banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Friday, December 28, 2007

Cuti!!!

Huh!! Sungguh la pekerja yang 'cemerlang' [ayat dabel meaning nih ye tuan/puan]. Menggunakan cuti tahunan secara total! Balance sehari yang tinggal tu pon, akan dihabiskan pada 31hb nanti. Alahai Tipah!!! Cuba tuan/puan tengok pula pada cuti sakit yang tertera di atas. Nampak? Huhuhu...sungguh la jelas di penglihatan. Cik Tipah telah mengambil cuti sakit paling maksimum [total dibenarkan 30 ari ye] pada tahun ni [pecah rekod wooh, tak pernah sepanjang aku keje, MC banyak gitu skali]. Di tambah dengan cuti masuk spital, jumlah keseluruhan telah menjadi 25 hari! Haiyaaaaa...Sib baik la 2007 nih tinggal beberapa ari jek lagi. Kalo ada berbulan2 lagi, soheh cuti sakit aku melebihi quota. Isk!!! Tipah! Tipah! Pe nak jadi la ngan budak soang nih! Isk!!! Tapi harus diingat ye tuan/puan, Cik Tipah bukan sengaja nak amek cuti sakit tu. Sesungguhnya, tahun 2007 nih adalah 'Tahun Sakit' untuk Cik Tipah. Cik Tipah telah diserang asthma secara bertubi-tubi sehingga menyebabkan Cik Tipah dimasukkan ke ICU. Cik Tipah juga telah dengan tanpa rela dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh sepasang suami isteri tua I DON'T CARE!! Huh!! Bila teringat akan insiden itu, ati Cik Tipah otometik membuak2 marah! Huh dan huh lagi! Kisah 2007 masih di dalam pertimbangan, samada Cik Tipah nak imbas balik ke idak nih ek? Hmmm...tengok pada mood Cik Tipah dulu la. Kalo ada masa, Cik Tipah buat summary sepanjang-jalan-kenangan 2007 yang Cik Tipah lalui. Epi Nu Yer to eberibodi!! Azam baru dah ada kah? Nota kaki cagu: Takde azam! Malas!