar Country Homes tu, aku dan team telah bersepakat nak singgah ke Rumah Amal Baitul Fitrah, bagi barang2 yang orang donate. Disamping tu, boleh la aku dapatkan keterangan yang sebenar2nya mengenai kes Ummu Liza nih. Tunggu aku buat entry pasal hal nih nanti ya!!!
Now nih, meh aku jawab dolu tag yang Kak Piah pernah bagi kat aku pada 19 Ogos 2008 yang lalu.
Nama-nama timangan

Tersebut la alkisah, nama aku cam koang sumer dah taw la kan...
Aku bahasakan diri aku sebagai Aemiey bila berborak dengan mak abah. Adik aku plak pangge aku Kakcik. Kengkawan rapat ngam ho pangge aku Adik, kengkawan cyber pangge aku Tipah, dan soang akauntan masa keje kat TCMH dulu pangge aku Nor. Huhuhu...Kengkawan study lak pangge aku Aimah. Anak2 buah aku plak pangge aku Auntie Aemiey. Banyak dak nama panggilan aku?
Owh ya, aku dah ada nama timangan untuk bakal cucu aku nanti. Nanny Aemiey...besh dak? Muahahaha...Giler over kan?!?! :p
Anda seorang yang....

* Selalu tak bernasib baik. Selalu gak dirundung malang. Ujian datang bertimpa2. Kekadang tu rasa cam dah tak berdaya nak teruskan kehidupan. Tapi bila fikir qada' dan qadar yang telah Tuhan tetapkan, aku kena tabah, kena kuat untuk harungi semuanya!!! Mengharapkan yang terbaik di akhirat kelak. Insya Allah!
** Slalu blur kalo fikiran berserabut. Tapi kekadang tak serabut pun boleh blur. Sebab otak malas nak berfikir sangat. Terima setiap butir bicara tanpa tapis terlebih dahulu. Pehtu sendiri tercangak2 tak taw apa yang diperbualkan. Huhuhuhu....
*** Susah nak tido malam. Tapi bila dapat tido, jangan harap aku nak jawab panggilan tipon. Tak kocer aku nak melayan lagi dah. Layan tido lagi besh!!!
**** Sensitif amat!!! Gelak pon leh kuar air mata. Nangis lagi la merambu ayaq mata. Abeh camno??? Dah memang sejak lahir ke donia jek terus nangis, bawak la sampai ke tua bangka nih dah. Isk!! Bila nak berubah pon tatawu la. Huhuhu...
***** Dalam sensitif tu pon, aku kuat gelak. Kekadang suka senyum tak tentu arah. Gila kan? Tapi aku tak branik nak senyum kalo orang tak senyum kat aku dulu. Malu arh kalo orang tak balas senyuman. Tak taw nak nyuruk muka tang mana dah pastu. Huhuhu....Ahkak tak rela hoccay!!!
****** Suka cakap direct to da point. Tak puas ati, cakap depan2. Tak main la pakai orang tengah ke, cakap belakang2 ke. Tu bukan style aku. Kalo terasa, kira halal jek la. Janji apa yang terpendam dapat diluahkan. Tapi bila aku bersikap cenggini, orang kata aku laser, tak pandai jaga hati kawan2. Bistu, mengata/cakap blakang2 tu kira pandai jaga hati la ek? Tu dah jatuh hukum mengumpat. Tak koser aku nak tambah lagi dosa yang dah sediakala berlambak nih! Huh!!!
******* Tak taw la koang nak percaya ke idak. Tapi yang pasti, aku nih jenis setia dalam percintaan. Cuma nasib jek slalu tak menyebelahi aku. Ada saja dugaan yang menimpa. Jodoh tak panjang. Tapi kalo dah bercinta, seboleh mungkin aku akan jaga perhubungan tersebut. Tiada orang ketiga dalam hidup aku [tapi slalu muncul orang ketiga dalam kehidupan pasangan aku...sadis kan?]. Harap2 kali nih, biarlah berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau tak menjadi jugak?!?! Itu semua kerja Tuhan, aku dah cuba berubah untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang memang terbukti dah terbaik. Paham??? Tak paham sudehhhhhhhhhhh....
Insan teristimewa di mata anda

