banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Monday, August 20, 2007

Kaunselor tak bertauliah... *sengih*

Lately nih, tetiba ja henpon aku asek dok terima panggilan tipon dari nombor2 yang tidak dikenali. Err...Ekceli, dapat 2 panggilan jek pon [tapi munyik cam banyak jek kan?! Saja nak bagi citer besh sikit..ahakssss!!!] Kedua-dua panggilan tersebut datangnya daripada junior-junior aku di PPD dulu. Entah mana dewang dapat nombor tipon aku pon, ntah la. Tapi aku syak, dewang dapat nombor tipon aku dari ex-lecturer aku, Puan Yati. Kedua-dua junior aku tu mengalami masalah yang sama, dilemma samada nak further study, atau pun keje dan blajar part time. Dewang dapat offer dan tengah belajar amek degree skang nih, tapi course yang diambil memang 'lari tajuk' dari course yang belajar masa kat PPD dulu. Yang menambah beban laginye bila course dewang tu, kena belajar dalam Bahasa Inggeris. Terms2 dan subject law memang sungguh 'menggayat'kan dewang. Isk!!! Dewang baru belajar semester pertama, tetiba jek plak dapat panggilan interbiu SPA. Tapi dewang tak gi, kengkunun sebab nak further study. Tapi lately nih dewang rasa dewang tak leh nak catch-up apa yang dewang study kat skolah dewang. Huhuhuu....Ada yang nak benti blajar, nak keje pehtu nak buat part time, ada gak yang nak tukau course. Hmmm.... Maka, aku yang punya pengalaman hampir 8 tahun bekerja nih, dan hampir 5 tahun belajar part time, telah memberikan sedikit sebanyak pendapat, bercerita tentang pengalaman, agar dewang dapat jadikan panduan dalam menentukan hala tuju hidup dewang. Seriyes, kalau ada kengkawan aku yang tanya pendapat aku tentang belajar part-time nih, aku memang la tak galakkan sangat, kecuali kalo dewang benar2 tegar, sanggup berkorban masa, wang ringgit dan waktu senggang - boleh la proceed. Kalau tak, amek cuti tanpa gaji, belajar full time. Tak pressure sangat dengan keje, assignment dan exam. Phewwww!! Letih sey!! *kesat peluh* Tapi nasihat aku kat adik2 junior tu, aku soh dewang belajar jek. Jangan pikir pasal keje lagi. Kalau tak boleh bawak course tu, tukau jek course lain yang lebih bersesuaian. Tapi satu pesan aku, dan aku harap dewang ingat kekata aku; "Tak semua perkara dapat kita capai dengan senang. Semua permulaan, pasti ada cabaran dan risiko. Tinggal nak dengan tanak jek. Kena banyak fikirkan positive side, barulah sumernye jadi mudah dan seronok." Harap-harap aku tak bagi ajaran sesat kat bebudak tu. Ngeh ngeh ngeh.... Nota kaki cagu: Diri sendiri pun masih merangkak2 nak bangun. Ish la....