banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, May 21, 2007

Kesesakan jiwa! :p

Jumaat, 18 Mei 2007 Dapat excuse awal, kuar opis kol 5pm, gi Auditorium, tolong Mya untuk pendaftaran peserta2 yang masuk Bintang BNM 2007. Ana [team Blogger.com – Treasure Hunt 2006] pon masuk gak, nyanyi lagu peberet aku, Aku Bukan Untukmu – Rossa. Awal-awal lagi aku dah pesan kat dia, kena nyanyi lagu tu sehabis baek, jangan rosakkan lagu peberet aku tu. Ahaksss... Dan dipendekkan citer, Ana terpilih untuk masuk ke peringkat final Bintang BNM 2007. Yeay! Dan apa yang buatkan aku lebih terharu bila Ana cakap, masa dia perform atas pentas tu, dalam palotak dia teringat kat aku. Al-maklumlah, kitoang punya pengalaman yang hampir sama. Uhukss..uhukss..uhukss...
Good luck Ana!
Toche Ana sebab telah berjaya menyanyikan lagu tu dengan baik sekali. Congrates gak sebab dapat masuk ke final! All da’ besh my prenk!!! ** Terkejut beruk jap bila bersalam dengan wife Azizul, tetiba wife dia mengeluarkan dialog yang tak disangka-sangka; "Saya baca blog awak!" Uikksssss...Kusss semangat japs! Sib baek tade lemah jantung. *over taw dak Tipah nih* :p Dia perkenalkan diri dia sebagai Erin! Ya ya ya...aku pernah ternampak nick Erin tinggalkan komen dalam blog aku nih! Tapi tak sangka plak rerupanya Erin tersebut adalah staff bank gak! Adeh! Tetiba malu secara berleluasa menyelubungi diri ku ini! Hahahaha... Neway, congrates to Erin gak sebab dapat masuk final Bintang BNM 2007!!! All da’ besh ya! Buat yang terbaek!! :D Kepada semua staff bank yang baca blog aku nih, jangan lupo Afundi FAY yek untuk Bintang Paling Popular BNM! Vote for Fay! Go Fay Go! Go go chaiiyook!!! Hehehe...
Fay yang mempunyai vokal yang begitu mantap skali! Selamat berjuang!
Sabtu, 19 Mei 2007 Lepak umah disiang hari. Lepak layan vcd. Niat di hati nak tido di petang hari, tapi mata tak mengantuk la plaks. Isk! Busan sey! Petang, Mya datang jemput, gi Stadium Putra Bukit Jalil. Mo tengok Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim ke 5 daaaa... Punya la ramai manusia. Aku beli tiket berharga RM10 jek [upper tier] sebab tiket lain dah sold out! Dasat! Dasat! Terpaksa berhimpit-himpit ditengah-tengah lautan manusia. Sib baik cuaca agak sejuk dan mood pon agak ok, tade la ahkak tensi!!! :p
Aku di tengah2 lautan manusia...Sesak!
Suasana dalam stadium pada malam tu memang happening habis. Aku terasa cam anak tekak nak terkeluar jek sebab asek dok menjerit! Hahaha...Mo lepas tensen aar!!! Tapak tangan pon naik pedih dibuatnye sebab tepuk tangan tak abeh2. Hehehehe. Terharu sungguh bila segmen ex-student AF buat tribute untuk Aznil. Huhuhuhu. Bila aku kabo kat Mya yang ati aku tersentuh, Mya terus sound; "Ko memang!" Hahahahaha. Ya ya ya....Aku memang! Memang sensitip! Over kan? Ihiksssss.... :p Bila Ebi nyanyi lagu Farhana Puteri Bumi Kenyalang, aku memang enjoy abeh! Suka tengok showmanship Ebi. Sungguh macho skali! Time dia jerit nama ‘Farhana’ tu, terasa-rasa macam dia menjerit nama aku plak! Hahahaha. Rasa cam nak tukar nama plak, dari Tipah jadik Farhana gitu, bleh? *memang dah sah over btoi dak Tipah nih* Pa pe hal pon, aku memang tabik spring arh kat Mila yang telah memecah rekod apabila dinobatkan menjadi Juara Akademi Fantasia 5. Cayalah! You go girl!!!
Berlatar-belakangkan pentas AF5
Tak dapat bergambo dengan finalis AF5, bergambo dengan banner pon jadi la..
Abeh AF kol 1am. Giler lama kan? Huhuhu. Naek kematu montot aku dok atas kusi yang keras itu. :p Nak kuar parking, jammed! Singgah gi minum kat Segambut jap dengan Mya, Jocko, Fay, Janet dan Sury. Sebelum balik, melilau cari mesin ATM nak kuarkan duit dan nak beli top-up, skali ATM machine sumer cam ampeh, takde service la, pintu kunci la, gila la...Huhuhu. Ahkak tensi dek non oi!!! Disebabkan dah mengantuk yang teramat, terus balik umah dan tido. Err..sampai umah jam 3am. Letih sey! Ahad, 20 Mei 2007 Bangun tido, tengok Mya dah tade. Dah pulang ke umahnya di Apartment Jasmine agaknye. Lepak2 layan perasaan yang sedey, pas abeh Melodi, baru kelam-kabut gi mandi. [Busuk punya olang! Hahahaha...] Sesi membasuh baju dan mengemas umah sepanjang tengahari. Petang, lepas minum segelas kopi sebagai alas pewot [malas nak masak megi sebenornye.. :p], terus kuar gi Carrefour Wangsa Maju di waktu hujan lebat. Naik teksi dalam keadaan yang cukup cuak! Takut tak cukup duit mo bayar tambang! Huhuhuhu. Sedey giler tengok baki duit dalam dompet. Isk! Sepanjang-jalan-kenangan, dok kerling kat meter teksi! Sib baik kena caj RM 3 jek! Phewwww... Melangkah kaki ke mesin ATM sambel berdoa agar mesin ATM tersebut tak rosak dan sebagainya. Kalo idak, mau aku balik jalan kaki. Isk!!! *Sebak* Lega giler bila dapat kuarkan duit! Pehtu kelam-kabut gi cari makanan dulu. Lapo beb, dah petang baru nak makan! *sebak lagi* Bila dah kenyang, pewot pon dah moncet [erkkk!!], baru la gi jenjalan sesoang dalam Carrefour. Membeli-belah barang-barang umah sikit + stok makanan yang berkhasiat [beli roti dan sekaya jek! Hahahaha...Berkhasiat la jugak tu kan? :p] Balik umah, layan tv sampai ngantok dan zzzZZZZzzzzz... Nota kaki cagu: Kalau hadir hanya untuk menyakiti...biar hidup sendiri dan berdikari, tiada siapa yang akan disakiti dan dicurigai.