banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, August 20, 2007

Kebizian!!!

Bz!!! Itu yang aku boleh cakapkan untuk hari ni! Pagi, bz dok lipat dan masukkan invitation card dalam sampul, untuk diedarkan kepada semua department, sempena Annual Dinner yang akan diadakan di Sunway Lagoon Convention Centre pada hari Sabtu nih. Walaupun aku tak dapat menghadirkan diri ke AD tersebut, tapi aku tetap membantu serba-sedikit kerja-kerja yang masih memerlukan pertolongan dari aku. *baiknya budak nih...anak sapa la nih ek?* Ngeh ngeh ngeh... Tengahari, tetiba jadi bidan terjun, dijemput untuk pergi 'food tasting' kat Sunway Lagoon. Merasa masakan Melayu. Boleh tahan, tapi ada jugak la beberapa menu yang kitoang suruh tukar, sebab tak kena/matching plak makanan tersebut dengan lauk-pauk yang lain. Balik dari Sunway, sepatutnya aku attend meeting MRBS di Auditorium yang bermula jam 2.30pm, tapi disebabkan aku sampai ke opis pon dah pukul 2.45pm, aku tak gi terus meeting tu. Hehehehe. Sib baik Kak Ton ada wakilkan department. Phew!! Sambung buat tugas2 melipat invitation card sambel bergusip/bergurau senda. Jam 4.30pm, gi meeting AJK Pengelola Majlis Makan Malam Tahunan 2007. Again, walaupon aku takkan hadirkan diri ke dinner nanti, aku tetap gak nak sumbangkan bakti buat bank yang terchenta. Ihikssss...Meeting, diskusi, borak, kutuk-mengutuk, dan berakhir jam 6.00pm. Terus balik ke opis, sambung keje2 yang terbengkalai. Seronok bila dapat buat keje2 yang diminati! Tapi keje opis tetap berjalan dengan lancar yek!! Pepagi tadi lagi aku dah siapkan surat2 reply kepada semua complainant2 yang perlu di reply. Efisien gitu! Ewah!!! Ok la...dah pukul 7.00pm nih. Nak kena balik, gi pujuk kakak kat umah dia coz pepagi tadi aku dah menyusahkan dia. Terasa bersalah plak! Huhuhu... Nota kaki cagu: Semalaman tak lena tidur! Kijam!!!