banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Wednesday, August 08, 2007

Sesi mari terharukan diri....

Ahad, 29 Julai 2007 Bangun di pagi hari dengan semangat yang berkobar-kobar. Ye lah, ari nih kan ari Ahad, dalam hati dah terdetik, sure ramai yang akan datang melawat aku ari nih. Chewah! Pasan! Hahahaha... Tengah lepak2, tetiba nampak muka Aicomei kat pintu. Uikkss..Dia tak sms pon kata nak mai. Tetiba jek dah ada depan mata. Sungguh terkunjat dan terharu rasa di hati. Isk! Toche ye Ai. Dia datang bersama2 dengan kawannya [setelah dipaksa rela kot...hahaha...sian kawan Ai!]. Borak2, pehtu dia cakap nak turun gi bekpes jap. Lepas Ai turun, aku belek2 majalah, tetiba aku dengar suara garau dari luar pintu; "Nak cari Aemiey." Kelam-kabut capai tudung dan jengah ke pintu. Rerupanya Nuar dan Abg. Mike datang. Baru nak rasa terharu dengan kehadiran dewang, tetiba terus tarik balik rasa terharu tu. Mana taknya, masuk jek ke katil aku, terus mengadap ke pintu, usha awek2 nurse yang comei2. Tanya khabar aku pon idak! Isk! Keji sungguh taw! Kecit ati aku! Huhuhuhu... Borak2, pehtu Ai dan kawannya datang balik ke wad. Sambung borak2 dan pasang strategi cane si Nuar dan Abg. Mike nak tekel awek2 nurse tu. Dan tak pepasal aku jadi Kaklong, Ai jadi Kakngah dan kawan Ai jadi Kakcik kepada Nuar dan Abg. Mike. Huhuhu...sungguh tak releven taw! Isk! Pas dewang balik, Fazri dan wife plak datang. Pehtu, Jocko dan wife pon datang gak. Isk!! Terharunya! Sapa kata aku berskandal dengan laki orang?!? Tak baek taw!!! Aku kawan dengan laki2 orang sumer nih, hanya sekadar kawan jek taw! Tak lebih tak kurang! Kang kalo kawan dengan orang bujang jek, kata aku miang plak! Huhuhu...Susah ati ahkak taw! Isk!!! Pastu, Kak Gee dan hubby plak datang. Bawak sejambak bunga ros merah, majalah dan buah. Yeay!!! Sonoknye!!! Meja penuh dengan majalah, makanan/biskut dan buah-buahan. Larat ke aku makan tu? Hmm...Pehtu Kak Murni dan hubby plak datang. Kak Murni dapat info aku saket dari akak kecayanganku, Kak Cass. Alahai, sungguh la aku terharu! Tengahari, mak datang dengan kakak dan Fiza. Lepak2 borak2, pastu, Wadi plak datang. Borak2 kejap. Pehtu Kak Niza datang bersama dengan tunangannya. Jadi kecoh skek spital disebabkan kakak aku sibuk dok mintak resepi buat donut dari tunang kak Niza [yang merupakan seorang chef]. Sampaikan cina tua seblah katil aku gi ripot kat nurse, soh kitoang diam skek! Ampeh punya umat! Dia bising takpe, sampai orang nak tido pon tak bleh, orang baru bising skek, dah kecoh! Eii eii eii..geram!!! Petang, Nida plak sampai ditemani Amyz. Toche!!! Pas dewang balik, mak pun nak balik awal ari nih sebab kepenatan. Hmm...takpelah. Aku dah rasa biasa plak dok kat spital sesoang. Tapi sunyi tetap sunyi. Bila sunyi jek, mula rasa sedey. Isk! Sekian.... Sms kat Sham [Geng Keji] dan dengan tak malunye tanya dia, tanak datang melawat ke? Huhuhu...Pehtu dia reply, nak datang malam nih. Yeay! Sonok btoi rasa di hati. At least takde la busan sangat malam nih. Howyeh...howyeh...Sham datang dengan Nizam...Borak2 lebih kurang. Pewot rasa lapar, teringin sangat nak ajak dewang gi makan mee bandung yang sedap kat seblah kedai Yusof Haslam tu, tapi tak berani! Mak tak bagi makan benda2 yang berminyak, takut batuk balik. Isk! Sekian... Pas dewang balik, err...hmmm...Dah la...Malas nak citer pasal sunyi. Tido lagi baek, kan? Muahahahaha... Isnin, 30 Julai 2007 Bangun pagi, mandi manda, lepak-lepak baca majalah. Time Dr. Chan datang check, tanya dia, bila leh kuar wad. Dia tanya aku dah ok ke blom, aku kabo arh yang dada aku rasa cam ada kahak, tapi bila batuk, tanak plak kahak tu kuar, degey btoi! Huh! Pehtu Dr. Chan soh aku buat fisioterapi, kalau ok, maka esok boleh la aku