Alhamdulillah, sehingga ke pagi ini [jam 9.30am], sumbangan yang diperolehi untuk Projek Baitul Fitrah/Kasih setakat ini ialah sebanyak
RM 2568. Unbelievable!!!! Rakyat Malaysia sungguh prihatin skali. Thanks a lot!!!! Semoga Allah memberkati hidup kalian semua.
Minggu nih memang minggu paling bz untuk aku. Sampai keja2 opis pon, aku terpaksa delay kan untuk seketika [tapi tetap setelkan jugak taw!!].
Bayangkanlah, aku kena handle perkara2 di bawah nih: -
BNM Volunteer
1) Jadik team leader untuk Task 3, contribution to Rumah Siraman Kasih & Asrama Penyayang Nur Iman. Tapi aku tak handle nih jek...sejak dari Task 1 [pilih rumah anak2 yatim] aku dah join dah. Collection untuk opis pon, aku dan Konah join dah! Dan untuk Task 3 nih, Insya Allah esok aku dan pasukan aku akan gi ke dua-dua rumah tersebut untuk menghantar barang2/sumbangan/duit raya.
2) Aku join jugak Syawal Wishlist, gi rumah Opah di Klang, bantu anak2 kecil shopping baju raya [tak sempat lagi nak buat entry pasal ni]. Insya Allah kalo takde aral, hari Ahad nih nak pegi lagi skali. Tu pon kalo ada yang sudi nompangkan aku la. Hehehe...
Projek Baitul Kasih/Fitrah
1) Terpaksa handle dari bab2 collection duit/barang2 hinggalah membeli barang2. Sib baik Konah sudi membantu serba-sedikit. Owh ya, untuk projek nih, aku ajak team Squad Chempaka dari Projek Syawal untuk membantu gak.

Bebaru nih kitoang buat sorting baju2 yang didermakan. Yang mana kotor, koyak dan loose, kitoang terpaksa rejek! Meh tengok gegambo meh!

Terpaksa guna bilik interview yang ada untuk sumbat barang2 sumbangan. Ada juga penderma yang sedekahkan kasut2 yang cantik2!!! Dapat idea secara tiba2 untuk buat Jualan Jumbo Sale la plak nanti. Insya Allah, kalau ada rejeki, aku akan laksanakan projek tu plak ye.

Walaupun banyak yang menderma, banyak jugak yang terpaksa kami rejek. Ada sedikit ralat dan terkilan la. Sepatutnya, kalau nak menderma, kena la derma dengan ikhlas, rite? Contohnya, belek2 la dulu pakaian yang nak didermakan tu, pastikan dalam keadaan yang masih elok dan sedap mata memandang. Cuba pikir balik, kalau kita dapat adiah dari orang, tapi adiah tu dah burok dan tak boleh digunakan lagi....nak ke kita amek?? Hmmm...Tazkirah dipagi ari la plak!! Sekadar renungan bersama ya! No hard feeling ok?!?
2) Hari nih [lunch time kang], aku akan pergi beli barang2 makanan kering serta peralatan sekolah yang sepatutnya, untuk disumbangkan ke rumah Baitul Fitrah. Insya Allah, kalau takde aral melintang, selepas pergi ke Rumah Siraman Kasih, aku akan singgah ke Baitul Fitrah dan berjumpa dengan Encik Zafril [ex-hubby Ummu Liza]. Kebenaran akan dapat dikenal-pasti pada esok hari ye kengkawan!
3)
Untuk distribute sumbangan ke Baitul Kasih, Insya Allah kami akan pergi pada hari Sabtu nih [27 September 2008]. Berkumpul jam 10am di Giant Batu Caves untuk membeli barang2 makanan sedikit. Kalau ada sesiapa yang mempunyai masa lapang dan ingin join trip ke Baitul Kasih nih [dan berjumpa terus dengan Ummu Liza], sila email dan maklumkan pada aku dengan segera ya. Aku akan bagi no. tipon aku untuk memudahkan kalian menghubungi aku dihari kejadian kelak.
Tarik nafas!!! Lepasssss....
Memang sengkak skek dada bila pikir dan buat keje2 nih, dan ati aku takkan tenang selagi segalanya tak selesai. Semoga segalanya dipermudahkan....Insya Allah!
Nota kaki
cagu: Masih boleh menderma jika mahu, tapi lebih kepada kewangan la ye. Pakaian dah tak diterima. Pa pe pon, bleh email aku di
tipahvogue@gmail.com
|