PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Tuesday, August 07, 2007
Pindah wad, yeay!
Sabtu, 28/7/2007
Setiap 4 jam sekali, sepanjang malam, nurse datang check denyutan jantung aku, check tekanan darah aku, dan check air glucose yang mengalir dalam darah aku. Makin tak leh tido dibuatnya. Mintak kat nurse, nak cabutkan lilitan tekanan darah kat lengan aku, tapi nurse tak kasi sebab mesin tengah on! Mencik! Nak tido pon rimas, sebab masih pakai suar keje! So, berkelip2 la mata nih sepanjang malam yang dingin tu. Huhuhu...
Jam 6am, nurse kasi ubat soh telan. Isk! Pewot kosong! Bila makan ubat, kompem la gigil satu badan makin bertambah. Tensi deh! Setiap detik setiap saat aku menghitung masa, tak sabar nak tunggu pagi, menanti ketibaan mak!
Jam 8.30am, aku diusung ke bawah untuk scan x-ray dada dan sinus. Memacam posisi kena amek. Rasa kelakar pon iye gak! Hahaha. Tetambah umat yang meng'scan' aku tu sungguh chumil skalik. Ahkak malu you!! Auwwww....! *sempat menggatal lagi tu..ish la* Mamat yang scan aku tu pon ala-ala gigil gitu, cam bersimpang-siur dia buat keje! Ekekekeju..Sonok bila tengok orang menggelabah gitu. *sengih*
Naik ke High-D, tengok mak dan Kaknyah dan sampai. Borak-borak yang lebih ke arah kena ceramah dengan mak, ingatkan aku tentang akhirat, kematian, tapi sumer tembus. Ye la, otak tengah weng-weng lagi, pening tak tido lagi, tapi tetap anggukkan pala kengkununnya tanda paham. Ngeh ngeh ngeh....
Tengah lepak2, Mya dan Zalmi sampai, bawak beg baju untuk disalin sepanjang aku berada kat hospital. Kelam-kabut aku capai tuala dan memandikan diri serta salin suar. Air agak sejuk, tak tahan! Mandi kejap jek [lebih ke arah lap2 badan je]. Pehtu Abg. Long plak sampai. Terharu arh! Walopon kebizian nak wat preparation nak gi Aussie, tapi masih sempat singgah melawat aku! Huhuhu...Toche Abg. Long!!
Aku tunjukkan kat Mya, Zalmi dan Abg. Long satu file yang berada di kaunter nurse depan aku, yang telah menyebabkan aku saket ati, geram dan rimas. Mana taknya, nama file tu salah - MISCELLANEOUSE ....Pencemaran bahasa btoi! Huwaaa..mencik taw!!! Rasa cam nak gi tolong taip dan tukar jek nama file tu. Isk!!!
Lepas dewang balik, Jue dan kawannya datang melawat. Kebetulan dia ada medical check up, terus datang melawat aku. Tq my prenk!! Isk! Terharu taw!! Huhuhuhu...
Zahran plak datang. Bawak air zam-zam! Tq my pwenk!!! Borak2 dengan lecturer yang telah bergelar Pak Aji dalam usia muda trang tang tang nih, bercerita tentang blood type, memang pecah pewot! "Zahran, doktor tak check blood type saya la...tatawu lagi saya nih darah jenis apa..huhuhu..."
Dalam kol 4pm, aku dah dapat pindah ke wad biasa. Yeay! Seronoknya!! Seblom pindah wad, kena amek nebuliser dan suntik ubat dulu. Time tu plak la Kakyang sepemili sampai. Nampak cam aku nih ala2 teruk sangat kena attack asthma [walhal memang teruk pon]. Bersimpatilah dewang sumer kat aku. Ekekekeju..besh! Time nih baru nampak riak wajah kerisauan teramat terpancar di muka adik-beradik aku! Sayang gak dewang kat aku rupanya ek? Hehehe....
Aku masuk wad di tingkat 2, satu bilik 4 katil. Punya la kecoh pemili aku bersembang, aku yang saket nih tak dilayan pon. Sabo jek la. Pas dewang turun gi makan dan balik, Fin dan Ida plak datang. Fin bawakkan majalah untuk aku baca. Besh!!! Hilang skek kebusanan aku di dalam wad tu. Tq Fin!!!
Malam, baru terniat nak tido awal, mak datang dengan Ros dan Bob. Bangun dan layan borak. Tapi agak blur skek time tu. Mungkin sebab tak tido malam sebelumnya kot! Huhuhuhu...Sowi la ye adik-adikku. Isk!! Pas dewang balik, terus aku menidurkan diri...
Tidur tak tidur sangat la, sebab cina tua seblah katil aku bising, rajin bonar tekan loceng pangge nurse, kejap soh bancuh air la, kejap soh pakaikan sweater la, nak gi toilet la...pendek kata, sepanjang malam, ada jek yang dia buli nurse2. Haru! Tensen ahkak taw!!!!
Dah dah....sambung lagi bisuk dan lusa ek...Penat dah menaip. Hehehe...
Nota kaki cagu: Geram!!!
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|