PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Friday, May 25, 2007
Bz! Bz! Bz!
Err...takde la bz sangat pon! Cuma wiken nih idup aku cam kucar-kacir skek arh!
Ari nih
Ari nih dapat time-off half day untuk buat preparation sempena Bintang BNM 2007. Semua pembaca blog aku dijemput hadir ya! Acara akan dimulakan pada jam 8.00 malam ini. Artis jemputan ialah Aidil AF3, Zur Eda dan Ayati Tasrip. :D Cam tawun lepas, aku masih in-charge bahagian cabutan bertuah dan surat-menyurat jemputan AJK Persatuan dan surat time-off.
Sabtu
Bisuk plak, nak kuar gi main bowling di Berjaya Times Square. Insya-Allah, khabarnya Ros nak datang jemput aku kat umah. Thank you Ros!! Err..sorry too! Hahahaha. Bisuk ada Inter-DG untuk pemilihan wakil pemain bowling bagi team DZAG jam 2.00petang. So, aku dan Ros aku prektis panaskan badan dan lenguhkan tangan sebelum acara dimulakan. Ihiksss....Kepada sesapa yang tade agenda nak buat pa pe esok, moh la reramai gi Ampang Superbowl di Berjaya Times Square sok ek, tengok gelagat-gelagat staff BNM main bowling. Hehehehe....
Bistu, tak gi kelas di JB kah?
Eh! Pegi arh! Mana leh ponteng dah! Nanti lecturer tak kenal muka aku yang chomel nih, cane nak bodek untuk dapatkan higher marks untuk final exam nanti kan? Muahahaha. Terpaksa buat 2 plan, mungkin salah satunya akan digunapakaikan.
Plan A
Pergi naik keta Fazri. Nana dan Fazri akan datang jemput aku kat umah jam 3am pagi Ahad. [Haiyooooooh!! Pagi banget sih!] Then terus gi JB. Sampai JB, terus masuk kelas, belajar, belajar, belajar, then kol 2pm abeh kelas, terus balik KL. [Kompem la penat dan ngantok dalam kelas nanti nih! Adeh!] Merayu kat Nana, soh ajak Fazri bertolak gi JB waktu malam, pehtu Nana sound aku;
"Ko single, boleh arh bertolak malam. Kami yang dah berlaki-bini dan beranak-pinak nih, payah beb! Tetambah bini Fazri tengah ngandong 3 bulan tu, lagi la dia tanak tinggalkan bini dia lama2."
"Hoh, mengandong lagi? Dalam kata ekonomi tak stabil tu pon? Ish la!"
"Rejeki beb, mana leh tolak! Muahahahaha"
Huhuhuhu.....Gatal betoi aku dengar cara Nana gelak tu! Isk! Mencik taw!
Plan B
Plan B terpaksa diwujudkan sebab tetiba Fazri cakap tadi pagi, kemungkinan besar dia terpaksa gi Taiping, ada sesi interview pekerja baru! Haiyooooooh! Pening japs! Jadinya, Nana telah mencadangkan agar aku gi tido umah dia malam esok [Sabtu malam Ahad], then jam 4.00am [pagi jugakkkkk! hadoih lar...] bertolak dari umah dia. Hubby dia drive! Tapi dia dah pesan awal-awal, aku kena pejam mata dan tutup tinger sepanjang dalam keta nanti! Isk! Terseksa la zahir-batin aku nanti nih! Hik hik hik... :p
Tapi takpelah, kalo dah darurat gak, nompang jek la keta Nana. Takkan aku nak gi kelas sesoang plak kot?! Neeva ponteng kelas this week. Ina dan Su gi kelas dari JB jek nanti [sebab memasing balik kampung]. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa...Tensi! Tensi! Serabut betoi kepala ahkak dek non oit!! :(
Ahad
Sesampainya di KL, seperti biasa, aku akan mendobi pakaian dengan tangan you sebaik mungkin! Pehtu nak kena kemas beg pakaian untuk stok 3 hari. Huhuhu. Kompem! Aci kerat kuku jari, sure aku penat giler khinzir pada hari Ahad nih! Penat otak, penat badan! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa....Tapi penat aku akan di kaber setelah berjumpa dengan mak abah nanti. Yeay! Sonoknya! Mak abah nak datang KL yeay! Sonok! Sonok! :D *sambel buat guyang Inul*
Isnin
Lepas keje, tunggu Sepai datang opis, pehtu balik together-meder ke umah aku. Mandi-manda dan kemas beg untuk last menet, amek mak dan abah kat umah kakak, pehtu kami semua akan berdesup gi umah Kakyang di Salak Tinggi. Nompang bermalam dirumah dia seblom berangkat ke LCCT di keesokan harinya. Yea yeay! Nak cuti-cuti Malaysia yeay! Harap-harap dapatla aku berehat secukupnya sepanjang percutian nanti nih. Insya Allah! Hmmm....
Nota kaki cagu: Ari nih bakal menjadi hari bersejarah buat dirinya. Berkecamuk sungguh rasa di hati. Namun aku cuba untuk tampil ceria sepanjang hari. Insya Allah, aku yakin aku kuat! Kuat untuk menempuhi hari ini dengan tegar dan pasrah. Semuanya sudah tertulis, semuanya sudah tersirat, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dirinya! Semoga berbahagia hendaknya! *sebak + sedey*
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|