Terasa bersalah yang teramat plak sebab kecewakan hati banyak pihak! Huhuhu...betul kata pepatah, kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya....
..............to be continued Nota kakiPERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Monday, August 06, 2007
Aku hanya merancang....
Siapa sangka, siapa yang menduga, hari itu merupakan detik-detik yang paling mencemaskan akan menimpa diriku!
Jumaat, 27 Julai 2007, aku baru jek lepas lunch dengan Kak Lin kat kafe. Kemudian, kami berpisah. Kak Lin amek half day, aku pulak, pergi ke Studio Aerobik, ada latihan terakhir tarian cina untuk Puspanita Kijang. Waktu aku sampai ke studio, geng2 Puspanita tengah menari Poco-poco. Aku turut mencelah. Menari beberapa step. Tetiba dada aku jadi senak, sesak semacam!
Kelam-kabut aku terpa ke beg mengkuang yang selalu ku usung merata-hala, cari inhaler. Alamak! Takde! Ah sudah! Kompem aku tertinggal kat opis! Mula terasa panik. Peluh mula menyimbah. Batuk dah mula menyerang. Macam mana nih? Ternampak beg plastik yang penuh berisi ubat2 dari Klinik Idzham. Aku makan hampir kesemua ubat lelah yang ada. Minum sebotol air yang aku bawak. Tak jadi menda. Batuk dan terus batuk. Geng2 Puspanita mula pakat datang dan tanya. Ada yang tolong urut belakang. Ada yang kasi minyak cap kapak. Mintak tolong Janet amekkan air suam.
Muka dah mula merah padam. Time tu la selsema pun menyerang. Batuk non-stop, diikuti dengan selsema, korang bayangkan, time bila pulak aku nak tarik nafas!?!? Haduuuuuu...bila teringat balik detik2 ari tu, memang ngeri arh!
Kak Nor, Mya, Kak Hazlin, Kak Ana pimpin aku, ajak balik ke opis, amek inhaler. Baru sampai kat court badminton, aku dah mengah. Duduk berehat jap tarik nafas. Pehtu jalan lagi, sampai kat hall gym, again, rehat lagi sebab semput. Mya dan Kak Hazlin balik terus ke opis aku. Kak Nor plak call Security, mintak tolong hantarkan aku ke spital. Kak Normah pon ada, tolong pimpin aku ke Lobi A.
Kak Nor nak amekkan wheel chair untuk aku, tapi aku geleng tanak. Malu! Biarla jalan pelan2 pon takpe, asalkan tak naik wheel chair. Tak sanggup arh! Tunggu punya tunggu, muncul Abg. Paul bawakkan Pajero. Kak Normah follow gi Hospital Tawakal.
Sepanjang-jalan-kenangan, aku tak berenti2 batuk. Dada pon dah mengeluarkan bunyi yang sungguh tak besh! Dan tak semena2 gak aku nangis. Nangis sebab tak tahan sangat dah! Nak tarik nafas seksa kemain. Terasa cam Malaikatul-maut dah ada kat hujung kepala, nak tarik nyawa aku bila2 masa jek. Kak Normah kat sisi tak abeh2 bagi semangat kat aku, soh tarik nafas pelan2. Abg. Paul plak bawak Pajero dengan lajunya, tapi masih berhati2 dijalanraya.
Sampai kat Tawakal Hospital, terus gi kat Unit Kecemasan, amek nebulizer dulu. Sambel sedut asap, sambel batuk. Dah abeh sedut, dada sedikit lapang, tapi batuk masih belum berkurangan. Doktor suntik plak ubat kat lengan aku [dewang tak dapat cari urat, kena cucuk dua kali kat lengan kanan...huwaaaaaa....]. Sambel tunggu ubat menyerap ke dalam saluran darah, dada aku kembali berombak. Semput! Batuk pon tak kurang jugak. Last2, doktor yang bertugas suruh rujuk ke doktor pakar.
Nurse soh aku naik wheel chair, aiyarkkkkk!!! Tapi disebabkan tiada pilihan, aku panjat gak la wheel chair tu, diusung terus ke bilik doktor pakar. Kebetulan masa aku sampai, doktor pakar tu tengah ada patient. Hampir sepuluh menet gak aku tunggu kat luar bilik. Kak Normah dah balik opis, ada keje. Kak Gee plak datang temankan aku. Lepas patient kuar, terus aku diusung masuk ke bilik Dr. Chan.
"You batuk banyak kuat hoh! I kat dalam pun boleh dengar. I cepat2 kasi check I punya patient sebab nak tengok you. You kena attack nih sudah berapa lama?"
"Almost 3 weeks."
"Ada pegi klinik ka?"
"Pergi klinik panel, 5 kali, tapi tak ok jugak. Mintak refer kat specialist, tapi diorang tak kasi."
"Salah treatment ni. Tu pasal tak sembuh. Condition you macam ni, you kena admitted la. Nurse, bawak pergi High-D."
High-D tu amende? Kompius ahkak!!! Malas nak tanya sebab bz layan batuk [bleh gitu?!]...Sambel disorong, sambel nurse tu dok nasihat kat aku; "kejap jek lagi kita sampai ye dik, sabar ek, tarik nafas slow2...."
