banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Tuesday, June 24, 2008

Are you ready guys?!?!?

Setelah difikir masak-masak, akhirnya aku nak uji pembaca blog aku secara berperingkat. Sesiapa yang melepasi setiap peringkat yang ada dan tegar sampai ke peringkat akhir, barulah boleh kita namakan mereka - PEMBACA BLOG SETIA kan? First of all, mari kita namakan ujian pembaca blog setia nih dengan nama - UJIPAH, bleh? Juri - Rahsia. - Akan dilantik secara diam-diam. - Dan orang yang dilantik menjadi juri juga kena berahsia. Kalau dia pecah rahsia, kena denda sponsor hadiah, bleh?! Hahahaha...*giler keji* - Boleh jadi juri yang dilantik tu terdiri daripada mereka yang participate dalam UJIPAH ni. Can be enibadi, everybody. Due date - Sehari sahaja tugasan perlu disetelkan. - Takde kompromi. - Semua surat-menyurat tidak akan dilayan. - Contoh: Jam 12pm tugasan diberi, maka, 12pm keesokan harinya, due datenye tamat. Senang kira, 24 jam jek due date yang diberi. - Setiap tugasan yang dah setel, kena inform kat aku thru chatbox yang ada, ataupon komen di ruangan entry tugasan yang diberi. Sistem pemarkahan - Juri yang akan menilai. Dewang yang akan buat report pada aku. - Tapi segala keputusan muktamad, aku yang pilih mengikut kesesuaian dan instinct aku. - Ujian akan dinilai dari segi ketelusan, keikhlasan dan kesungguhan. Yang mana suka bodek lebey, akan direjek awal2. Bodek skek2 kira halal la... Adiah - Biarlah rahsia....[Err..sebenarnya takde idea lagi. Tengah dok pikir lagi! Tapi kompem memang ada habuan kepada mereka yang berusaha tangga kejayaan] Motif utama UJIPAH ini dijalankan - Merapatkan lagi silaturrahim antara silent-reader dengan aku sendirik - Tolong promote blog koang - Nak uji samada koang benar2 pembaca blog setia, atau hanya sekadar bodek aku jek slama ari nih. Hahahaha....Sesapa yang rasa tercabar tu, sila la registerkan diri anda ek? Syarat penyertaan - Terbuka kepada semua orang, tak kira rapat atau pon tidak. - Yang ada blog, satu advantage untuk korang. - Yang takde blog pon boleh join, bleh mengglamerkan diri secara tak sengaja. - Tiada limitasi dalam penyertaan. Lagi ramai lagi besh. - Sesapa yang terlambat nak register, tapi masih sempat submit tugasan pertama - masih bleh join la. - Tapi sapa yang tak join tugasan pertama, tup2 nak join tugasan kedua/ketiga dan seterusnya, dia kena mulakan balik buat semua tugasan dari awal. - Sapa yang nak tarik diri, kena habaq! Dan kalo ada yang tak submit tugasan seperti yang diminta, kira kena kick-0ut secara sengaja [kecuali ada reason yang kukuh la] - Keputusan markah akan diberi pada hari Jumaat. Maksudnya, dalam seminggu, hanya sehari jek entry koang akan jadi kacau bilau sebab kena buat tugasan aku. The rest, koang bleh update blog koang dengan aktiviti rutin harian koang. - UJIPAH nih hanya dijalankan sepanjang ari bekerja saja. Weekend kena rest!! Rehatkan minda. Cecara nak register - Sonang jo. Koang juz tulis kat ruangan komen di bawah nih dengan ayat "COUNT ME IN" - Bila koang komen jek gitu, secara otometik koang telah stujuk dengan semua syarat2 dan apa saja yang aku taip kat atas tadi [tanpa kompromi]. Tugasan pertama akan diberikan pada hari Khamis tepat jam 8.00am. Get ready ya....Err...Untuk tugasan pertama nih, aku bagi kelonggaran skek, due date kena siapkan tugasan pertama tu ialah pada hari Isnin jam 5.00pm next week [30/6/2008]. So, koang ada masa lebey kurang tolak campur - 4 hari untuk setelkan sumernye. Baek sungguh aku nih, kan kan kan? :p So, ada sesapa yang berani mo sahut cabaran!!?!?! Apa lagik...kasik tinggal komen arh skang!!! Nota kaki cagu: Nak tengok, ada yang branik dak?!?!