discharge. Howyeah! Howyeah! Berbunga-bunga ati aku bila dengar dah leh kuar wad. Sonoknya!!! Dapat sms dari Linda, katanya Dato' Nadzam [my ex boss kat TCMH dulu] nak datang melawat. Aiyarkkkk!! Malunya!! Gelabah bewak jap dibuatnya. Huhuhuhu...Tapi, last menet Linda bitaw, Dato' ada hal lain yang terpaksa disetelkan dulu [dewang pindah pejabat daaaaa..], so dewang tak jadi datang. Phewww...!! *kesat peluh kat dahi* Mak, kakak dan Fiza datang time aku nak lunch. Seriyes nak habaq, sepanjang2 aku dok kat spital nih, makanan sungguh tak menyelerakan. Aku tatawu la samada tekak aku payau ke, atau dewang sengaja masak tak sedap ke, tapi aku memang tak berselera la. Slalu aku makan sikit jek nasi sebab nak lapik pewot untuk makan ubat. Mak dan kakak yang tolong abehkan makanan aku. Huhuhu...Salah aku jugak kot, sebab salah pilih menu. *padan muka kat diri sendiri* Hanya lalu makan bila ada lauk ayam paprik jek, tu pon sebab ada lada sulah, makanan pedas baru ada selera skek nak makan! Hik hik hik...*memilih btoi* Lunch hour, Mya, Zalmi dan Abg. Zailan datang melawat. Toche ya! Isk!! Sian tengok Zalmi yang kelaparan. Hehehehe....Pehtu Kak Aishah dan Kak Hidayah [ex-opismet masa keje Naza dulu] datang melawat. Kena bebel bagai nak rak! Ya ampunnnnnn akak-akakku! Huhuhu... Pas dewang balik, borak2 dengan Fiza, dok usha soang mamat [nak kata Doktor bukan, nak kata jururawat pon bukan, kot] yang muka ala-ala pelakon Azizan Nin, encem! Time dok usha2 tu, dia pon dok usha kat kitoang gak! Ah sudah! Mula la memerasankan diri! Muahahaha...*sejak saket nih maken gatal plak diri aku nih, perubahan hormon sebab masuk glucose dalam badan kot!!!* [Alasan semata2! Huh!] Pehtu, tak semena-mena, mamat tu datang ke arah kami. "Yang lain boleh mintak duduk luar sekejap tak, saya nak buat fisioterapi kat Cik Tipah [bukan nama sebenar... :p]." Dan langsir pon ditarik..... Erkkkkkkk!!! Alamak! Rerupanya dia pakar terapi daaaa...Adeh! Malu japs! Muahahaha...Pehtu dia pon memulakan sesi fisionye. Suruh aku mengadap belakang, pehtu dia tepuk2 belakang aku dan paksa aku batuk. Isk! Penat taw kalo nak soh purak2 batuk nih, mana leh paksa2. Saket tekak wooh...Pehtu dia soh baring plak, tepuk lagi kat belakang, pehtu paksa lagi soh batuk. Bila aku dah start batuk, mula la tak reti nak berenti. Bukan buat2 batuk lagi dah, terus batuk dan batuk lagi. Tapi kahak tetap tak kuar. Yang keluar ialah peluh. Sekian. Pehtu aku surrender, soh dia jangan tepuk lagi dah sebab aku dah rasa lain macam. Dada aku mula rasa sesak. Dia pun blah, tetiba nampak muka opismet-opismetku datang, Kak Lin, Kak Feez, Sheena, En. KR dan En. Sam. Erkk!! Tak sempat nak berborak dengan dewang, sebab time tu asthma datang balik. Kelam-kabut nurse kasi oksigen kat idong aku, tapi tak jalan. Aku minta nebulizer, tapi nurse soh aku pakai inhaler [yang baru dapat pagi tadi]. Kelam-kabut plak aku sedut inhaler tu, pon tak berhasil gak. Batuk masih non-stop. Aku dah nak separa 'mati', baru nampak nurse terkial-kial bawak mesin nebulizer. Huh!! Kalo dari tadi dewang bagi nebulizer kat aku, kan senang!! Takde la aku sengsara. Huhuhu...Opismet-opismetku memulangkan diri lebih awal sebab tak leh nak berborak dengan aku pon. Huhuhu...Terasa bersalah sungguh!! Mintak maaf ye kengkawan, tak sengaja arh! Baru nak tunjuk 'muka sihat' kat koang, alih2 kena attack plak balik. Isk!!! Malam, sedang berangan-angan nak tido, ternampak muka Wadi, Odah dan hubbynye. Wadi kasik Playing Card [daun terup daaa...] kat aku. Moskel jap aku! Dia nak soh aku main kad tu dengan nurse kah? Hehehehe....Borak-borak dengan Odah pasal trip hanimun dia ke Jakarta. Waduh! Waduh! Waduh! Ahkak teruja hoccay! Mya, nanti kita planning baekkkkkkkk punya untuk gi