banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, January 28, 2008

Kisah di ari Jumaat [25/1/2008]

Gaji time!! Yeay!!! Balik keje, singgah Sogo, menghabiskan wang ringgit tak tentu hala. Jenjalan dengan Kak Gee dan Kak Lin. Hampir2 terjebak nak beli contact lens berwarna [3 kaler untuk dipakai 3 bulan, leh tambah power, cuma berharga RM150, murah kan?], tapi bila fikir2 balik, buang duit jek, so, hajat 'dimatikan' begitu sahaja. Hampir2 nak terbeli gak cermin mata hitam, diskaun 30%, pun hajat terpaksa 'dimatikan' sebab ada perkara lain yang lebih penting yang aku idamkan untuk dibeli. Jenjalan survey perfume, sampai naik pening kepala dibuatnya dengan bau-bauan yang pelbagai. Last2, terberkenan dengan perfume jenama Paris Hilton, 100ml EDP bernilai cuma RM195. Murah gak kan?!? Perfume2 lain kalo 100ml EDP, mau cecah hampir RM300++. Tak mampu arh. Lagipon bau perfume Paris Hilton nih lembut dan memenuhi citarasa hidung aku. Ahaksss.... Sayangnya, beli perfume nih, tak dapat pon gift pa pe. Kalo beli perfume Giorgio Armani, dapat beg ala2 Dato' Ct [aler..beg LV dia yang kaler silver tu la...santekkkkkkkkkk]. Takpe arh! Aku tak baper berkenan sangat bau perfume tu! Huhuhu...*pujuk diri sendiri* Pehtu jenjalan lagi, kebetulan time tu tengah 'Happy Hour', sambar cadar single bed [single lagi taw!!!] yang berharga cuma RM 19.90. Yeay! Dapat cadar baru!!! Pehtu terus shoot ke Istana Budaya, jumpa dengan Mya dan Geng Keji yang lain [Sepai dan Haron tiada dalam perhimpunan keji ini]. Kitoang tengok Makyong Endeng Tejeli. Seawal minit pertama masuk panggung, dah kena keji dek kerusi yang kitoang duduk. Terbuai-buai. Dah cam duduk atas buaian plak rasanya. Huhuhu. Dah nama pon Geng Keji, memang keji jugak la walo kemana jua kami berada. Isk!! Nih pengalaman pertama aku tengok Makyong. Sungguh la tak sesuai dengan jiwa raga aku [kot?!?!]. Dah la bahasa yang digunakan, bahasa Kelantan [ehem!!!], aku lebih banyak 'menganga' sebab tak paham butir bicara. Haiyooooooo...Pening pala ahkak taw!!! Orang gelak, aku pon ikut gelak gak, bleh?! Hahahaha....Keji taw!!! Tapi untuk Makyong Endeng Tejeli nih, walopon aku tak berapa nak faham, ianya satu persembahan yang agak menghiburkan jugak la [walopon aku menguap lebih daripada 10 kali]. Banyak part2 yang kelakar dan menggeletek abdomen dalaman perut aku nih. Hehehe. Kalo tengok untuk bersantai2 bersama kengkawan, boleh la layan kot! Aku kasi 3 bintang untuk Makyong Endeng Tejeli nih. Tingin arh nak pakai kostum Raja Gergasi yang berhidung mancung tu. Muahahaha....*gelak keji* Neway, tq memanyak kat Nizam yang telah belanja tiket Makyong nih!! Adiah tetap adiah ye prenk, jangan nak eskepkan diwi plak! Muahahaha...*amaran keji* Balik dari tengok Makyong, kitoang pakat2 gi Nailis Sentul plak untuk supper. Mya belanja sempena besdeinya yang lepas dulu! Yeay!!! Toche Mya!! Semoga maken murah rejeki ko ndaknye!!! Nota kaki cagu: Pening yang masih bersisa