Jumaat, 10/8/2007
Gi wat medical check-up kat Tawakal Hospital. Dr. Chan tanya samada aku masih makan ubat ke idak, dan secara jujurnya, aku menggelengkan pala.
"Kenapa tak makan ubat?"
"Tak sanggup menggeletar la Doc."
"Owh...ok ok. So, ubat tu you simpan la. Kalau sakit nanti makan ubat tu. Tapi ingat, lain kali kalau sakit lagi, terus datang jumpa saya ok?"
"Orait Doc."
Dapat time-off, balik, kemas umah, lipat baju yang dah bertapuk lama, pehtu gi umah kakak. Menumpang-tidurkan diri kat umah dia.
Sabtu, 11/8/2007
Petang, niat asal nak bawak anak2 buah gi berbasikal kat Taman Botani, Putrajaya. Tapi memandangkan ekonomi yang meleset, kensel niat asal tu. Bawak anak buah gi Taman Tasik Titiwangsa. Ronda-ronda makan aiskrim roti! Huh!!! Baru baik saket dah makan aiskrim??!?! Err...Aku kalo gi Taman Tasik Titiwangsa, kalo tak pekena roti aiskrim, tak sah arh beb! Kena gak makan sebab dah 'mengidam' lama sangat! Huhuhu...Sib baik lepas makan aiskrim tu, semput tak datang. Phewww!! *kesat peluh*
Pehtu gerak gi playground kat KLCC. Biarkan anak2 buah gi main sesuka ati, manakala aku plak melepak kat bawah pondok. Melayan blues. Tengok budak2 riang-ria berlari ke sana ke mari, bermain bergelak ketawa. Hepi bila tengok bebudak tu! Tengok nun dikejauhan, couple-couple yang tengah bercinta duduk berdua di bawah pokok. Ada yang merajuk la, ada yang memujuk la. Alahai! Indahnya dunia diorang! Tengok plak couple-couple muda yang mengendong baby yang cute, bawak main buaian berdekatan dengan aku. Cutenya! Muda2 dah ada anak. Loving plak tu! Alahai!
Mula menyelinap rasa sedih di ati! Aiseh! Susah kalo dah pikir yang bebukan gini. Terus pangge anak2 buah, ajak balik. Sib baik semua dengar kata, menurut perintah. Good!!
Balik, singgah pasar malam, belanja anak2 buah makan2, pehtu sampai umah, tetiba dilanda kepeningan yang teramat sangat. Agaknya pening sebab pikir banyak sangat kot?!? Sekian. Terus arahkan anak buah beli koyok, tampal kat dahi dan menidurkan diri. Tapi seblom tido, sempat anto sms untuk mengadu domba, tapi 'takde jawapan kepada soalan yang diberi', maka, sekian la jawapannya. Hmm...Tetiba gak dapat sms dari ex-stud DSK, PPD, mintak pandangan kat aku samada nak further study full-time or buat part-time. Layan sms2 dari adik yang tak dikenali tu, bagi nasihat dan pengalaman sikit kat dia, pehtu ZzzzZZZzzz...
Ahad, 12/8/2007
Bangun pepagi, ajak kakak's family gi berkelah kat jeram kat Bukit Melawati. Beli nasi lemak, bawak sandwich. Sampai kat jeram, woweeeeeeeee...besh!!!! Seronok!! Tapi tak terus terjun, makan2 isi pewot kasi kenyang dulu, pehtu baru terjun tiruk! Yieehaaa!!!
PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sunday, August 12, 2007
Aktiviti di hujung minggu...
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|