banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, January 24, 2008

Last day - Trip to Jakarta/Bandung/Puncak

Ahad, 13 Januari 2008 Hari penuh kesakitan. Percayalah! Sepanjang entry ari nih, koang hanya akan menyaksikan gambo2 yang penuh dengan 'muka sakit' ye! Bangun pagi, badan betul2 terasa lemah. Nak kata semput, dada takde plak berbunyi wheezing. Pelik! Tapi badan tetap tak bermaya. Bekpes pon, aku cuma makan cereal + susu, pehtu makan roti bakar seketul dan minum air masak. Itu jek!! Tengok la gambo muka orang yang tak lalu makan. Huhuhu...Si Mya plak katanya, saket pewot di pagi hari. Tapi kitoang tak saspek pa pe sebab ingatkan dia saket pewot biasa2 aje. Semua pakat cakap, aku punya terapi untuk sihat ialah 'bershopping'. Huhuhu. Mungkin jugak la. Lepas check out dari Hotel Batavia, kitoang gerak gi ke Mangga Dua. Kat sini memasing berpecah. Hamid awal2 lagi dah ilang. Mya plak gi cari Money Changer dengan Zalmi, tinggal Jocko jek la yang setia menemani aku. Maka, merayau2 lah kami tanpa arah tujuan, melabur wang ringgit sesuka hati. Aku shopping memacam kat Mangga Dua nih. Aku beli sepasang blazer, beli kain untuk kakak2 aku, beli t-shirt untuk diri sendiri dan beli mainan untuk anak2 buah aku. Oh ya, tak lupa juga, aku telah memborong vcd Indonesia yang cetak rompak punya, kalo kira duit Malaysia, reganya tak sampai RM 2.10 pon. Giler murah, kan? Ngeh ngeh ngeh.... Pak Jocko plak, asal aku beli, dia pon tiru gak beli benda yang sama. Katanya, dia teruja untuk membeli sebab aku pandai menawar harga. Harga yang dah tetap pon, aku tetap mintak kurang gak. Hahaha. Lihatlah! Saksikanlah! Ini le barang2 yang aku shopping hanya untuk diri aku sendiri! Hahaha... Masa di saat2 akhir seblom abeh bershopping, tetiba perut aku memulas semacam. Jocko ajak jenjalan cari Money Changer tapi aku membantah. Tak leh tahan! Kena cari toilet dulu. Saket amat! Lepas dah melepaskan 'hajat', perut masih rasa tak sedap. Saket! Tapi takpelah, jenjalan la dulu, gi lunch kat Mekdi. Dah abeh bershopping, terus shoot ke Dufan [Dunia Fantasi]. Giler beso tempat kat sini. Taman hiburan yang bermacam-macam. Kalo nak spent masa kat sini, mau makan masa sampai 3 hari, baru boleh 'khatam' semua tempat2 kat sini. Huhuhu. Tiket masuk ke Dufan, RP85,000 [ada la dalam RM 30]. Memula aku cam agak malas nak masuk, mana tak nya, pewot masih dok berbunyi2, peluh dah menitik2 kat belakang, rasa tak larat sangat nak menapak, apatah lagi nak bermain2 kat dalam Dufan tu. Tapi bila difikir-fikirkan balik, mungkin lambat lagi aku nak datang ke sini, alang2 tu, masuk aje lah. Dapat bergambo pon, jadik la, ye tak? Huhuhu... Dan seperti yang telah ku duga, pewot aku makin menjadi2 sebaik saja kaki melangkah masuk ke Dufan. Awal2 lagi aku dah jadi penghuni setia tandas. Cirit-birit. Haduuuuuuuu...Tak selesanya!!! Mya kasi minyak cap kapak, sapu kat pewot, rasa lega sikit. So, sempat la merayau dan bergambar tak tentu hala. Tapi sakit pewot aku makin menjadi2. Dalam 10 minit ilang, pehtu dia datang serang balik. Pegi lagi lepak kat dalam toilet. Kali nih dah tak cirit-birit dah, tapi segala isi pewot yang aku makan, semuanya terkeluar. Muntah2 sampai berpeluh merah2 satu muka. Tuala takde, tisu pon takde, last2 basuh muka dan lap pakai tudung. Giler darurat arh!! Orang2 dalam toilet pon tengok aku semacam jek. Badan jadi lembik semacam lepas muntah. Kengkawan suggest soh makan sikit. Aku pon beli la bun dan air isotonik. Makan dan minum ala kadar. Tapi anak tekak menolak2 makanan tu, cam dipaksa2 soh kuarkan balik. Aku lawan! Aku tetap telan! Kalo aku tak makan, mana nak datang energy untuk aku menapak kuar dari Dufan. Time nak kuar dari Dufan, aku dah betul2 tak tahan saket sangat dah. Melilau kengkawan aku yang prihatin nih cari klinik, sib baik berdekatan dengan tempat aku melepak [seperti di dalam gambo tu ye]. Maka, bertatih-tatih la aku berjalan menuju ke rumah sakit di situ. Sesampainya kat situ, terus kena telan 4 biji ubat, berbaring dan sapu minyak panas kat pewot. Nurse kat situ soh aku berehat sejam. Kengkawan yang lain kuar gi jalankan aktiviti yang tergendala akibat kesakitan aku. Cuba