PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Friday, January 04, 2008
Terjah Melaka!!!!
Ahad, 30/12/2007
Kuar gi jenjalan dengan Sepai kat Mid Valley. Minah tu memborong sakan barang2 hiking/camping sempena karnival UFL. Bagpack Deuter murah2 selepas diskaun. Hampir2 terjebak jugak la nak membeli sebijik beg Deuter 55+10 yang berharga RM 205 sahaja. Tapi bila congak2 balik duit baki dalam akaun, terpaksa kenselkan hasrat murni ku itu. Kang pokai papa kedana plak kang. Ihiks...
Pehtu jenjalan dalam Mid Valley, bergambo kat Christmas tree yang sungguh chantek, pehtu melepakkan diri kat dalam MPH. Memilih novel2 chenta yang besh!! Aku beli 3 buah novel [sehari seblom tu dah beli 2], Sepai plak beli 2 buah novel. Dapat diskaun hampir 50% yang diberi oleh opisku. Toche BNM! Cayang banget sama opisku ini! Ahakssss...
Balik, gi makan bihun sup yang sungguh yummy di Bukit Aman. Memang sedap super-duper punya lah!!! Slurrrrrrppp!!! Dah abeh makan, tetiba Sepai menyuarakan hasratnya yang malas nak gi keje keesokan harinya. Aku pon apa lagi, terus membatu-apikan diri, soh dia sms bosnya, amek EL. Tunggu punya tunggu, bos dia tak balas pon sms, maka, aku pon menghantar Sepai pulang ke CM.
Sesampai aku kat umah, dapat plak sms dari Sepai, bitaw bos dia dah approve cuti. Yeay!! Terus buat planning meraban. Kejap nak gi PD Eagle Ranch la, kejap nak gi Melaka la, kejap nak ajak gi Perlis la, keputusan tak dapat dicapai. Terus menidurkan diri.
Isnin, 31/12/2007
Bersms dengan Sepai, confirm nak gi Melaka. Tapi hampir-hampir tak jadi jugak la, sebab aku dilanda saket pewot, Sepai plak rasa cam nak demam. Tapi disebabkan memasing dah amek cuti, rugi plak tak gunakan cuti tu sepenuhnya, maka kami pon bertekad untuk pergi jua terjah Melaka tanpa sebarang agenda. Bleh gitu?
Naik bas Delima [RM 9.40] ke Melaka jam 1pm. Dalam bas, memasing menidurkan diri. Sampai Melaka jam 3.30pm, terus lunch! Cari asam pedas. Amek sekor ikan keli dan kentang guring, minum air limau suam, kena caj RM 5.80. Cekik darah btoi! Huhuhuhu.
Dah kenyang, terus naek Town Bus [RM1.00] menuju ke Bandar Hilir. Dah lama giler tak naik bas usang, rasa sonok plak! Ahaksss...Turun kat depan Dataran Pahlawan, pehtu menapak tak tentu hala cari hotel untuk beradu di malam hari.
Terjumpa sebuah Rumah Tumpangan, ajak Sepai try recce harga. Auntie kat situ punya la baek, terover baek pon iye gak bilamana dia cakap;
"Lu mo angkat laki masuk bilik pon boleh, saya kasi extra bed, takde caj."
Hoh?!? Apo?!?! Terus aku jadi gayat! Dia offer soh tengok bilik dia tu dulu [satu malam caj RM 100], boleh tahan bersih, luas dan cantek jugak la bilik tu. Tapi disebabkan 'ayat' auntie tadi tu, aku jadi tak sedap ati! Eventhough kami doang memang tak bawak laki, buatnya penghuni yang lain bawak balik, pehtu nak jadi citer kena raid ke hapa ke, tak pepasal kitoang terlibat sama. Tak kocer arh!
So, kitoang pon kuar dari umah tumpangan tu, jenjalan lagi, ternampak plak Sri Costa Hotel. Bila tanya, dah fully booked la plak. Tengok seberang jalan, ternampak Hotel Mesra Mutiara. Jenguk ke dalam, nampak soang abang berbangsa Melayu. Haaa...Lega sikit. Rega satu bilik pon tak mahal, RM 60 satu malam. Kitoang siap dapat kunci, leh gi pilih nak duduk bilik yang mana satu. Hahaha. Giler besh! Kat Hotel Mesra Mutiara nih aman skek, sebab ramai melayu yang dok kat hotel nih. Save bajet ahkak!!!
Masuk bilik, beristirehat sampai ke petang. Bangun tido, siap2, gi jenjalan ke Bangunan Merah, bergambo sakan. Tetiba ternampak bas double-decker kaler merah, wah, teruja ahkak taw!! Terus berlari-larian mendapatkan bas itu. Bayar tiket RM 5, dapat ronda2 satu bandar Melaka you. Aku dan Sepai kejakunan, duduk di atas bumbung bas sambel membuat lambaian ratu. Hahaha. Giler arh!
Dah puas merayau2, gi makan kat Medan Selera Dataran Pahlawan. Makan nasi USA. Yummy!!! Pehtu menapak tanpa arah tujuan ke kota A'Famosa dan akhirnya melepakkan diri di depan Dataran Pahlawan. Tengok kesesakan jalan raya. Tanya jugak kat pakcik beca, kat mana sambutan tahun baru diadakan, katanya kat Ujung Pasir, dia caj RM20 kalo nak gi sana. Pikir punya pikir, last2 kami berdua hanya melepakkan diri jek kat tepi jalan sambel memerhati keadaan sekeliling - dan juga di ganggu oleh alarm kereta yang cukup sensitip *hanya aku dan Sepai yang tahu, rasa cam nak bunuh diri jek gegara alarm keta tu, kan Sepai kan?*. Huhuhu...
