Langkawi!!! Here I come!!!!!!
Nota kaki PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Monday, May 28, 2007
Bintang BNM 2007, Bowling & JB Trip
Bintang BNM 2007, Jumaat, 25/5/2007
Bersama barisan AJK yang happening - sedang bergaya poyos!
Seawal jam 3pm, aku dah melepakkan diri kat Bilik Persatuan, balut hamper untuk cabutan bertuah. Dah abeh membalut, gi lepak kat Auditorium plak, tengok peserta2 buat rehearsal. Jam 6pm, gi ke Bilik Persatuan blik, mengangkut hadiah2. Pehtu terus balik opis, salin baju.
Aidil AF3 sampai dalam jam 7pm, soh dia gi makan, dia tanak. Zur Eda datang kendiannya. Ayati Tasrip paling lambat sampai sehinggakan terpaksa tangguhkan kejap majlis tu! Jam 8.30pm baru dimulakan. Isk!
Pertandingan dimulakan dengan peserta2 Kategori Veteran terlebih dahulu, kemudian Kategori Lelaki dan diikuti dengan peserta2 Kategori Wanita. Persembahan dari Fay memang WOW!!! Ahkak cair dek non!!! Hahahaha...Persembahan dari peserta wanita juga sengit! Tak sangka Mariah punya suara yang begitu lantang. Saingan sengitnya pula ialah Ana! Bergetar jiwa aku dengar Ana nyanyi! Sungguh clean and smooth. Besh2!
Dan keputusannya, Fay berjaya membolot 3 kategori, Juara Kategori Lelaki, Bintang BNM Paling Popular dan Persembahan Terbaik! Wohohohoho...Cayalah!!! Mariah plak menjadi Juara untuk Kategori Wanita! Phewitttttttt!!! Ana plak tempat ketiga! Takpe Ana takpe! Aku tetap jadi peminat no. 1 ko pasnih! Ihiksss...I like!!!
Para juri yang terdiri daripada artis jemputan [Aidil AF3, Zur Eda dan Ayati Tasrip] telah membuat persembahan pada malam itu. Aidil memulakan persembahan. Dia nyanyi 2 lagu. Aku lupo tajuk lagu dia. First song tu, dia dok jeling2 manja jek kat aku! Hahahaha. *pasan japs* 2nd song plak adalah hasil ciptaan Aidil sendiri - besh gak lagu tu! Hmmm...
Ayati Tasrip telah menyanyikan lagu popular dia, 'Khazanah Dari Malaya'. Dah lama giler aku tak dengor lagu nih! Satu lagu yang mempunyai pelbagai loghat! Aku paling suka part; "Awe masok kapong locak-locak mace kegho, ingak2 sokmo lagu zame dulu kalo"....[err..lupo lirik!]
Pehtu Zur Eda pula membuat persembahan dengan menyanyikan lagu hitnya, 'Kelmarin'. Sungguh bertenaga lagi Zur Eda menyanyi lagu tu dengan rentak tangonye! Menarik! Besh!!! Aku berkenan kat seluar yang dia pakai arh! Kat mana dia beli ek? Ngeh ngeh ngeh!
Tahniah lagi skali kepada semua para pemenang! Koang punya sora memang da' bomb arh! Toche kat Fay sebab telah sudi membelanja-makankan kami secara beramai2 dan berjemaah! Semoga makin murah rejeki la ndaknye ye! ;)
Bowling, Sabtu, 26/5/2007
Ros datang jemput aku kat umah jam 11.30am. Terus berdesup gi Ampang Superbowl, BTS. Ada tournament la plak kat situ. Boleh start main pon sekitar jam 2pm. Jenuh mo tunggu. Kitoang telah mengambil keputusan untuk menapak gi Sg. Wang, cari bowling kat sana. Melilau2 bagai nak rak, tak jumpa gak tempat bowling. Huhuhu. Sungguh ketinggalan zaman daaa...rerupanya tempat bowling tersebut telahpun tutup! Isk! Malu japs!
Patah balik gi BTS naik Monorail [tak larat nak jalan arh!]. Gi blik ke tempat bowling, tournament tadi dah abeh! Terus booking 1 lane, aku main 1 game, Ros main 2 game. Baru baling untuk kali kelima, aku dah mula semput! Isk! Sib baik tak kritikal. Lupa bawak inhaler plak tu! Kussssss semangat!
Kol 2pm, gi register nama kat meja pendaftaran DZAG. Dapat satu lane dengan Azlina dan Intan. Cuma 9 orang peserta perempuan yang join bowling dan kami semua secara automatiknya dapat mewakili team bowling DZAG untuk Inter-DG nanti. Kesemua peserta pompuan main dasat2 arh, memasing ada bola bowling sendiri. Malu sungguh aser di ati! Main dah la tak terer, semput plak tu! Hahaha...Tapi sebab minat punya pasal, tebalkan muka gak la. :p
Abeh game, gi makan sesoang kat Chicken Rice Shop! Lapo daaaa....Blik naek teksi ke Sek.10 [kena caj RM11, huhuhu..mahalnye!]. Sepanjang petang dan malam, melepak dan melepekkan diri kat umah...kepenatan yang teramat sangat.
Trip to JB, Ahad, 27/5/2007
Baru jek rasa nak tertido, skali hp aku dah berdering2. Angie dah sampai umah seawal jam 3.15am. Haduuuuuuu...Berdengung palotak aku japs! Terus mandi dan bersiap2. Kol 4.30am, Fazri dan Nana datang amek aku dan Angie. Berdesup terus gi JB. Fazri bawak keta cam F1. Gayat sungguh! Jam 8am dah sampai JB. Sepanjang-jalan-kenangan, aku menidurkan diri! Sungguh tak larat nak berborak2 dengan kengkawan. *Jiwa kacau*
Dalam kelas, memang tak berpeluang nak tido. Takut kena marah! Sib baik lecturer yang mengajar [Dr. Melati] sungguh besh! Subjek calculation memang jadi peberet aku! Makanya, terpaksa la menahan diri dari tertido.
Abeh kelas kol 1.30pm, terus berdesup balik KL plak. Nana tak join balik sesama, dia balik naik bas sebab kelas dia abeh kol 12pm. Huhuhu...Mencik taw! Datang sesama, balik asing2. Ahkak tak suka gitu taw! Huhuhu...
Berhenti rehat kat Restoran Jejantas Air Keroh, makan2 dan sampai KL jam 6pm. Fazri dropkan aku dan Angie kat Carrefour. Gi beli bun japs, pehtu balik naik teksi. Sesampai kat umah, terus mandi, basuh baju, sidai kain, kemas umah, iron baju dan packing baju! Sungguh penat yang tak terucap!
Badan pon dah mula sengal2. Jalan pon dah cengkot2! Sumer gegara main bowling dan tak cukup rehat [dan mungkin juga terlampau lama duduk dalam keta kot?]... Dah telan ubat urat berlambak pon, tak jalan gak! Isk! Tido dalam kekejangan! :(
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nyenyaris nak amek cuti ari nih, sebab urat masih kejang, saket belakang masih bersisa, tapi bila pikir esok nak cuti, pehtu keje pon berlambak, terpaksa gak la datang. Huhuhu. Cane la nak gi cuti2 Mesia kalo jalan pon dok cengkot2 lagi nih ek? Isk! Sungguh tak besh!
cagu: Sampai bila...?
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|