untuk lelapkan mata, tapi tak leh. Kaki tangan jadi seram sejuk. Gi muntah segala bun dan air isotonik yang aku telan tadi. Sampai kuar muntah ijau. Perit anak tekak. Cirit birit kuar cam air pili. Huhuhu. Cukup sejam, kengkawan datang ajak pergi ke airport. Tapi aku tak larat nak menapak. Terpaksa la plak dewang gi pangge tourist guide kitoang bawak keta masuk ke area rumah sakit Dufan tu. Huhuhu. Sepanjang jalan kenangan [yang mengambil masa hampir 1 jam untuk ke airport], aku menumpangkan kepala aku untuk menidurkan diri di atas riba Mya. Huhuhu. Dunia rasa berputar ligat. Aku rasa cam nak turun dari keta dan berjogging untuk sampai ke airport. Tak tahan banget sih! Kalo singgah hospital kang, tak sempat plak nak check in untuk balik ke Malaysia. Huhuhu. Sesampainya di airport, kengkawan jugak la yang tolong check-in, tolong kemaskan barang2 yang dibeli, packing beg semua bagai, manakala aku plak dok menahan sakit ditepi dinding. Huhuhu. Time nih memang terasa2 cam nak mati dah pon. Kejap2 kelam jek pandangan aku. Setiap minit serangan sakit perut melanda. Kengkawan tolong dapatkan wheel chair, pehtu Jocko tolong tolak aku gi ke bilik sakit di airport, yang lelain masih bz untuk check in beg. Sumer orang dok pandang2 jek. Tapi aku peduli apa, aku tengah sakit, nak berjalan pon tak larat. Tudung pon dah herot petot! Hilang sudah segala keayuan dan keanggunan yang ada. Hahaha. Sesampai ke bilik sakit, sapa pon takde dalam tu. Jenuh plak Jocko gi cari. Aku plak melepek atas wheel chair. Hampir 10 menet gak la menunggu. Sesampainya doktor dan misi2, terus dewang proses aku. Letak air panas dalam bekas dan taruk kat atas pewot aku, kena telan berbiji2 ubat [tak sempat aku nak bilang, tapi memang banyak la], kena cucuk kat montot [Haduuuuu..saket giler arh! Cucuk kat lengan pon tak sesakit cucuk kat montot taw!!!]. Time tu jugak la tetiba asthma attack aku. Penyakit setia aku nih bukan boleh dok dendiam time aku tengah kritikal. Time tu gak la dia nak memanja dengan aku. Sib baik inhaler setia menemani aku di mana2 saja. Isk! Doktor cakap, asthma memang mudah menyerang time stress dan panik. Erk!!! Pehtu doktor soh aku rehat sementara nak masuk ke flight. Kengkawan plak sumer pakat2 gi dinner. Aku cuba2 gak melelapkan mata, tapi tetap tak bleh. But alhamdulillah, lepas dah cucuk tu, serangan sakit perut dah berkurangan. Dah boleh berborak2 dengan doktor dan misi2 kat situ. Dewang tak percaya yang umur aku dah hampir mencecah angka 30. Dewang mati2 dok ingat aku budak sekolah atasan. Hahahaha. Walaupun muka dok saket, tetap nampak awet muda ek?! Besh besh besh! Sejam kendian, kengkawan datang jemput untuk ke bilik menunggu. Disebabkan badan aku dah tak punya energy langsung [semuanya telah dikeluarkan dengan penuh paksa rela], maka, aku tetap minta untuk diusung menggunakan wheel chair. Huhuhuhu. Time tengah tunggu flight tiba, badan aku jadi keras kejung sejuk semacam. Urat2 semua jadi tegang. Tangan kebas2. Tak pepasal mintak tolong kengkawan urut. Huhuhu. Time nih memang ingat mati jek pon! Kalo mati, tak sempat aku nak bertaubat, tak sempat nak tengok mak abah minta maaf kat dewang. Sedey! Huhuhuhu. Untuk pertama kalinya, aku menjadi orang pertama yang masuk ke dalam kapal terbang. Itu pon diusung oleh pekerja Air Asia. Untuk pertama kali gak aku duduk di seat yang paling hadapan, supaya senang untuk aku berulang alik ke toilet. Huhuhu. Alhamdulillah, sepanjang 2 jam perjalanan pulang dari Jakarta ke Malaysia, perut aku semakin ok tak buat hal. Cuma yang masih bersisa, tahap kelaratan aku yang semakin berkurangan. Huhuhu. Keesokannya, 14/1/2008, aku dapat MC kedua untuk tahun 2008. Episod kenangan bercuti ke Indonesia kali nih memang akan terpahat kukuh dalam kotak ingatanku. Nak kata serik, tak serik sangat la, tapi cam kena lebih berhati2 la bila nak makan2 kat tempat orang nanti. Isk!! Timer kasey yang tak terhingga buat Mya, Jocko, Zalmi dan Hamid yang sudi membantu aku disaat aku menghadapi kesusahan/ditimpa kecelakaan. Sesungguhnya, hanya DIA yang dapat membalas jasa baik koang sumer. Tq so much!!! Nota kaki cagu: Gerun bila teringat insiden tersebut!