Aiyoooooh! Perlu ke buat mogok semata2 nak soh aku jadik CEO ek? Hahahaha... [Sekadar gambar hiasan, tiada kena-mengena dengan ini entry!!!]
Sowi sebab mungkir janji! Supposed aku publishkan fotostat IC bini terlampau agen rumah yang menipu aku tu! Tapi aku terlupo mo bawak arh! Lagipon semalam aku bebetoi saket pala yang teramat! Saket pala dengan jadual kelas aku yang dah clash dan bersimpang-siur. [Sebab tu semalam aku tak update blog, bz tipon lecturer] :(
Naper dengan jadual kelas aku lak? Hmm...gini citernye!
Aku register 2 subjek untuk semester pendek kali ni:
1) Pengenalan Kewangan - Subjek Elektif [Kelas di JB]
2) Institusi-institusi Islam - Subjek Umum [Kelas di KL]
Cam aku dah tulis dalam entry sebelum ini, kelas untuk subjek elektif di adakan di JB setiap minggu, berturut-turut sampai bulan Julai nanti. Dan semasa aku menghadiri kelas tersebut last week, baru aku dapat taw rupa-rupanya kelas untuk subjek umum juga ada pada hari yang sama. Erk!! Tak pepasal aku dah ponteng kelas tu!
Jadinya, semalam, aku, Nana dan Angie [yang turut mengalami masalah yang sama - kelas yang bertindan] telah menjalankan gerak gempur dengan menghubungi Pejabat SPACE di KL dan JB serta call para lecturer.
Timbalan Dekan dengan tegasnya menyuruh kami bertiga mengambil subjek umum [yang hanya di offer setahun sekali sahaja pada bulan Mei-Julai] jika ingin grad lebih awal. Jika tidak, kami semua hanya akan berpeluang grad pada awal tahun 2009 nanti. Aiyooooooh...lama tu!! Penat weh!!!
So, setel la, amek jek la subjek umum tu, apa yang ko pening sangat tu Tipah?
Err...Pening tak pening sangat la, tapi pening jugak arh weh!!!
Mana taknya, subjek elektif tu adalah subjek terakhir yang dioffer kepada kami untuk semester nih. Semester2 akan datang, subjek tu takkan dioffer lagi dah. Kami plak terpaksa amek subjek tu sebab nak completekan credit hour yang telah ditetapkan. So, Timbalan Dekan cakap, next semester, kami kena register subjek tu, kendian kena belajar sendiri [no class, no lecturer]. Haiyoooooooh!!! Boleh mati beragan aku dibuatnya kalo kena belajar sendiri. :p
Aku hanya ada dua pilihan skang nih: -
1) Drop subjek elektif, next semester belajar sendiri [Kena bincang dengan Angie bebetoi nih! Kalo dia stujuk nak belajar sesama dengan aku, Insya Allah takde masalah kot - coz minah nih terer bab2 calculation]
atau
2) Amek dedua subjek, tapi terpaksa ponteng kelas subjek elektif banyak kali [Err..pilihan nih aku tak berapa nak stujuk sangat, sebab kalo aku ponteng kelas subjek elektif yang penuh dengan subjek calculation tu, kompem la aku akan ketinggalan banyak silibus dan berkemungkinan besar, bleh mengkantoikan aku di final exam kelak. Adeh!]
Ahkak kelireeewwwwwwwwwwwwwww!!!!! Isk!!
Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dari Mu, agar dapat memudahkan perjalanan hidupku ini!
Masih terus-terusan mengelirukan diri sendiri. Adeh la.... Tipah! Tipah!
Nota kaki
cagu: Morning call menceriakan hari2 ku yang semakin kelam, suram dan muram. TQ!!! :D
|