banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, May 10, 2007

Unbelievable!!!!

Dapat sms dari Dr. Hisham [Penyelaras untuk Tesis aku], dia bagi markah untuk Tesis dan subjek Penilaian Prestasi. Alhamdulillah, sungguh tak sangka! Teramat lah tidak sangka, aku dapat 61/70 markah dari Dr. Hisham untuk Tesis Cadangan Awal aku! Alhamdulillah! Syukur nikmat Tuhan!! 30 markah lagi akan diberikan oleh penilai, Dr. Salmiah. Berbaloi sungguh segala pengorbanan yang aku lakukan untuk menyiapkan tesis tersebut! Hanya tidur 2-3 jam jek untuk siapkan tesis, ditimpa dengan pelbagai penyakit, bertapa di Library sesoang diri [seblom nih tak pernah pon gi lebri sesoang, takut!]. Nah! Akhirnya, Allah mengurniakan kesenangan hati buat aku. Alhamdulillah! Terima kasih Dr. Hisham!!! Kan bebaru nih aku bz pindah umah! Tuan-rumah-lama-yang-ampeh [En. Siraj] tu tak izinkan aku dan Mya stay dan pindah pada 5/5/07 [lepas aku abeh exam on 31/4/07]. Dalam keadaan yang sungguh kelam-kabut, setiap hari dok packing barang, kemas bilik, sapu habuk, lipat baju dan akhirnya pindah rumah, aku langsung tak sentuh buku. Tak sempat nak study! Esok pagi nak exam, malam seblomnya, baru terkedek-kedek aku bukak nota, baca dan hafal sikit-sikit. Masuk dalam dewan, baca soklan, pening pala! Mana taknya, aku spot soklan lain, tapi lain plak yang keluar. Haduuuuuuuuu....Ada 6 soalan, kena jawab 4, tapi aku cuma jawab 2 soklan jek. Esei plak tu! Bleh gitu? Jemu ngadap kertas soklan, aku kuar awal dari dewan. Malas nak bertapa, kasi aku bertambah serabut dan mengantuk jek. Dalam hati, aku panjatkan doa, agar aku lulus paper tu! Tak sanggup nak repeat, tapi dalam masa yang sama, tak berapa nak berusaha. Hahahaha. Teruk kan? Aku cuma mengharapkan D untuk subjek tersebut. Tapi siapa sangka, rerupanya nasib masih menyebelahi aku. Dr. Hisham telah bermurah hati memberikan aku markah A- untuk subjek Penilaian Prestasi. Syukur alhamdulillah! Toche again and again khas buat Dr. Hishamuddin yang dihormati. :D Bistu, apa jadi dengan subjek Makroekonomi? Bukan ke ari tu aku cakap yang aku langsung tak leh nak jawab paper tu?! Bukan ke aku target D jugak untuk subjek tu? Hehehehe...Alhamdulillah, again n again, nasib masih menyebelahi aku. Walopon aku tak dapat A, B mahupun C, dapat D+ pon dah cukup bermakna buat aku. Hik hik hik...Seriyes beb, time exam ari tu, seumur hidup aku, tak pernah aku blank, memang tak boleh jawab langsung untuk paper Makroekonomi. Memang frust tertonggeng2. Hahahaha. Tapi sekarang aku dah lega! Lega sebab tak yah nak repeat paper lagi. Syukur! Syukur! Alhamdulillah.... :D Ada sesapa nak banjer kek kah? :p Lapo kek ar! Isk... Nota kaki cagu: Masih tiada perkhabaran. Apa jadi dengan dia? Isk! Sungguh gayat rasa di hati....Huhuhu...