Penganjur: Lembaga Hasil Dalam Negeri
Pembukaan: Stadium Putra Bukit Jalil @ 8 Disember 2007
Penutup: Stadium Titiwangsa @ 16 Disember 2007
Tugasan aku: Usherer VIP & AJK [pemantau jek...hehehe]
Dapat time-off 3 hari, Selasa minggu lepas, balik dari keje, terus gi check-in kat Prescott Metro Inn Hotel, Kajang. Melepak sesoang kat bilik 4404. Malam, kuar gi makan satay Samuri secara berjemaah dengan atlit2 bowling wakil bank.
Hari Rabu
Gi jengah ke Endah Parade. Tengok game bowling. Teruja!!! Frust btoi tak dapat gi selection bowling ari tu [eksiden arh di ari selection tu...takde rejeki...huhuhu]. Balik awal, melepak dalam bilik, layan surfing internet.
Malam, gi main bowling dengan orang2 kuat Persatuan. Xnak la citer lelebih pasal main bowling kali nih, sebab ada orang tu riak giler [sesi membalas dendam selepas kena jadi 'ulam' di suatu ketika dahulu]. Main 3 frame, aku dapat score 387.
Suriati check-in ari nih. Jadi rakan sebilik aku.
Hari Khamis
Gi Bukit Jalil, tengok perlawanan Sepak Takraw. Pehtu gi tengok game Dart plak. Pehtu gi lunch kat Endah Parade. Lepas lunch, sempat merayau2 ke shopping mall tu. Terjerumus untuk massage bahu yang dicaj cuma RM5. Giler sedap arh bila kena urut bahu. Tangkap lentok I tell you....Pehtu amoi massage tu siap pomot untuk massage whole body plak, siap pakej memacam lagi, harga promosi RM148. Sms Kak Gee, Kak Lin dan Mya kot2 dewang teringin nak ber'massage'. Dan akhirnya Kak Gee tersangkut untuk turut serta. Yeay!! Terus bayar on da spot duit pakej tu. Bebila free nanti nak gi massage 3 jam. Yeaahooooooo!!!

Sepak takraw veteran [berbaju biru/hijau wakil bank ya!]

Dart [berbaju putih itu wakil dari BNM ya]
Pehtu sempat main 3 frame bowling. Pecah rekod bila aku berjaya dapat strike 4 in a row. Wohohoho...Bangga sey! *kaber lubang idong* Total jatuhan pin untuk 3 frame sebanyak 374. Merudum skek disebabkan 'sesuatuhhhhh'. :p
Balik dari Endah Parade, gi UNITEN plak, tengok game bola sepak. Dapat info goalie utama bank telah injured. Terkeluar tempurung lutut. Soang plak tercabut 2 batang gigi gegara kena boot. Aiyooooooh!! Ngeri sey!!!
Lepas Maghrib, gi Hospital Serdang. Melawat goalie yang injured itu. Huhuhuhu...Semoga dia cepat sembuh.

Balik dari Hospital Serdang, gi makan Mee Bandung Muar kat pekan Kajang. Aku order yang spesel punya. Memang sedap arh!!! Ramai giler oang gi makan kat situ. Yummy! Yummy!! Lenkali leh gi makan lagik arh kat situ.
Hari Jumaat
Gi Sekolah Sukan Bukit Jalil, tengok game netball dan volleyball. Seronok arh tengok game nih!!! Rasa cam nak belajar gak arh...tapi sedar akan kemampuan diri. Tak layak arh!! Setakat jadi pemerhati, ok la kot! Huhuhu....

Game Volleyball [berbaju kuning]

Game Netball

Didepan sekolah yang banyak main jek kejenye...Hahahaha..
Again, gi lunch kat Endah Parade. Tapi seblom lunch, sempat gi massage kaki plak [reflexology] 1 jam di caj RM 19.80. Murah kan? Sedap pon sedap. Ilang segala lenguh di kaki. Phewww!!!

Nak tido pon iye gak time nih, seronok kena massage. Hahaha...
Lepas lunch, gi ke Sekolah Sukan Bukit Jalil balik, tengok game yang sama [netball/volleyball].

Go go chaiyooooook!!!
Malam, juz melepakkan diri kat dalam bilik. Tengok Anugerah Skrin. Dah tak mampu nak keluar gi makan malam. Mintak tolong Su tapawkan koey teow guring jek. Kepenatan teramat!
Hari Sabtu
Check-out dari hotel. Berbondot2 barang aku bawak. Nak patah rasanya bahu ku ini. Isk! Terus shoot ke Bangi, tengok badminton plak.

Game badminton group veteran.

Sobiniyer dari Prescott Metro Inn Hotel, Kajang. AJK terpilih je yang dapat ye. Hehehe...
Belum sempat game badminton tamat, aku dah balik. Kepala rasa berat banget. Pening, ngantok sumer cukup complete! Tinggal tak pengsan jek lagi dek kepanasan yang sungguh terik. Haduuuuuuuu.....
Terus shoot ke rumah kakak. Sesampai umah dia, terus menidurkan diri. ZZZZzzzzZZZZzzzz
Nota kaki cagu: Penat masih terasa hingga hari ini. Sekian.
|