Naik lif, nurse tekan tingkat 3, kuar pintu lif, tertera tulisan High-Dependancy/Intensive Care Unit. Hoh?!?! Bilik ICU ke nih?!?! Biar benar?!?! Tak pernah seumur hidup aku masuk ICU, tetiba kali ni...
Sampai ke katil, nurse pakat2 proses aku! Cucuk lengan kiri kanan, sumbatkan nebulizer, masukkan air, amek contoh darah, salinkan pakaian [wooopsss!!], bebetoi terasa cam manusia yang lemah gitu. Betul! Time tu badan aku memang menggigil habis! Nak angkat tangan pon dah rasa tak mampu. Lembik! Longlai! Sesak!
Bila dah abeh kena proses, Kak Gee masuk mintak nombor tipon kakak aku, pehtu terangkan serba-sedikit pasal prosedur kemasukan ke hospital, then dia balik. Tinggalkan aku sesoang. Sesoang! Sunyi! Teramat sangat! Terasa cam nak nangis! Risau! Cane nak bitaw kat mak abah? Cane nak explain kat mak, yang aku takde pa pe? Kalo boleh, aku tanak mak abah datang KL, tanak nyusahkan dewang. Tengah otak dok pikir memacam, nampak kakak dan abg Farid datang.
"Orang dah tipon mak, bitaw hang masuk ICU. Depa nak mai."
Kelam-kabut aku tipon mak. Nun di hujung talian, terdengar sora mak yang dah serak-serak basah. Mesti mak nangis nih! Isk! Terasa bersalahnya!!! Huhuhuhu...
"Mak tak yah la mai, Aemiey ok. Kakak ada leh jaga Aemiey."
"Mana boleh! Mak dah beli tiket bas dah ni. Mak nak jaga hang! Mak susah ati selagi tak tengok hang."
Isk!!! Aku salahkan kakak sebab terlampau cepat bagi info kat mak! Tapi lepas tu, aku jugak yang menyesal sendiri! Ye lah, sapa tak risau bila dengar aku masuk ICU kan? Huhuhuhu...Ampun ye kak!!!
Jam 6 lebih, kengkawan mula datang. Orang pertama yang memunculkan diri - Ros dan hubby. Dia nangis, dengan aku skali nangis! Sedih!! Sebab apa?! Err..Adala sebabnya. Pehtu Mya dan Zalmi memunculkan diri, bawak beg2 yang aku tinggalkan kat opis. Thanks ek Mya! Huhuhuhu....Mya tolong checkkan henpon aku yang dah kehabisan bateri, dapat sms yang sungguh tak diduga sama sekali. Again, airmata bercucuran. Saket dada makin terasa. Tapi aku tak salahkan sms dan pengirimnya, sebab dia tak taw apa yang menimpa aku. Cuma aku agak terkilan dengan isikandungan teks sms tu. Mya dan Ros suruh aku bersabar. Jangan dilayankan sangat perasaan sedih, kang makin semput. Huhuhuhu....
Kendian, Shikin + hubby pon datang. Pas dewang balik, Ramzi plak datang. Borak2 yang lebih ke arah kena brainwash. Huhuhu.. Pehtu Sepai plak sampai. Cam semput jek minah nih. Bila tanya datang naik apa, rerupanya dia berjalan kaki dari Stesyen Monorail Titiwangsa. Giler jawuh tu! Huhuhu.. Terharu arh! Toche my pwenk!!
Pehtu Jocko dan Zul Legal plak datang. Then, Kak Zarifa + hubby datang. Rata2 yang datang, semua nasihatkan aku jangan aktif sangat. Kurangkan sikit aktiviti. Nama aku akan di'banned'kan buat sementara waktu ni, kena ikat kaki tangan, tak leh join apa2 aktiviti pon. Huhuhuhu. *Kesian kat diri sendiri*
Tengah borak2, nampak mak dan abah serta Kaknyah sampai. Girangnya ati!!! Seronok!!! Tak taw nak cakap cane perasaan aku time tu! Memang happy sesangat!!! Satu ketenangan yang tak terucap bila dapat tengok wajah mak! Baru aku sedar, kehadiran mak diwaktu2 begini amat diperlukan!!! Mujur mak tak termakan pujukan aku [yang tak bagi mak datang KL], kalau tak, sure la rasa sedih aku tak berpenghujung. Huhuhu..Thanks mak!!!
Malam tu, aku tidur keseorangan. Nurse tak bagi sapa2 temankan aku pon. ICU katanya, tak leh sesapa teman. Nurse jek yang jaga patient. Huhuhu. Malam tu, langsung tidur tak lena. Gelisah semacam! Kejap rasa sejuk, kejap rasa panas. Sungguh tak selesa! Isk!!! Otak pon menerawang pikir bebukan.
Sepatutnya, malam tu, Sham nak jamu Geng Keji makan2 kat Secret Recipes, tapi terpaksa kensel sebab aku admitted.
Sepatutnya esok aku buat persembahan tarian lagu Cina untuk Puspanita, tapi terpaksa tarik diri last minit sebab admitted.
cagu: Syukur Tuhan masih panjangkan umur....
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|