banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, January 16, 2008

Day 1 - Trip to Jakarta/Bandung/Puncak

10/1/2007 [Khamis] Tido2 ayam jam 2am selepas menelan ubat segumpal. Terjaga jam 3am, terus mandi-manda. Bertolak jam 3.30am dari umah Mya. Parking keta kat opis. Naik Aerobus dari KL Sentral jam 4.30am. Giler sejuk dalam bas. Menggigil sampai ke tulang itam. Batuk non-stop. Amek inhaler 3 jenis pon tak jadi menda. Sekian. Sampai LCCT, lepak mekdi, bekpes, pehtu check-in and fly tepat jam 7.00am. Setibanya di Airport Cengkareng, wakil dari travel agent udah nungguin kami. Namanya Leo. Pak supirnya pula namanya Pak Herry. Baik2 belaka orangnya dong!!! Memula ronda2 sekitar bandar Jakarta. Singgah ke Monas [Monumen Nasional Jakarta]. Sesungguhnya, menara Monas tersebut terdiri daripada sebongkah emas tulen yang menjadi mercu tanda bandar Jakarta. Heran btoi arh aku, naper takde sesapa nak curi plak emas tu ek? Kalo dalam filem, kemain lagi mat2 saleh dok mencuri barang2 berharga gitu, tapi dewang tanak plak curi bongkah emas kat Jakarta tu. Pelik arh! Pehtu jenjalan lagi pusing2 bandar Jakarta. Sibuk aku dan Mya dok tanya rumah2 artis Indonesia. Ye la, mana nak taw kot2 bertuah nasib badan, leh terserempak dengan artis Indonesia, maunye aku mintak otograp. Hehehe. *dalam ati dok berdoa sakan kot2 dapat berjumpa Pansha dari kumpulan Ungu. Huhuhu..bleh gitu?!* Pas abeh bergambo, terus shoot ke Rumah Batik Danar Hadi. Menurut Leo, batik keluaran Danar Hadi ini teramatlah pemesnye! Memula cam malas gak la nak membeli-belah kain batik nih [aku bukan reti pon pakai kain batik..huhuhu]. Tapi bila dok tengok Hamid dan Jocko memborong sakan kain2 batik, tetiba aku jua turut terjebak. Membeli sehelai kain batik lepas bernilai RP70,000 [lebih kurang RM25 sehelai]. Mahal gak ek?!?! Huhuhu. Takpelah, nanti cari kain kosong, buat baju kebaya pendek. Yeay!
Dikelilingi baju2 batik jawa...rabun biji mata coklat ku ini
Dah shopping, dah bergambo, terus berangkat ke Taman Mini Indonesia Indah [Indonesia Miniature Park]. Giler besar arh tempat nih. Kalo nak soh menapak, mau aku kena sedut inhaler pat blas kali. Huhuhu. Singgah kat umah adat Minang. Bergambo dengan sang kera yang sungguh chumil dan manja skali [siap lentokkan pala dia kat peha aku tuuuuuuu....] dan berpeluang makan belut guring. Ngeri sey tengok muka belut yang dah itam tu, siap soh akak yang jual tu patahkan dulu muka belut tu. Tak sanggup aku nak menelannye. Huhuhu.
Nih ler rupa belut guring yang garing! Yummy!!
Pehtu, kitoang pon bergerak menuju ke Puncak. Tapi singgah sebentar untuk lunch di Restoran Sederhana. Makan masakan Padang. Begitu banyak sekali lauk-lauknya, tapi memandangkan tahap kesihatan aku masih di tahap 50-50, tekak pon tak berapa selera nak makan. Sekadar mengisi perut untuk memakan ubat. Sekian. Perjalanan ke Puncak sungguh thrill yang amat. Jem banget. Cuaca teramatlah panasnya. Dikiri kanan jalan, peminta sedekah, penjual makanan ringan penuh mengisi ruang. Ada yang cacat, ada yang sakit, ada yang tua, semua tak pedulikan tentang cuaca dan ruang yang sungguh sesak tu. Memasing cuba mencari rejeki untuk sesuap nasi. Timbul rasa kasihan yang amat dalam diri. Tapi takut untuk menghulurkan wang, takut diserbu plak nanti. Sudahnya, hanya melihat dari dalam kereta sahaja. Huhuhu.... Suasana di Puncak lebih kurang cam kat Cameron Highlands jugak la, tapi idak le sejuk sangat. Puncak mempunyai ladang teh terluas dan terbesar di Indonesia. 90% daripada hasil keluaran teh nya diimport ke luar negara.
Berlatar-belakangkan kebun teh yang menghijau di Puncak
Berhenti rehat dan bergambar di Masjid Atta'awun [ataupun dikenali sebagai Masjid di atas awan]. Di tepi masjid tersebut, terdapat aliran air sungai dari bukit yang begitu sejuk dan jernih. Dapat la merendam kaki yang buruk di dalam air tersebut. Waduh! Asik banget sih!!
Sejuk mata memandang...
Pehtu terus bergerak balik ke Surya Indah Cottage. Berehat2 sebentar melepaskan lelah, mandi-manda pehtu kuar merayau2 disekitar kawasan cottage. Terdapat beberapa orang pakcik yang meniaga disitu. Menjual lukisan, batik dan beg. Aku tak membeli, tapi mulut kecoh dok tolong mintak tawarkan harga lukisan2 serta batik2 yang ingin dibeli oleh kengkawan. Akhirnya, aku dihadiahkan sebuah beg daripada soang peniaga disitu. Hahaha. Manyak untung wooo....
Di depan pintu cottage....Nyamen banget sih!
Malam, lepas dinner, gi lepak jap kat coffee house, tengok orang berkarouke, tapi cam tak besh jek. Balik bilik, layan citer Super Mom [apa tah ke tajuknye, tapi cam ala2 AF gak la, cuma kali nih, mak2 budak tu kena promot anak dewang untuk dapatkan markah dari juri]. Kira kelakar gak la citer tu, cuma cam meleret2 la plak host rancangan tu dok mengusik orang. Last2 aku tertido centu jek pon...Penat deh.... Nota kaki cagu: Hari pertama yang memenatkan...