Of course la parents aku, family aku, sahabat handai aku...dan si Dia yang tersayang. Doa2kanlah semoga hubungan kami berkekalan yek, yek, yek??! Aminnnnn....
Lagu kegemaran anda

Lagu sepanjang hayat aku, dah tentu2 la lagu dari Diana Ross - When You Tell Me That You Love Me. Oldskool sungguh kan? Hahahaha...duliks apa aku!! Janji aku ske!
Makanan kegemaran

Suka yang pedas. Kalo masak mesti taruk lada hitam. Tak pon cili api. Sesapa yang tak sanggup makan pedas, sila jangan sesekali offer diri untuk merasa masakan aku ok?!?! Paling aku suka, tauhu goreng masak cabai hasil air tangan mak!! Yummy!!! Mak pon dah taw, tiap kali aku balik kampung, itu jek la menu pertama untuk ari pertama aku di kampung. Toche mak!! Sayang mak! Muaahhhsss...
Warna kesukaan

Putih!!! Itu warna yang paling aku gemari. Tu pasal bila koang dok sound2 soh aku tukau skin blog nih, aku wat dunno ja. Malas nak tukau yang kalerful. Tak menepati citarasa aku. Warna lain pon aku ske gak...Pink, itam, kuning!
Sikap yang membuat anda bengang

* Hipokrit!! Arghhhh...Aku paling fed-up bila jumpa orang ceni. Depan kita, kemain lagi manis mulut lembut lidah. Concern caring tak tentu hala. Tapi kat belakang, abeh selak kain dia citer keburukan aku. Aku pangkah bebeso tanda X kat dahi dia kalo aku jumpa orang ceni! Memualkan howkeh!!!
** Mulut tempayan. Aku nih jenis simpan resia. Dan bila aku percayakan seseorang, aku sanggup berkongsi resia. Tapi si mulut tempayan nih plak rajin dengar dan rajin sebarkan. Eii eii eii..Tak bleh blah btoi la manusia ceni!! Bukan takat resia kita jek yang di jaja, resia orang lain pon jadi resia kita gak. Pehtu, diri sendiri rasa serba salah. Huhuhu...Menciks taw bila konflik diri cenggini!!!
*** Tak tepati masa. Aku jenis suka ikut perancangan awal [berubah pon kalo ada hal yang tak dapat dielakkan la.] Contoh, kalo dah cakap nak gi Sogo jam 2pm, jangan nak memandai ajak aku gi The Mall jam 2pm tu jugak. Bleh hangin satu badan wooh.
**** Buat aku tertunggu2. Paling nyampah bila terpaksa tunggu orang. Kalo takat lewat pat lima menet, wa tadek hal lagi beb! Tapi kalo terpaksa terpacak sampai 10-20menet, mana larat nak tunggu weih!! Aku bukan tiang!! Aku ada badan yang beso untuk diampu. Bleh tukau jadi king kong wooh gegara tunggu orang tak muncul2.
Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda

1) Inhaler - putus nyawa aku kalo takde mendalah nih
2) Handphone - boleh putus kaseh wooh kalo tertinggal jap hp di merata hala..Hahaha
3) Dompet - Kalo takde dompet, maknanya takde IC. Kang tak pepasal jadi geng PATI [Pendatang Tanpa Izin]
Kali terakhir anda menangis dan mengapa

Last aku nangis, bulan lepas kot. Di suatu malam nan hening. Gegara dapat sms yang sungguh menikam sukma. Sadis sey!!! Berdoa sangat2 supaya ada hati yang akan berubah. Berdoa semoga semuanya lancar dan sempurna. Sedey la bila teringat insiden tu. Lom setel lagi nih. Tapi purak2 berlagak hepi lalalala. Isk!!!
Tag 6 rakan anda

Rasanya sumer kawan2 aku dah buat tag nih. Aku yang ketinggalan ketapi. Lambat menjawab sebab tak berkesempatan. Jadinya, biarlah tag nih berkubur begitu sahaja. Janji utang tag aku kat Kak Piah langsai. Tak yah la aku menjawab kat akhirat kelak...tak gitu Kak Piah?!?! :p
Nota kaki
cagu: Aku ada utang tag lagi ke? Rasa cam ada, tapi kat sapa ek?
|