banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, May 14, 2007

*Pengsan*

Memang nak pengsan dibuatnya bila dengar jadual kelas aku untuk semester kali ni. 7 pertemuan = 7 minggu = every weekend [sampai awal bulan 7 nanti] = kena attend kelas di JB!!!! Dan yang lebih membuatkan aku bertambah sadis, one trip to JB akan melibatkan kos sebanyak RM 100 x 7 = RM 700. Aiyooooooh!!! Yuran untuk semester ni pon dah cecah RM 780! Adoih lar! Duit! Duit! Duit! RM! RM! RM! Sesak nafas aku dah! Tolong! Tolong! CPR pleaseeeeeee....Huhuhuhu... ~~~~~~~~~~~ Sabtu, 12/5/2007 Bangun pagi, kemas umah, sapu sampah, basuh baju, iron baju, makan megi, bersiap dan kuar dari umah jam 2pm. Naik bas W12 ke Masjid Jamek. Menapak, terjumpa Mekdi, singgah dan makan2 seorang diri, pehtu gerak gi Pudu Raya jam 3.15pm. Jumpa Su dan Neeva + Prem. Tunggu Nana dan Ina sampai. Dah lama giler tak jumpa Ina [last jumpa masa dia abeh berpantang kat JB tahun lepas]. Maken berisi dah mak budak soang nih. Ihikss...Surprise jugak la bila dapat taw Ina mo sambung study. Dedolu kecoh kata nak quit sebab nak bagi perhatian sepenuhnya kat anakndanya yang terchenta. Ntah cane tup tup dia nak sambung balik. Hehehehe. Bagus2!! Teruskan perjuanganmu wahai sahabatku! :p Beli tiket ke JB jam 4pm, tapi bas gerak dari Pudu jam 5pm. Sepanjang-jalan-kenangan, aku tido2 ayam sambel layan MP3. Sampai ke Sri Puteri jam 8.30pm. Then naik teksi gi UTM, benti kat pondok pengawal amek kunci hostel Kolej 11. Mandi-manda, bersiap dan cari kedai makan dalam area UTM. Penat sey menapak naik bukit turun bukit. Kedai/Kafe banyak tutup plak tu [sebab skang tengah musim cuti semester...isk!] Tapi sib baik la ada gak kedai makan yang dibukak kat M01. Makan-makan, lepak-lepak sampai kol 11pm, pehtu balik hostel. Beradu. Ina mesej aku tengah malam, tak leh tido katanya, sebab bilik panas sangat. Kipas pon cam nak tanak jek berpusing. Kesian! Aku ajak nompang tido bilik aku, tanak! Eksen! Huh! Padan muka koang! Hahahaha. *Terkebil2 di dalam kegelapan* Ahad, 13/5/2007 Bangun, mandi, bersiap, 'check-out' dari hostel [bak kata Nana] jam 7.45am. Baru keluar pintu pagar Kolej 11, sekali Ina berkejar-kejaran tahan sebuah keta. Minta jasa baek abang keta tu anto kitoang [aku, Ina, Nana dan Neeva] gi kelas di Blok FPPSM. Abang keta tu terkulat2 sebab terkejut, tapi sib baik dia benarkan kitoang nompang dia. Hahaha. Giler btoi Ina nih taw! Sungguh slumber badak skalik. Tapi sib baik gak la, dengan kegilaannya itu, kami berempat tidak lagi berpeluh ketiak bersusah-payah menapak pegi kelas yang sungguh jauh itu. Isk! Toche Ina!!! Sampai di kelas, suasana masih sunyi sepi. Baru jam 8am. Disebabkan memasing kelaparan, terpaksa jugak menapak gi cari Kafe di belakang Taxi Stand. Huhuhu. Berpeluh jugak akhirnya. :(
With Su, Ina dan Neeva. Naper aku nampak cam tembam balik jek nih? Adeh!
Lepas bekpes, tahan teksi, gi kelas. Pakcik teksi tu membebel-bebel, kelas dekat pon, nak naik teksi gak. Kena caj RM3. Hahahaha. "Penat wooh Pakcik, dah la baru lepas makan, nak menapak usung pewot yang moncet ditambah dengan beg skolah memasing yang cam gi lepak kat JB seminggu, mana larat sey!" Hahahaha... Aku dan Neeva masuk ke kelas Pengenalan Kewangan, Ina dan Nana masuk kelas Pentadbiran Pampasan. Kelas aku dapat lecturer En. Suresh Ramakrishnan. Dialog dia yang buat aku keras pewot jap; "I sumpah tak kan bagi A kalau student eja silap nama I ataupun nama bapak I!" Hahahaha. Sabo jek la. Masa sesi pengenalan diri, bila aku bitaw aku dari BNM, dia terus sound; "Haaa..siap la you kena jawab soalan sepanjang kelas nanti." Aiyooooh!!! Dan seperti yang dijanjikan, awal2 lagi aku dah diberi tugasan khas untuk mencari data-data mengenai BLR. Adeh!! "You don't worry, I will give bonus mark untuk tugasan khas u ni. U sorang saja tau!" Wohohoho...Kalo gitu janjinye, baeklah! Aku akan cuba tunaikan segala permintaan dia. Ihikss... :p
Ina dan Nana, mak budak yang sanggup berjauhan dengan anaknda tercayang demi untuk menghabiskan study yang dah bertahun-tahun tak abeh lagi. Hahahaha..Kesian!
Kelas tamat pukul 12pm. Kesian banget kat Ina dan Nana, datang jejauh dari KL, skali datang kelas cuma untuk introduce diri jek! Lecturer dewang tak sihat, kol 10am dah cabot. Isk! Satu pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit betoi la. Isk!! Kalo aku jadi dewang pon, sure aku mogok gak! Isk! Prem pinjam keta abang dia, anto kami berempat ke Sri Puteri. Beli tiket bas kol 1.30pm, tapi bas sampai jam 2pm. Penat menunggu! Dalam bas, again Ina buat hal!! Slumber badak jek dia halau soang mamat tu, paksa soh dok kusi kat blakang, sebab dia nak dok berdua dengan Nana. Hahaha. Neeva pon telah menghalau soang mamat jugak untuk duduk di belakang sebab dia nak duduk dengan aku! Ihiksss.... Alhamdulillah, sampai ke KL jam 7pm, terus menapak gi Masjid Jamek, naek bas dan turun kat Sek.10 jam 7.30pm. Singgah tapaw nasi guring pehtu balik umah. Basuh baju, iron baju stok seminggu, layan Bachelorette sampai kol 12am, pehtu tido! ZZzzzZZZzzZZzz...Penat sungguh! Isk! Nota kaki cagu: Kenangan setahun nan lalu berputar ligat! *Sebak* Turut mendapat perkhabaran, mak demam kuat di kampung, sampai tak larat nak bangun. Isk! Semoga mak cepat sembuh! *serabutnya!*