Jakarta-Bandung ya! Ihikssssss.... *jalan ajer keje dak doang nih taw* Pas dewang balik, aku pon menidurkan diri kembali dengan nyenyaknya..... Selasa, 31 Julai 2007 Bangun pagi, cam biasa, gi memandikan diri. Skali aku telah menjahanamkan paip air panas daaaaa.... Huhuhu. Menggeletar jap pala lutut aku dibuatnya! Tak padan dengan saket, bleh plak menjahanamkan reta spital. Huhuhuhu. *tunduk malu* Pas abeh mandi, terketar2 pangge nurse, bitaw paip rosak. Kelam-kabut nurse pangge orang maintenance untuk repair. Huhuhu. Ampun ya! Isk!!! Tengah tunggu Dr. Chan datang wat check-up, tetiba nampak Haron kat pintu wad. Eh eh! Terkejutnya!! Ingatkan dah takde sapa nak datang melawat dah! Hehehehe....Tq Haron sebab sudi jengah I kat spital ya! :D Dia dapat time-off untuk buat visa gi further study ke UK. Huhuhu...Giler jeles arh dapat scholarship dari bank! Isk! Neway, congrates ya my prenk! All da' besh to you in your future undertaking ya! Time Dr. Chan datang check-up, dia tanya pasal fisio semalam, laju ja aku geleng pala, tanak dah wat fisio. Biar jek la kahak bertakung kat peparu. Aku rela! Tak sanggup dah nak kena attack lagi. Giler penat arh!! Sempat lagi Dr. Chan wat lawak dengan aku; "Dia tepuk you sampai sakit ye? Nanti I marah dia. Next time I suruh perempuan pulak tepuk you ye." Muahahaha...Sabo jek la. Dr. Chan kasik green lite untuk aku discharge ari nih! Howyeah! Howyeah! Sonotnye aser di ati!! Lalalalala...Tapi ada satu menda yang buatkan aku terkedu japs. "You ada sinus. I kasi ubat dulu untuk you makan. Tapi kalau tak ok, you kena operate taw! Sebab sinus tu la selalunya punca untuk you kena attack asthma. You have no choice." Aiyoooooooh!! Gayat sey!! Takmoh arh operate2 nih, kang jadi menda len plak kang, haru!!! Isk! Pas Dr. Chan blah, laju ja aku sms kengkawan, bitaw yang aku dah leh discharge. Sonok sey! Ahaksss...Tengah layan sms, tetiba nampak si Jocko dan Wadi datang. Huk aloh! Monteng keje arh umat doang nih! Ripot bos koang kang, baru taw! Ekekekekeju....Tapi howkey gak dewang datang, leh layan main daun terup! Ahaksssss.... Tapi tak sempat nak abehkan game, mak dan kakak sampai untuk mengangkut aku pulang. Terus berenti main. Lepak2 dan borak2. Pehtu gi bayar bil [extra bil yang aku kena tanggung sendiri berjumlah RM 71.40], amek ubat dan kad check-up....kendian...BALIK!!! Hip hip hoorey!! Yarribba angre angre!! Yieeeeehaa.... Pssst...nak taw dak baper bil yang dicaj sepanjang aku berada kat spital? RM 3,295.97. Time nih la baru rasa bersyukur yang teramat sebab keje di bank, segala perbelanjaan perubatan, ditanggung sepenuhnya oleh bank sampai aku pencen nanti [tu pon kalo masih keje kat bank la...ihiksss]. Malah, bukan pekerja bank jek yang disponsor, suami/isteri dan anak2 jugak dibiayai sepenuhnya. Baguskan? Cayang bank seploh menet! Muaaaaaaacccchsss!!! *bodek* Again and again, aku nak ucap ribuan terima kasih bebanyak kat koang sumer yang telah sudi mendoakan agar aku cepat sembuh, yang telah sudi menjengah aku di spital, yang sudi melayan kebusanan aku dengan menghantar sms/tipon, yang telah sudi membawa buah tangan untuk aku dan memacam lagi la yang telah koang 'korban'kan untuk aku, aku teramat-amat sangat menghargainya!!! Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian semua, Insya Allah. Err...Tq jugak buat kakitangan Hospital Tawakal yang telah menjaga aku sehingga pulih sepenuhnya...Really appreciate it!! Kepada yang nak tengok gambo2 aku sepanjang aku berada di spital, boleh la klik kat sini ek ----------> @ Tawakal Hospital . Sekian sahaja cerita-ceriti sepanjang aku berada di Hospital Tawakal. No more to be continued dah! Hahahaha...Lega!! *lenguh jari-jemariku yang runcing ini..* Nota kaki cagu: Get well soon!!! Risau...