PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Monday, December 24, 2007
Kisah di hari raya
Balik ke Taiping ari tu bersama-sama dengan Mya. Seblom bertolak, aku telah dilanda kepeningan yang teramat sangat. Siap pinjam bam dari Kak Norishah lagik. Siap muntah2 bagai, diurut oleh budak kiut Ezreen, baru la rasa lega sikit pala nih. Huhuhu. Tak pernah seumur hidup aku dilanda pening gitu. Isk!!
Di pagi raya pon, aku masih weng-weng lagi. Antara nak bangun dan idak jek dari tido. Tapi bila dengar yang pemili aku nak kuar gi jenjalan, kalut aku bangun dan mandi. Hehehe. Kitoang gi Batu Kurau, gi umah Tok Aji Logi [sepupu kepada arwah tok aku].
Balik dari Batu Kurau, gi singgah Giant kat Aulong. Wah! Taiping skang udah maju ek? Balik kampung pon, dah terasa cam dok KL gak. Isk!! Melilau-lilau beli barang2 umah. Kakyang dan Kakak sesedap rasa jek amek barang umah, yang bayarnye aku. Huhuhu. Keji taw!!! Pehtu belikan mak dan abah kasut. Belanja makan2 kat KFC sempena dapat bonus. Masing-masing tersenyum lebar.
Tersangkut dengan satu kedai kesihatan. Check tekanan darah - rendah arh, tu pasal aku pening! Huhuhu. Terbeli promosi sauna di rumah dengan pakej RM 50 untuk 3 orang. Kena siapkan serai wangi, halia, daun pandan dan air panas jek. Yeay! Berspa la plak kat kampung. Ngeh ngeh ngeh.
Keesokan harinya, Yanie dari Omizu datang untuk meng'sauna'kan aku dan kakak2ku. Kakak dan Kakyang takut, jadi, aku terpaksa la jadi orang pertama di 'sauna' kan. Besh banget sih bila bersauna nih, ditambah dengan haruman serai wangi/daun pandan/halia, memang umpphhh!!! Berat badan aku tak turun tapi kalori ada gak la berkurangan [agaknye lemak dah tepu kot..huhuhu...]. Kakak turun 1kg, Kakyang turun 800g. Kalo buat tetiap ari, mau slim dan suci bersih kulit nih...ahaksss...
Ari Sabtu, hangkut anak2 buah gi gunting rambut. Dengan aku skali gunting kasi pendek [tapi idak le pendek sangat]. Time nak balik, anak2 buah aku pakat2 dok bodek aku soh belikan hamster. So, aku pon gi la kedai binatang kat seblah saloon gunting rambut. Bila belek2 hamster tu, nampak comei la plak. Sekor dijual RM6, aku beli dua. Dah beli hamster, kena la beli kandang dan makanannye, kan? Tup tap tup tap, terbang RM32. Sekian! Tapi takpe, anak2 buah punya pasal, pe de hal, kan? *baek sungguh la hai...mak sedara sapa la nih ek? :p*
Ari Ahad, lepas salam peluk cium kat parents, Mya datang jemput kat umah. Jumpa Abg. Long and da' gang kat pekan Taiping pehtu terus shoot ke tempat kenduri di Aulong Lama. Gi makan kenduri umah Sham aka Orang. Congratulations and Selamat Pengantin Baru untuk Sham!! Semoga kekal hingga ke akhir hayat le ndaknye ye!! *sensitip btoi arh jiwa aku nih bila gi kenduri, huhuhuhu..tu pasal la korang jarang dengar citer aku gi kenduri, seboleh2 aku cuba nak elak arh..huhuhu*
Lepas balik dari kenduri, singgah umah Mya, salin baju pehtu terus bertolak pulang ke KL jam 4pm. Sepanjang-jalan-kenangan, jalan jammed tak hengat, tapi tetap bergerak la gak walopon slow. Tiba di KL jam 9.30pm. Penat banget sih! Haduuuuuuuuu.....
Nota kaki cagu: Gubra
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|