PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Wednesday, January 02, 2008
Pilihan
Sepanjang hayat
Kita selalu diuji
Dan perlu membuat pilihan
Pilihan yang pelbagai
Pilihan ke arah yang negatif
Ataupun pilihan ke arah yang positif
Memilih untuk marah
Atau memilih untuk bersabar
Ataupun memilih untuk buat endah tak endah
Memilih untuk elakkan dari pertelingkahan
Atau memilih untuk menjadikannya pergaduhan
Memilih untuk berdiam diri
Atau memilih untuk menegakkan hak
Memilih....
Dari segi lain
Orang sering menyalah-tafsirkan erti memilih itu sendiri
Terlalu memilih
Sehingga tiada bertemu jodoh
Memilih itu perlu
Demi menjamin masa depan
Apatah lagi bila ianya melibatkan soal hati dan perasaan
Sedangkan nak beli ikan
Kita perlu memilih ikan yang terbaik
Bukan bermata merah dan berperut kembung
Inikan pula memilih pasangan hidup
Kita perlu lebih teliti dalam memilih
Tapi bukan mencari yang sempurna
Kerana tiada seorang pun yang sempurna didalam dunia
Melainkan DIA
Memilih...
Serik untuk terus membuat pilihan
Berdiri di persimpangan
Ragu-ragu dengan keputusan
Menimbulkan pelbagai tafsiran
Entahlah...
Terpulang kepada mereka untuk berkata
Terpulang kepada dia untuk menguji
Terpulang kepada diri sendiri untuk membuat pilihan
Tepuk dada, tanyalah selera
Nota kaki cagu: Pemilihkah aku?
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|