banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, December 12, 2007

PSKK @ Stadium Putra Bukit Jalil

Hari Sabtu, jam 11am, terkedek2 kuar dari umah menuju ke Sogo, cari jeans hitam. Sumer gegara aku jadi usherer untuk Pesta Sukan Kementerian Kewangan yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Kali nih, LHDN yang menjadi pihak penganjur. Selepas merayau tak tentu hala sesoang diri kat Sogo, sempat gak la sambar t-shirt sehelai. Pehtu kelam kabut beli donut [lapo giler beb, tak bekpes, tak lunch], naik Star menuju ke Stesyen Bukit Jalil. Sesampai di stadium, orang dah mula ramai. Cari Ayu [yang juga rakan separtner usherer dari BNM] tapi tak jumpa. Lepak2 kat ruang legar VIP, dapat call dari Abg. Zailan, dia soh datang kat tempat kontinjen BNM. Sesampai kat tempat kontinjen bank, terus sambar 100plus dulu. Dahaga n lapar sey!!! Pehtu gi menjalankan tugas sebagai usherer di ruang legar VIP, tunggu tetamu kehormat sampai. Dah abeh tugasan, melepakkan diri dengan geng2 atlit bank. Kebetulan acara terakhir pas baton 4x100 meter kekurangan seorang pelari lelaki. Jenuh paksa Abg. Subri masuk acara tersebut, tapi dia baru lepas makan, takut terburai segala isi perut. Suggest Abg. Jawahail [kategori veteran dah nih] untuk masuk, terus dia stujuk. Wah! Kagum sekejap. Sungguh semangat kesukanan arh!! Cayalah abg. Jo. Orang lain [terutamanya abg. Subri] dah bagi warning awal2 kat aku, kalo jadi apa2 kat abg. Jo, aku kena bertanggungjawab. Ye lah, time tu abg. Jo baru jek lepas pecut 100m kategori veteran. Kompem la dia masih penat. Nah!! Masin btoi mulut dewang. Time acara 4x100m berlangsung, abg. Jo merupakan pelari pertama memecut dengan lajunya. Namun Tuhan lebih maha mengetahui, sewaktu nak pas baton kat Fifi, abg. Jo telah jatuh menyembah bumi. Owh my God!!!! Akibatnya, pasukan pelari 4x100m mendapat kedudukan yang terakhir. Huhuhuhu. Sian sungguh kat abg. Jo, Fifi, Zalmi dan Meor. Sungguh la rasa bersalah dan trauma membuak2 dalam diriku ini. Isk!!!! Namun, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka ini, amatlah membanggakan!! Kagum sey!!! Walaupun dewang dah taw dewang dah kalah, dewang tetap pecut tak hengat donia! Syabas inspektor sahab!! Balik dari Stadium terus gi jumpa Sepai kat area Sogo. Jenjalan japs kat dalam Sogo, pehtu gi makan bubur berlauk kat Kg. Baru. Penat! Nota kaki cagu: Update dari hotel