PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!
Kepada semua peserta UJIPAH, diharapkan supaya anda semua dapat emailkan alamat surat-menyurat kalian kepada Tipah dengan kadar segera yang mungkin ya!
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Sesiapa yang masih belum menjawab Ujipah Finale, sila berbuat demikian dengan klik di --->UJIPAH FINALE ya. Tarikh tutup koang kena submit jawapan ialah pada 23 Disember 2008.
Email to = tipahvogue@gmail.com
Tuesday, June 03, 2008
Terkenang semasa dulu....
Tetiba lately nih, otak aku slalu berputar ligat terkenang kisah2 lama...waktu hidup penuh dengan hepi, tanpa ada sebarang masalah untuk difikirkan pon [owh..cuma perlu fikir pasal nak kena study dan exam jek la pon].
Bebaru nih gi makan mee sizzling kat Giant, tetiba teringat bagaimana pertama kali aku menjamah makanan tersebut sewaktu mula2 datang ke ibukota dahulu. Siap kecoh balik ke kampung sambil bercerita dengan kengkawan;
"Kat KL, dewang masak depan kita wooh. Pehtu siap taruk dalam bekas panas2, kuah mendidih2 dah angkat bagi kat kita. Makan sampai melecur2 lidah dibuatnya. Tapi sedap giler arh!!"
Tengok citer kartun dengan anak2 buah, teringat pulak citer kartun zaman aku dulu. Aku paling suka citer Smurf [citer cendawan biru yang chumil]. Siap paksa mak beli buku warna lagik. Selalu impikan duduk dalam dunia Smurf tu. Dikelilingi pokok2 cendawan yang lebih besar dari aku. Eii..Beshnya!
Tapi, yang paling takkan aku lupakan, dialog abah bila dia pulang dari KL [waktu tu aku kecit lagi, tak pernah jejak kaki langsung ke KL].
"Nampak bangunan macam dekat, tapi nak sampai ke bangunan tu, kena pusing jauh."
Memula aku cam kompiyus gak dengar citer abah nih. Ala-ala cam tak logik gitu. Aku siap berbalas statement dengan abah waktu tu.
"Apa susah bah, jalan seteret [baca: straight] jek la, mesti terus sampai kat bangunan tu."
Sekarang baru la aku paham akan maksud kata2 abah tu. Yang abah nampak, bangunan tinggi2, memang la nampak dekat. Tapi bila nak gi ke bangunan tu, harus la kena pusing jawuh rempuh jem bagai, baru la boleh sampai. Huhuhu...Naif sungguh la aku dedolu kan?
Ye ye ye. Aku ngaku aku budak kampung arh! Budak hingusan yang satu ketika dulu, tak pernah pon mengimpikan untuk hidup di ibukota yang sesak nih. Sungguh! Dedolu cita2 aku cuma nak jadi cekgu dan mengajar kat kampung aku jek. Dedolu tak pernah terpikir pon nak hidup berasingan dengan mak. Selalu rasa cam susah kalo mak gi kedai atau gi memana sekali pon, sebab dulu aku slalu bergantung hidup dengan mak. Aku sejak dari kecit slalu saket. Slalu susahkan mak. Sian mak!
Bila merayau dan tengok panorama sekitar ibukota sekarang nih, rasa bagaikan satu mimpi! Aku dikelilingi bangunan yang tinggi dan gah mencakar langit. Kadang2 rasa bangga sebab menjadi warga metropolitan, hidup penuh berdikari, mengharungi liku hidup yang penuh pancaroba, berdepan dengan pelbagai cabaran.
Tapi, kadang2 aku rasa aku tak betah untuk terus menetap di sini. Ada semacam satu tahap kepuasan diri yang belum aku capai dalam hidup. Aku ingin kembali ke kampung, hidup bagai dulu2, biarpun tidak begitu membangun, tapi semuanya teratur dan tenang.
Entahlah.....
Nota kaki cagu: To be continued....
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)








|