banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Friday, May 11, 2007

Selamat Hari Ibu....

Inilah mamabunda ku yang tersayang! Insan yang paling ku sayangi! Aku tanak bercerita tentang pengorbanan yang mak telah berikan buat aku [sebab aku dah pernah tulis tentang perkara tersebut dalam entry yang lama2], cuma aku nak copy paste sebuah sajak yang aku jumpa bila aku surf dalam internet pagi tadi. Kredit untuk penulis sajak tersebut - Alaieffa.
BISIKAN HATI UNTUK IBU Ampuni dosaku Kerana kelahiran ku Darah mu tumpah ke bumi Ampuni dosaku Kerana sakit, sedih ku Airmata mu membasahi pipi Ampuni dosaku Kerana membesarkan ku Resah gelisah selalu kau alami Terima kasih ku pada mu Atas jasa mu membesarkan ku Atas segala kasih sayang mu Terima kasih ku pada mu Atas bimbingan dan ajaran mu Aku dapat hidup berdikari Doakan dan restuilah diriku agar berjaya Menempuhi liku-liku kehidupan ini Yang penuh onak pancaroba Setinggi gunung seluas lautan Bukan dapat jadi ukuran Pengorbanan ibu tak ada batasan Kasih sayangnya tetap berkekalan Doaku untuk mu ibu Agar ALLAH memberi restu Atas segala jasa dan bakti mu Pahala Syurga ganjaran untuk mu
*Sajak nih diedit sikit-sikit sesuai dengan jiwa aku :p Tadi pagi, baru kelam-kabut siapkan kad [hand made] untuk mak tersayang. Baru pos petang tadi. Kompem la lambat sampai ke tangan mak. Tapi tak kisah, janji mak dapat baca mesej yang aku tuliskan untuk mak. Harap mak suka dan terharu menerima kad aku tu nanti. *rindu kat mak* Mak..... Maafkan anakmu yang belum banyak berbakti padamu Bahkan untuk mengingatimu pun sering aku alpa Urusan dunia itu demikian menyita waktu, fikiran dan tenaga Hingga lupa bahawa tugas 'birrul walidain' baru dijalankan tak seberapa Mak..... Ku tahu, segala kebaikan ku padamu tidak sebanding dengan cinta kasihmu padaku Kasih sayang dan cinta kasihmu tidak terganti Perjuangan dan ketulusanmu tidak mungkin terbalas Mak.... Dalam usiamu yang semakin senja ini Izinkan aku kembali meminta Restui perjuangan anakmu dalam menggapai cita Membina diri dalam Iman dan Islam Demi cinta dan redha-Nya Mak.... Di harimu ini, izinkan aku mengatakan Aku teramat menyayangi dirimu Semoga kasih sayang Allah terlimpah ke atasmu Dan ampunan atas segala kesalahan-kesalahanmu Selamat Hari Ibu untuk para2 ibu di seluruh dunia.... Hargailah ibu selagi hayat dikandung badan.... Nota kaki cagu: Esok gi JB dalam keadaan hati yang tak tenang. Isk!