banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, January 21, 2008

Day 3 - Trip to Jakarta/Bandung/Puncak

Sabtu, 12/1/2008 Tak larat nak taip pepanjang. Meh tengok gambo sambel disulami ceritera pasal hari ketiga trip aku ke Indonesia bebaru nih yek!!! Time nih tengah tunggu jejaka2 semua berkemas untuk check out seawal jam 8am. Ngantuk dan penat banget deh!! Tapi digagahi juga berdiri teguh menempuh hari yang padat dengan jadual liburan. Bekpes time! Ya...Kalau tak silap aku, inilah makanan terakhir yang aku makan yang disaspek mempunyai 'samting' yang telah berjaya 'menyakitkan' aku. Huhuhu. Agenda pertama kitoang pada hari ini ialah menuju ke Taman Wisata Alam, Tangkuban Parahu. Bentuk volcano yang masih aktif ini saling tak tumpah seperti perahu yang tertangkup. Tu pasal la diberi nama Tangkuban Parahu. Disebalik nama tersebut, tersembunyi sebuah kisah lagenda [yang tak diketahui samada benar atau tidak]. Mya malas nak bercerita tentang kisah tersebut, aku pon begitu jua. Hahahaha. Kalo koang nak taw, koang kena la gi melawat tempat nih yek!!! Berlatar-belakangkan volcano yang masih aktif berasap-asap. Udara disini memang dipenuh dengan sulfur [kabait]. Perit anak tekak wooh!!! Cuaca plak, panas terik, tapi angin yang bertiup sejuk teramat - terasa hingga ke tulang hitam. Menggigil2 kepala lutut dibuatnya. Oh ya, Kawah Ratu ini adalah kawah yang terbesar. Terdapat 3 lagi kawah di tempat2 lain [tapi kitoang tak gi melawat pon]. Memang cantik giler arh pemandangan kat sini. Insya Allah kalo ada rejeki, aku tingin nak datang lagi kat sini. Hmmm.... Kat sini aku cuma membeli t-shirt, 2 ketul anak patung dan kayu batik yang sungguh chantik, khas untuk diri aku sendiri. Sekian. Lepas gi Tangkuban Parahu, kitoang bergerak plak gi ke Ciater Hot Springs. Kolam air panas. Airnya memang panas banget deh!! Aku cuma rendam2 kaki jek. Memang tabik spring arh kat orang2 yang berkubang, berenang2 dalam kolam air panas tu. Eii...Panas weh!!! Time nak balik, terserempak plak dengan Mickey Mouse, Dora the Explorace dan Spongebob. Sempat la bergambo dengan dewang. Ingatkan free, rerupanya kena bayar daaa... So, melayang la RP3,000 ari tu tanpa arah tujuan. Sekian jua jawapannya.
Spongebob yang sungguh cumil!!
Lunch time, sekali lagi kitoang gi makan kat Kampoeng Sangkuriang. Masih duduk bersila di dalam bangsal yang chantek. Tapi body aku nih memang la 2nd hand. Baru duduk tak sampai 1 jam, dah kena 'semut-semut'. Tengok la gambo tu, tengah menahan saket. Haru btoi!!! Lepas makan, shopping time!!! Gi merayau ke Cibaduyut yang terkenal dengan jualan barangan kulit. Sesungguhnya aku tatawu nak beli barang kulit apa kat sini. Aku cuma sempat sambar seketul kasut untuk diriku ini [itu pon sebab kasut2 lain sumer tak leh pakai - nampak ketara parut dikaki ku ini, so, kena la ganti kasut baru]. Beli tudung sehelai, dan beli pisang goreng keju. Itu jek! Eh! Tak...Ada lagi yang aku beli. Aku beli baju untuk 'seseorang'. Hehehe...Hah, abeh dah!
Disebuah lorong di Cibaduyut!
Lepas bershopping sakan kat Cibaduyut, kitoang pon bertolak ke Jakarta. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam setengah. Giler lama. Kebas montot duduk dalam Kijang tu. Huhuhu. Sesampai jek ke Jakarta, terus gi dinner kat Restoran Indah Seafood. Makan sampai moncet! Tapi time nih aku dah hampir putus selera makan akibat penat yang teramat sangat. Huhuhuhu. Lepas makan, gi check in di Hotel Batavia [4 star hotel]. Kagum sey dengan rekabentuk hotel tu, bebetoi ala2 bangunan lama yang masih kukuh. [Tapi memang bangunan lama pon]. Walaopon kepenatan, misi untuk merayau di kota Jakarta dimalam hari tetap ON. Lepas mandi, bersiap2 dan menapak tak tentu hala di Kota Lama Jakarta yang diberi nama Kota Batavia. Di sepanjang bangunan2 lama tersebut, di kaki2 lima, bergelimpangan warga kota Jakarta yang tido beralaskan paper. Huhuhu. Sadis sungguh tengok scene gitu. Tak sejuk ke dewang? Tak sakit badan ke tido ada simen gitu? Takde sedara marakah yang boleh buat tumpang berteduh? Haduuuuuu..Sesak otak aku dibuatnya memikirkan nasib2 mereka yang malang nih. Isk!!! Lepas dah penat menapak, kitoang naik plak sebuah kenderaan yang diberi nama BAJAI. Jenjalan pusing2 kota Jakarta, amek gambo, pehtu pulang semula ke hotel. Kena la caj RP 20,000. Eh Mya, aku lupo arh nak bayar tambang bajai nih kat ko, nanti kita kira2 ek?! Tehehehe.... *sengih* Di depan Hotel Batavia di waktu malam. Chantek banget sih sebab disimbahi cahaya lampu yang menarik! Nota kaki cagu: Satu step dah lepas...Next please!!!