banner

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!

Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!

Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.


Email to = tipahvogue@gmail.com

Thursday, June 12, 2008

Prebiu filem SEPI

Selasa lepas [10/6/2008], aku amek half day, gi tengok prebiu filem SEPI. Turut serta ialah Konah dan Eyzzah serta adiknya. Hi Eyzzah, salam kenal ek?! Hehehe...Pestaim jumpa dia nih! Tengok la dak kecit Konah tu, tak abeh2 dengan peace dia yang cacat tu! Kesian sungguh taw! Hahahaha.... Citer tentang filem SEPI akan di update kendian. Nih nak citer pasal para pelakon filem tersebut dulu ya. Ihikss.... Penampilan Pierre Andre kali nih berbeza, dengan rambut bertocangnya itu, dia nampak cute sangat!! Aku memang minat dengan dia sejak drama Gol&Gincu lagi. "Mohd Adif anak ibu...qaf ba ro qaf alif ta nun"... Hehehe... Pelakon wanita yang lain tak datang masa tayangan prebiu tersebut. Yang datang hanya Eja. Memula nampak dia, Konah udah sound kat aku; "kak, kawan saya cakap, Eja nih penyombong." Sebenarnya, pendapat kawan Konah tu sungguh la tak relevan sama sekali. Eja seorang yang sungguh la baek atinya - sama cam Nasha Aziz masa aku jumpa di prebiu filem Puaka Tebing Biru. Peramah dan very humble la! "Kulit Kak Eja cantik la...akak pakai produk apa ek?" "Cantik apa, nampak nih, ada seketul jerawat, kan? Nih tangan pun dah hitam, baru balik dari shooting kat PD. Nampak kurus tak? I penat taw, tak cukup rehat!" Tapi Eja memang kurus arh! Takpe2...kurus2 pon, tetap menten cantik, kan? Wif Sein Dia sampai lambat ke prebiu tu. Gegara minyak naik, dia langsung terlupa nak isi, tak pepasal keta mati tengah jalan. Hehehe...Sian dia. Tapi skang dia dah nampak berisi arh, maken ensem! Auwwww...Sib baik dah berbini! Muahaha... Wif Rizman Sempoi jek mamat nih. Senyum jek kejenya. Tak borak pon dengan dia..cam segan skek la! Wif Abg Nas Rambut Ketak Heh! Dengan abg Nas nih pon sempoi! Dia tak berlakon taw, dia datang ke prebiu tu untuk interbiu setiap artis, tapi kitoang sibuk plak nak bergambo dengan dia. Hehehe.. Wif Khatijah Tan Ummi datang sekeluarga untuk bagi moral support kat Pierre Andre. Bagus btoi!!! Agak2 bleh jadikan mak mentua dak nih?! Muahahaha...*giler pasan, oi Tipah, Pierre Andre tak pandang hang pon taw!!* :p Wif Meera - script writer Teramatlah peramahnya!! Siap berkongsi citer, sebenarnya jalan citer tu hasil gabungan pendapat rakan2 dia gak. Muka dia ada iras2 Ezlynn Hi Hi Bye Bye, kan?!? Meera nih wife kepada pengarah filem Sepi nih - Khabir Bhatia. Wif Hafiz Dia nih kawan lama si Eyzzah! Dedolu katanya, PA kepada kumpulan Rabbani ek? Siap berkopiah bagai ek? Kejap jek dia berubah kan? Donia...donia! Wif Afdlin Shauki Seksa bebenor nak bergambo dengan dia. Ramai sangat wartawan yang interbiu dia arh! Tapi takpe, berkat kesabaran, dapat gak bergambo dengan dia. Sempat tanya pasal projek terbaru beliau. Katanya, filem Los dan Faun akan ditayangkan tak lama lagi. Aku saja bodek2 tanya, cane kitoang para blogger nih nak gi tengok prebiu filem tersebut, terus dia kuarkan business card dia dan kasik kat kitoang. Dia soh email, Insya Allah nanti dia anto jemputan. Yeay!! Baeknyeeeeeeeeeeeee abg Afdlin nih!! Ihiksss...*bodek nih* Wif Raja Farah Dia tak berlakon, datang buat liputan untuk rancangan Filem di 9 [TV9]. Ramai kata dia sombong. Tapi depan peminat [peminat kah?], dia layan kitoang ok jek! Dia siap tanya, dah gi tengok filem Apa Kata Hati tapi memasing geleng pala. Hahahaha...Sure dia frust tak hengat punya tu! Isk! Sowi ek?!?! Aku memang tingin nak gi tengok, tapi lom ada kesempatan arh! Huhuhu... Ekceli, aku ada amek gambo dengan Tony Eusoff...Tapi tamoh la taruk sini! Gambo tu boleh mendatangkan fitnah dan menimbulkan kontroversi aar!! Tak sangka plak Tony Eusoff tu 'teramat peramah' sangat. Hahahaha....Biarlah hanya kami berempat saja yang taw kenapa dan mengapa. :p Nota kaki cagu: Cirit-birit la plak...Salah makan ke?