Akhirnya, malam tahun baru, hanya dapat melihat percikan bunga api dari kejauhan jua adanya. Sekian! Takpelah...Janji tak yah bersesak2 dengan ramai orang. Bikin kepala gue pusing deh!!!
1/1/2008
Bangun pagi dikejutkan bila sms masuk. Pehtu dah tak leh tido dah. Badan dan otak penat, tapi mata dah takmo lelap. Arghh!! Tensi deh!! Lepak2 atas katil, tunggu Sepai bangun dan mandi dulu, pehtu baru aku mengikut jejak langkahnya. Hahaha. Keji kan? :p
Check-out dari Hotel Mesra Mutiara, pehtu terus gi bekpes kat Newton Restaurant. Makan nasi lemak/buah/mineral [RM2.80]. Ujan renyai2 tapi kami hentam gak berjalan dalam ujan. Gi masuk Muzium Rakyat [RM3]. Jenjalan dalam muzium, tengok gambo2 'kecantikan melalui penderitaan', memang la amat menyeksakan. Huhuhu.
Pastu, gi plak ke A'Famosa. Bergambo jek kat depan tinggalan kota lama tu. Sepai telah terserempak dengan family belah bapaknya. Hahahaha. Sib baik la dia mai dengan aku, kalo dengan bopren, tak ke kantoi?!?! Hik hik hik.
Naek beca [RM20] pusing2 tempat sejarah. Abang yang bawak beca tu berasal dari Sarawak, teramatlah terer menghafal sejarah2 Melaka. Siap ingat tahun lagi tu!! Tabik spring arh kat abang beca tu! Dah jadi cam tourist guide kitoang plak. Ahaksss...Dia bawak kitoang melawat Makam Hang Jebat, Masjid Kling, pusing2 tengok Makam Hang Kasturi, melawat bangunan lama yang masih dok jual barang sejarah seperti kasut kecit, terompah dan memacam lagik lah. Sungguh la aku berpuas-ati dengan penerangan yang telah abang beca berikan itu. Toche abang beca!!!
Pehtu kitoang merayau2 lagi kat sekitar Bandar Hilir. Bergambo kat replika kapal terbang yang pernah bawak Tunku Abdul Rahman ke obersis, bergambo kat keretapi lama, shopping t-shirt lagi, pehtu masuk ke dalam perut 'kapal besar' yang diberi nama Muzium Samudera. Memacam insiden kelakar/muka ketat yang telah menimpa kami berdua.
Sepai, nak aku siarkan gak ke gambo 'terka**tuutttt**' ko tu kah? Hahahaha....
Kitoang gi lunch kat Newton lagik skali, makan menu yang sama, asam pedas, ikan keli dan kentang serta air limau = RM 5.80. Lepas makan, dah berkira2 dengan Sepai, kalo takde bas, amek teksi, kalo takde teksi, amek beca, nak ke Melaka Sentral. Tengah dok menapak ke jalan beso, tetiba nampak Townbus, makanya, aku dan Sepai dah ala2 Explorace, berlari-larian sambil galas beg - mengejar bas nan satu. Huh!! Tercungap ahkak taw!!
Disebabkan kepenatan yang amat, kami berdua telah menidurkan diri dengan lenanya di dalam bas. Bila terjaga, tak sampai2 pon lagi ke Melaka Sentral. Hampir 1 jam lebih bas tu meronda sakan. Aiyaaaaaaaaaaa...Penat banget lorr...
Sesampai kat Melaka Sentral, terus cari tiket. Berderau sungguh ati aku dibuatnya, darah turun ke kaki you...Naper?!? Tiket bas ke KL sumer dah abeh arh!! Yang ada pon, kol 10pm!! Huwaaaaaaaaa...Sadisnye!! Nak tanak, kitoang terpaksa beli tiket bas ke Seremban jam 7pm, dengan harapan semoga dari Seremban nak ke KL ada le basnye. Huhuhu.
Jenjalan tak tentu hujung pangkal, pekena rootbeer float kat A&W, pusing2 abehkan duit, tetiba nampak kaunter tiket bas yang lain dari kaunter2 tadi. Ajak Sepai gi jengah. Sekali, ada la plak tiket bas spisis Metrobus ke KL jam 6.30pm. Terus berdesup kitoang beli.
Tiket gi Seremban, terpaksa la juai balik. Tapi kami berdua malu. Malu nak gi jual balik kat kaunter. Sudahnye, kami berdua berdiri kat tepi kaunter tiket ke Seremban, sesapa yang beratur nak beli tiket, kitoang pangge dan paksa beli kat kitoang. Siap bagi diskaun 30 sen lagi taw! Baek ati kan kami berdua, kan kan kan? Hahahahaha....
Alhamdulillah, sampai ke KL jam 8.30pm, terus shoot balik umah, mengemas, lepak2 baca novel, Mya datang umah, borak2 dan terus ZzzzZZZzzz...
Kalo nak tengok lebih gambo, sila la klik kat ----> Multiply Tipah
Nota kaki cagu: Semua keterjadian, ada penyebabnya...
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)














|