banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Friday, December 28, 2007

Ahlan Wasahlan 2008!!!

Lagi 3 hari, kita akan melangkah ke tahun 2008, meninggalkan tahun 2007 yang akan terpahat di dalam memori selamanya [selagi tak nyanyuk la pon, kan?] Kalau nak diimbas akan kisah aku pada tahun 2006, penuh dengan kisah pahit yang melibatkan perasaan. Telah aku lipat segala kenangan pahit itu kemas2 dan simpan jauh2 nun disudut hati. Kalau boleh, aku taknak ingat langsung, apatah lagi nak memikirkannya. Namun, kekadang terselit juga rasa sedih bila mengenangkan nasib yang tak pernah sunyi dari diuji. Tuhan Maha Mengetahui. Tahun 2007, aku cuba bangkit dari segala kelemahan yang membelengu diri, menepis segala rasa sedih, membuka minda agar memiliki pandangan yang lebih luas dan berfikiran lebih optimistik. Aku hampir berjaya. Tahun ini bukan tahun air mata buat seorang yang bernama Tipah. Namun, takdir Tuhan melebihi segala-galanya. Walaupun aku tidak diuji dari segi hati dan perasaan, aku diuji pula dengan kesakitan. Untuk pertama kali dalam seumur hidup, aku diserang asthma yang maha hebat sehingga memaksa diri ini untuk menjadi penghuni bilik ICU di Tawakal Hospital. Sehingga saat ini, aku masih lagi menerima rawatan dari Tawakal. Asthma masih belum jemu untuk singgah memberi salam kat aku. Ujian berterusan bila mana aku dilanggar pula oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan parut yang teramat buruk dikakiku. Huhuhu. *sadis* Namun, aku terima semua itu dengan redha. Aku taw, Tuhan sayangkan aku, sebab itu aku selalu diuji, kerana Tuhan sentiasa memandang pada aku, melihat aku, inginkan aku menjadi manusia yang lebih cekal, lebih tabah. Dalam pada diuji, aku juga amat berpuas-hati dengan tahap pencapaian yang aku perolehi sepanjang 2007. Tahun ini, buat pertama kalinya aku dapat melancong ke tempat asing [luar dari Malaysia] bersama sahabat tersayang, Mya. Menjejakkan kaki ke Medan, Indonesia merupakan detik pengalaman paling berharga buat kami. Aku juga berjaya memiliki laptop, motor, handphone dan set bowling yang telah menjadi harta paling aku sayangi. Dari sudut pelajaran, alhamdulillah, aku berjaya menyiapkan tesis akhir dengan cemerlang! Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Hisham selaku penyelaras yang telah banyak membimbing aku. Terima kasih juga buat sahabat yang memahami, Neeva, yang selalu berkongsi maklumat dan pandangan selama menyiapkan tesis tersebut. Sungguh! Kalau tanpa mereka ini, aku tak tahu apa akan jadi pada tesis aku! Aku juga secara tak langsung, terlibat dalam bidang pengacaraan dibawah JAKIM hasil pertolongan abang iparku. Alhamdulillah, pendapatan yang diperolehi agak memuaskan. Jika berpeluang, teringin juga hasrat dihati untuk mengembangkan sayap, tapi....biarlah dulu. Dahulukan apa yang penting. Soal perasaan, biarlah ianya menjadi rahsia. Aku lebih selesa begini. Serik! Peristiwa lama benar2 mengajar aku untuk lebih berhati-hati. Tidak semua perkara perlu dihebahkan. Tidak semua benda perlu dikongsi bersama. Andai ada jodoh, akan aku war-warkan pada seluruh alam, yang aku telah berpunya. Namun masanya belum tiba. Biarlah! Biarlah hanya mereka yang terhampir dengan aku saja, yang mengetahui dengan terperinci akan perjalanan hidup ini. Hanya satu yang aku pinta, doakan yang terbaik untuk aku, ya! Penutup tahun 2007, aku tinggalkan dengan secebis harapan, semoga hidup aku terus diwarnai dengan kejayaan, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan, memperolehi ketenangan dalam hidup, ditemukan jodoh dan diberkati Allah SWT, Insya Allah. Selamat tinggal 2007! Selamat datang 2008! Nota kaki cagu: Memendam rasa....