banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, September 15, 2008

RALAT: Projek Baitul Kasih

Assalamualaikum, Terlebih dahulu, aku ingin memohon ribuan kemaafan di atas kekhilafan yang telah aku lakukan tanpa disengajakan. Untuk makluman kalian, weekend lepas aku telah menerima komen dari nick Hati-hati mengenai sindiket penipuan dan penyalahgunaan wang anak2 yatim yang dijalankan oleh Ummu Liza [atau nama sebenarnya Masliza]. Setelah menjalankan siasatan [dengan menelefon dan bercakap sendiri dengan suami Masliza - En. Zafril 013-9219866], kesahihan maklumat mengenai sindiket tersebut dapat dikenalpasti dan terbukti yang Masliza mempunyai rekod buruk dalam mengendalikan wang2 hasil pungutan dari orang ramai. Walaupun demikian, untuk makluman semua, anak2 cacat seperti di dalam gambar/cerita yang aku coretkan di bawah, masih di bawah jagaan Masliza dan aku pasti, anak2 kecil ini masih memerlukan bantuan daripada kita dalam bentuk makanan dan pakaian. Jadi, aku dan rakan2 seangkatan telah bersepakat untuk teruskan usaha menderma ke Rumah Amal Baitul Kasih tersebut dalam bentuk pakaian dan barang makanan seharian. Duit cash tidak akan diberikan sama sekali bagi mengelakkan penyalahgunaan wang tersebut ke arah yang tidak bermoral. Dan untuk makluman semua, En. Zafril dan Masliza sebenarnya membuka rumah anak2 yatim yang diberi nama Rumah Amal Baitul Fitrah yang terletak di Bandar Country Homes, Rawang. Info lanjut mengenai Baitul Fitrah boleh dilayari di laman blog mereka di Baitulfitrah Blog. Saya ingin memberikan 2 option kepada para penderma yang budiman sekalian: - Option 1 Beri cash untuk kami membeli barang makanan ke rumah Masliza [Rumah Amal Baitul Kasih]. Derma barang makanan dan pakaian yang masih elok juga amat dialu-alukan. Option 2 Derma cash, barang makanan, pakaian ke Rumah Amal Baitul Fitrah. Mereka juga amat memerlukan perhatian daripada kita semua. Selebihnya, kita serahkan segalanya kepada Allah SWT untuk menilai keikhlasan kita dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi. Sekali lagi, aku mohon ribuan kemaafan di atas kesilapan [tidak menyelidiki terlebih dahulu latar belakang Ummu Liza/Masliza] yang memang tidak dijangkakan. Harap tolong war-warkan perkara ini kepada rakan2 yang lain yang telah korang bitaw ye, agar tidak timbul salah faham dikemudian hari kelak. Last but not least, thanks a lot to Hati-hati kerana menyedarkan kami sedari awal. Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, kan? DIA taw niat kita, jadi DIA lorongkan kita ke arah yang betul sebelum segalanya jadi kucar-kacir. Nauzubillah..... Nota kaki cagu: Sedih sebab orang Islam sendiri buat perangai ceni. Isk!