PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Monday, December 10, 2007
Gulp!!!!
Antara ubat-ubatan yang telah menjadi sebahagian dari darah daging aku selama hari ini: -
1) Singulair (Rasa yang tak berapa ada rasa)
2) Prednisolone (Baru letak kat lidah dah terasa pahit! Ubat nih aku dah rejek!)
3) Terbutaline (Ubat nih kuat, makan separuh ja. Gerenti layan ketar!)
4) Mucosolvan (Ubat kahak. Tak rasa pa pe dan masih boleh ditelan.)
5) Clarinase (Rasa yang manis, cam coklat M&M, cair dimulut, tidak di tangan. ;p)
6) Phensedyl Dry Cough Linctus (Ubat batuk yang sedap!)
Tambahan:
7) Netopharol Bio-Enhanced (Pil Vitamin E - untuk luka dikakiku itu....)
Ada 3 inhaler yang aku terpaksa sedut bila cik asthma menyerang: -
1) Berodual N (Rasa yang sungguh payau/tak sedap..uwekk! uweekkk!!!)
2) Alvesco (Haa...yang nih tak rasa pa pe, nak soh sedut byk kali pon bleh! :p)
3) Ventolin Evohaler (Tiada dalam ini gambar - pon tak rasa pa pe gak.)
Kedua-dua inhaler di atas sepatutnya disedut setiap hari, pagi dan petang - tak kira la aku sihat ke, sakit ke. Tapi aku nih jenis tak berapa nak berdisiplin sikit bila kena bab2 ubat nih. Time kena attack baru tergedik-gedik nak sedut. Huh!! *dasar tak sedar diri*
Pil-pil nih plak, pagi dan petang kena telan lebih kurang 4 biji, bila malam menjelma, kena telan 7 biji. Haiyaaaa.... 50% isikandungan badan aku nih dah penuh dengan ubat-ubatan ja. Kalo pi umah aku, leh tengok ubat dimerata hala (untuk memudahkan aku dikala mendapat serangan cik asthma secara mengejut).
Penat sudah.....
Kalau ubat-ubatan tidak mujarab, maka aku terpaksa disuntik di lengan dan mengambil neubulizer sebanyak 2 kali untuk menenteramkan kembali saluran pernafasan ku yang agak sempit dan tersekat (cam nak mati wooh bila kena attack!) Kalau kena injek dan 'pekena asap' pon tak jalan gak, tu yang kena sumbat ke dalam spital tu, untuk pemantauan yang lebih rapi. Time nih memang SEKIAN la jawapannya. Isk!!!
Rabu nih ada appointment jumpa doktor pakar kat Tawakal lagi. Mujur tahap kesihatan aku semakin OK (walopon kekadang tak berapa nak ok gak). Kalo idak, Doktor Chan sudah kasik warning, mau sumbat aku ke dalam itu hospital yang sungguh tak besh! Huhuhuhu....Phewww!!! *kesat peluh*
Nota kaki cagu: Dah penat, makin bertambah penat. Tunggu nak TENAT jek ni. Isk!!!
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|